BAB 6

4K 60 15
                                    

"AMAZING!"

Pandangan aku pusatkan pada sepasang mata coklat bersinar yang merenung sinis ke arahku apabila melihat aku di situ. Dia berdiri tegak dengan kedua tangan dimasuk ke dalam poket seluarnya.

"Aku tak sangka boleh jumpa kau kat sini." Segaris senyum sinis dia hadiah buat aku. Hadiah untuk pertemuan ke sekian kalinya.

Dia melangkah perlahan menuju aku. Berhenti apabila bahu kami bersentuh. Kemudian, dia pusing menghadap sisiku. Aku hanya diam dari tadi. Tidak bersuara langsung. Mendengar deruan nafasnya mendekat di telingaku, buat aku rasa hendak rebah.

"Kau ingat kenapa aku tinggalkan kau? Sekarang kau buat apa dekat sini?" bisiknya di telingaku.

"Aku... Aku..." Damn! Kenapa suara aku tak boleh nak keluar ni?

"Macam mana kau boleh jual mahal dengan aku, dan akhirnya kau ada kat tempat macam ni? Apa bezanya kalau kau ikut kemahuan aku dulu? Aku tahu kau perlu duit, aku boleh bagi kau lebih kalau kau berkhidmat untuk aku dulu. Kau tak perlu kerja kat tempat kotor macam ni."

Aku menggeleng, tanda tidak setuju dengan kata-katanya. Dia ingat aku sama macam ex-girlfriend dia yang lain agaknya. Menyesal sungguh aku pernah kenal dia. Sekarang, yang aku nak sangat tahu dia buat apa dekat sini. Kalau datang melanggan betina, mesti datang waktu malam nanti. Sekarang baru pukul empat petang.

"Fahim..." suara lunak itu mengejutkan dia. Automatik, tubuhnya dijarakkan dari tubuhku. Dia berpura-pura membetulkan bajunya sebelum menoleh ke arah Mona yang tercegat berdiri di depan kami.

"Sayang... I tunggu you, lamanya you kat tandas," ujar Fahim seraya melangkah ke arah Mona.

"Sorry buat you tunggu lama. Ha... ni pekerja baru i, Ruby. Ruby, ni Fahim. My love..." Tangan Fahim dipaut dan tubuhnya dirapatkan dengan tubuh Fahim.

"Hai..."

Hanya sepatah perkataan yang mampu keluar dari mulutku saat itu. Itu pun, setelah aku kumpul semua kekuatan yang masih tersisa dia dalam diri untuk melontarkan kata 'hai' itu.

"Mai... Sini jap," panggil Mona.

Salah seorang daripada perempuan yang berada di situ melangkah ke arah Mona. Kemudian, aku lihat Mona berbisik di telinganya. Perempuan itu pula, pandang aku dari kepala ke hujung kaki tanpa kelip mata. Aku benci dipandang begitu, kerana aku mudah resah apabila ditenung berlebihan.

Fahim di sebelah Mona pun sama, dari tadi tak lepas pandang aku. Kini, aku dibidik dua pasang mata. Rasanya bagai aku adalah pesalah yang menunggu detik ke tali gantung. Sarat dengan pelbagai rasa. Rasa itu semakin merusuh di hatiku apabila perempuan tadi mula melangkah ke arahku.

"Hai... You okay? You nampak cemas je. Well, tak ada apa yang perlu you takutkan. Kamek Mai. Mona nak keluar sekejap, so dia minta i tolong ajar you apa yang perlu you buat bila you kerja sini. Boleh i tahu nama you siapa?"

"Ruby..."

"Lawa nama kitak. Kedak kitak juak. Lawa gilak. Patutlah Mona nyuruh kamek jaga kita benar-benar." Mai tersenyum manis melihat aku. Perlahan-lahan, rasa cemas yang aku rasa mula reda.

"Jom... Ikut i," arah Mai.

JARUM jam meniti angka lima pagi. Terjungkit-jungkit aku melangkah masuk ke dalam rumah. Macam pencuri masuk rumah sendiri. Arghh! Aku benci! Ini sudah menjadi rutinku sejak aku mula berkerja dengan Mona seminggu lepas.

"Ruby... Baru balik?" Kedengaran suara ibu menegurku. Lalu, ruang tamu yang tadinya gelap jadi terang benderang. Aku lihat ibu berdiri di depan pintu biliknya, di sebelah suis lampu ruang tamu.

"Aha... Baru balik."

"Tak pernah kau kerja shif malam selama ni," kata ibu lagi. Mati langkahku hendak ke bilik.

"Erm... Jadual kerja dah bertukar sekarang bu. Ruby masuk bilik dulu." Tanpa berlengah, aku cepat-cepat melangkah ke bilik. Tombol pintu dipulas.

"Ruby..."

Aku pegun di depan pintu, menanti ibu meneruskan ayatnya.

"Petang tadi, ayah kau datang. Dia nak..."

Ayat ibu mati lagi di situ, aku menunggu ibu meneruskan ayatnya sehinggalah aku sendiri hilang sabar menunggu.

"Dia nak apa bu? Dia nak balik kat ibu? Nak balik dekat kita? Bagitahu dia, Ruby tak nak tengok muka dia!" Aku masuk dalam bilik dan hempas pintu bilik kuat-kuat.

Aku merenung diri di depan cermin. Kemudian, memoriku berputar dengan sendirinya mengingat kembali kenangan yang aku tidak ingin ingat langsung. Kenangan yang aku cuba untuk buang jauh-jauh. Sepanjang beberapa tahun ini, hanya itu perkara yang aku cuba buat, buang kenangan itu. Tapi aku gagal. Bertahun aku simpan rasa sakit itu sendiri. Setiap kali nama ayah meniti di bibir ibu atau adik-adik, aku jadi begini. Sekuat mana pun aku, empangan air mataku tetap pecah juga.

Akhirnya, aku terduduk dengan sendiri di atas lantai. Membawa lututku rapat ke dada dan memeluk erat keduanya. Melepaskan tangisanku di situ. Hanya itu yang mampu buat aku rasa lega seketika. Walaupun sebenarnya tangisan itu pun tidak mampu buat aku lupa pada kenangan itu.

Rasa pilu dalam hati bagai virus yang terlalu cepat merebak. Mematikan segala sel-sel di dalam tubuhku, menggigit tulang temulangku sehingga hendak berdiri pun aku rasa tidak mampu. Sudahnya, aku perlahan-lahan merangkak ke katil. Aku kumpul kudrat yang tersisa, seperti mana ketika aku jumpa Fahim seminggu yang lalu.

Gila! Bagaimana sebuah kenangan boleh melumpuhkan aku. Alangkah baiknya, jika aku boleh melumpuhkan ingatanku seperti mana kenangan itu melumpuhkan pergerakanku. Harapan yang sia-sia. Itu yang aku boleh katakan. Aku penat. Penat menggalas 'luggage monster' di belakangku.

Hari ini aku menangis lagi apabila mendengar ibu menyebut 'ayah', ditambah pula dengan rasa sengsara berkerja di situ selama seminggu ini. Sengsara bila aku terpaksa hadap muka Fahim tiap hari, hadap tangan-tangan gatal dalam kelab malam itu, hadap segala ugutan yang aku terima dari Fahim. Aku rimas dengan itu semua. Aku benci! Aku benci!

Prank!

Aku merenung cermin yang sudah menjadi serpihan di atas lantai bersama botol losyen yang aku baling sebentar tadi. Entah bila aku terbaling botol losyen itu pun aku tak sedar. Yang aku pasti, serpihan cermin itu benar-benar menarik perhatianku. Kilauan yang bersinar seolah memanggil aku supaya dekat kepadanya.

Aku melangkah mendekati serpihan cermin itu dan aku capai satu serpihan yang bentuknya seakan-akan sebilah pisau.

'Ini yang patut kau buat lama dulu Ruby, sejak hari kau dibidik derita. Kau tahu kau sendiri tak kuat, kenapa kau nak teruskan hidup? Kau hidup seratus tahun lagi pun, kau tak akan mampu untuk melupakan apa yang pernah terjadi. Hanya mati yang mampu hilangkan sengsara kau. Buat Ruby... Ambil nyawa kau.'

Ya... Aku patut mati lama dulu. Kenapa baru sekarang aku terfikir pasal ni... Bodohnya aku, biarkan diri menanggung derita bertahun-tahun. Serpihan cermin itu aku letak tepat pada titik nadi dipergelangan tanganku. Aku tekan kuat-kuat sehingga serpihan cermin itu menusuk masuk ke dalam isiku.

Aku pejam mata rapat-rapat, menahan rasa sakit yang menjalar. Kemudian, aku menarik sekuat hati serpihan cermin itu dari atas ke bawah sehingga tersiat kulit dan isi tanganku. Darah memercik ke sekitar bilik. Aku hanya melihat darah merah itu menitis dari luka dalam yang aku buat tadi. Selepas beberapa minit, pandanganku mula berbalam-balam dan akhirnya kelam.

"Ruby! Apa kau buat tu? Buka pintu ni! Ruby!"

RubyWhere stories live. Discover now