BAB 13

3.4K 70 61
                                    

SELEPAS tamat waktu berkerja, aku pulang dengan satu perasaan yang sangat susah untuk aku gambarkan. Semuanya gara-gara orang yang aku nanti-nantikan tidak muncul juga pada malam itu. Padahal aku dah hubungi dia tempoh hari, aku sudah bagitahu dia yang aku ingin jumpa dengan dia. Sepanjang perjalanan ke perhentian bas, aku menyumpah dalam hati. Kurang asam punya laki! Bila aku nak declare perasaan dia hilang pula. Dia ingat senang ke aku kumpulkan kekuatan untuk luahkan rasa yang aku sendiri tidak pasti perisa apa itu. Elok saja aku dah sedia nak declare apa aku rasa dia buat hal pula.

Sial!

Benci betul aku bila rasa macam ni. Sebanyak mana batu kecil yang terdapat pada jalan sepanjang perjalanan aku ke perhentian bas, semuanya aku sepak dengan penuh rasa geram walaupun adakala sepakkan aku tidak tepat mengena sasaran. Sepak angin pun jadi, yang penting rasa geram itu aku lepaskan juga. Sampai di selekoh lorong antara deretan kedai yang aku lalui tadi untuk ke perhentian bas aku berhenti sekejap. Mataku tertacap pada seketul batu besar yang terdampar betul-betul di depanku. Lama aku merenung batu sebesar bola ping-pong itu. Aku berdiri tegak di situ sambil mengumpul segala aura negetif yang aku rasa. Rasa marah, sakit hati, geram, malah rasa berat yang aku rasa selama beberapa minggu sejak bayang Zack mula menghantui aku pun aku kumpulkan bersama. Aku campur semua rasa itu dalam satu acuan rasa lain. Kemudian, aku kisar halus-halus semua yang telah aku kumpul bersama tadi sehingga sebati. Hasilnya, satu sepakkan padu aku layangkan pada batu itu sehingga batu itu meloncat tinggi entah ke mana dalam kepekatan malam itu.

Arghhh! Puas hati aku!

Satu perasaan yang jarang aku rasa muncul perlahan-lahan bagai kabus tebal menyelimuti rasa haram jadah yang aku rasa tadi sebelum aku sepak batu itu. Aku rasa lega yang teramat sangat. Bahu aku juga terasa ringan sekali. Akhirnya, aku senyum sendiri seperti orang tak betul di situ. Mujur saja tiada siapa yang melihat aku tersengih-sengih di situ. Kalau ada yang melihat aku pasti mereka mengira yang aku gila.

"Betul ke tak ni?"

Aku menoleh ke arah suara yang tidak asing lagi pada pendengaranku. Saat dua pasang mata kami bertembung, dunia seakan berhenti berputar. Selama beberapa saat, aku rasa kami berdua bagai terperangkap dalam masa. Rasa lega yang aku rasa seketika tadi lesap terus. Sepatutnya aku rasa gembira bila dia muncul, tapi sekarang lain pula yang aku rasa.

"Betul apa?" aku utarakan soalan yang aku sendiri tidak tahu maknanya. Dia tersengih mendengar soalan yang keluar dari mulutku. Aku pula terpinga-pinga, aku buat lawak ke? Setahu aku, aku tanya soalan. Bukan buat lawak.

AKU berpeluk tubuh, kedua kaki aku lunjur lurus ke depan dan aku silang pada hujungnya. Pandangan pula aku buang jauh ke dalam kepekatan malam yang terpampang di depanku. Sesekali, aku menggosok kedua lenganku dengan tapak tangan kerana dingin yang mencucuk terasa ke tulang temulang. Suasana sunyi pada awal pagi itu membuat aku rasa janggal sekali. Kami masing-masing diam. Rasanya dia tunggu aku untuk memulakan bicara, tapi aku pula seakan hilang suara untuk bercakap. Suasana sunyi dan rasa janggal itu bagai membunuh keupayaan aku untuk bercakap.

"Kenapa diam? Kau kata nak jumpa aku, apa yang penting sangat kau nak jumpa aku?" Dingin! Itu yang aku tangkap pada sebaris soalan yang keluar dari mulut Zack. Kenapa dingin sangat bunyinya? Dia masih marah pada aku rasanya. Aku mula rasa tidak yakin dengan apa yang aku ingin luahkan. Dengan gaya Zack yang begitu dingin sekali, aku rasa seperti bibirku sudah mula membeku. Hendak gerakkan sedikit pun payah. Apatah lagi hendak mengeluarkan suara.

"Cakap Ruby..." dia desak aku lagi.

Payah! Itu yang aku rasa sekarang. Aku sendiri tidak faham dengan apa yang aku nak. Kalau benar apa yang aku rasa itu cinta, kenapa susah sangat untuk aku luahkan. Atau, memang begitulah definisi cinta bagi aku. Sekadar untuk dirasa, bukan untuk diluahkan atau dikecapi nikmatnya.

RubyWhere stories live. Discover now