P R O L O G

14K 468 38
                                    

     BUNYI bising yang membingitkan benar-benar merimaskan Riana. Sudahlah tempat ini seperti kelab maksiat sahaja.

Eh tapi kelab malam memang tempat maksiat pun.

Riana menjulingkan matanya ke atas. Apa-apa jelah! Yang penting sekarang, dia perlu mencari sepasang nama ini. Zaquan Firdaus.

Riana terus berjalan tanpa arah tuju. Kepala bergerak-gerak melihat sekeliling. Orang di sekeliling dipandang jelek. Ada yang sedang bercumbuan tanpa mengira malu, ada juga yang sedang menari menayang badan tidak mengira dosa dan ada juga yang sedang menuang air kencing syaitan lalu diminumnya dengan rakus.

'Loya pulak tekak aku ni,' gumam Riana sambil tangannya menggosok-gosok tekak yang mahu mengeluarkan isi.

Lelaki-lelaki durjana yang cuba menyentuhnya pantas dielak. Ada juga yang sudah merasa penampar sulung darinya. Lebih-lebih lagi! Ingat Riana ni murah ke sesuka hati ajnabi nak sentuh dia? Hello, dia ada taste okey! Tak layan la lelaki-lelaki kelab malam sebegini.

Kocek seluarnya pantas diseluk. Sekeping gambar yang dilipat empat dikeluarkan. Dia meniliti betul-betul raut wajah yang berada di dalam gambar itu. Riana kemudian menjentik-jentik sekeping gambar tersebut.

'Eii kau ni memang menyusahkan betul!' Riana merungut. Dia mengeluh berat. Tiba-tiba matanya terhenti melihat seorang jejaka yang sedang elok bergurau mesra dengan seorang gadis. Dia tersenyum suka. Akhirnya jumpa juga mamat ni!

"Hai gorgeous... You buat apa dekat sini sorang-sorang? Takde partner ye? Come teman I untuk malam ni? You jangan risau, berapa you nak, just bagitau je okey?" tegur seorang lelaki. Riana sudah meliuk lintuk badannya kerana geli dengan percakapan lelaki itu ditambah lagi dengan tangan gatalnya yang tidak henti-henti mengelus sana sini.

Memandangkan Riana hanya diam, lelaki itu mengambil kesempatan untuk mendekatkan dirinya lagi. Hampir-hampir sahaja bibir mereka hendak bertemu jikalau Riana tidak membuka penumbuknya.

"Ha ni makan kau! Gatal sangat kan? Nak jugak rasa penumbuk aku ni...ha ambik-ambik!" Lelaki itu ditumbuknya bertalu-talu. Mereka yang berada di sekeliling hanya memandang. Sudah biasa perkara seperti itu terjadi.

"Sorry bang sorry!" terus lelaki itu cabut lari. Tahu takut!

"Abang dia panggil aku? Rambut mengurai panjang macam ni pun dia panggil aku abang? Jantan sangat ke aku ni?" Riana membebel perlahan. Bajunya dikemaskan semula.

Tanpa membuang masa, kaki diatur menuju ke tempat di mana Zaquan Firdaus duduk.

_____

     "TU korang cuba tengok tu. Ganas betul minah tu belasah si Taufiq. Padahal perempuan tapi gaya mengalahkan lelaki." Rafael bersuara. Dia masih tekun melihat bagaimana Taufiq dibelasah. Bukan mahu menolong malah boleh dijadikan wayang pulak!

Kenyataan Rafael berjaya menarik perhatian Zaquan untuk memandang ke arah di mana Riana sedang membelasah lelaki itu.

Zaquan mengukir senyuman.

A girl!

Ganas!

Also... Cantik!

Ahh, tiga kategori ini benar-benar membuatkan dia berasa ingin mengenali gadis itu. Lagi melebar senyumannya apabila Riana datang mendekati Zaquan.

'Aik? Belum try dah datang? Rezeki betul harini...' nakal sahaja bunyinya.

Riana berdehem seketika. "Mr Zaquan Firdaus?"

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now