BAB 16

3.5K 218 3
                                    

SEPERTI malam-malam lain, Riana dan Zaquan mengambil keputusan untuk duduk di rumah saja. Semenjak Riana meminta Zaquan untuk tidak pergi lagi ke kelab malam, lelaki itu lebih banyak menghabiskan masanya bermain game online.

Namun, tidak untuk malam ini. Entah apa angin ribut, Zaquan mengajak Riana ke kelab. Lelaki itu menapak ke luar rumah untuk memanggil Riana yang sedang duduk di gazebo.

"Ria."

Zaquan memanggil sambil mencuit sedikit bahu gadis itu. Riana yang sedang tersengih memandang telefonnya langsung tidak menoleh.

"Riana."

Zaquan memanggil lagi bila melihat tiada sebarang respon daripada Riana. Kali ini, Zaquan mengambil tempat di hadapan gadis itu.

"Hmm?"

Sebal pula hati Zaquan melihat Riana yang melayannya acuh tak acuh. Entah dengan siapalah gadis itu bermesej sehinggakan Zaquan yang berada di depan mata langsung tidak diendahkan.

"Riana Qamilia!"

Kaki Riana yang melunjur itu digeletek Zaquan. Automotik, Riana dengan tidak sengaja, menendang perut Zaquan. Tidaklah kuat mana tapi cukup untuk lelaki itu menahan senak diperutnya.

Cepat-cepat Riana meletakkan telefonnya ke tepi. Dia kemudian merapati Zaquan yang sedang menunduk sakit. Gelabah Riana ketika ini bila melihat muka Zaquan yang memerah itu.

"Aduh, Zaq! Sorry-sorry! Kau pun satu, pergi geletek tapak kaki aku ni kenapa? Itu tempat paling sensitif tahu tak?!"

Bukan mahu menolong, malah Riana memilih untuk membebel di telinga lelaki itu. Dia menambah lagi dengan pukulan di bahu Zaquan.

"Sakit sangat ke?"

Riana bertanya. Melihat Zaquan yang dari tadi memegang perutnya, membuatkan Riana diserang rasa bersalah. Sumpah! Dia betul-betul tak sengaja menendang Zaquan tadi.

Zaquan mengangkat mukanya. Sebenarnya tak sakit pun. Kaki gadis itu tak sampai ke perutnya. Al-maklumah, kaki pendek. Dia hanya berpura-pura sakit untuk mengalihkan perhatian Riana.

"Sakit lagi dekat sini."

Zaquan mengambil tangan Riana lalu diletakkan ke dadanya. Betullah, sakit betul hati Zaquan bila kena palau dengan Riana. Gadis itu pula sudah tergamam buat seketika.

"Mengada-ngada!" Riana menolak dada Zaquan. Nampaknya, dia dah tertipu dengan lakonan Zaquan tadi. Mati-matian Riana ingatkan lelaki itu betul-betul sakit.

"Ria, teman aku clubbing malam ni?"

"Kau dah janji taknak pergi tempat tu lagi kan?"

"Bila aku janji?"

Riana tidak menjawab. Sebaliknya, dia menyambung perbualan mesejnya di telefon.

Zaquan mengeluh perlahan. Dalam hatinya, dia yakin gadis itu sedang berbalas mesej dengan Hafiz. Semenjak Riana dan Hafiz berjumpa semula, mereka kelihatan makin rapat. Riana pula selalu saja senyum seorang diri jika menghadap telefon.

"Okey... Kalau kau taknak teman aku, aku boleh pergi sendiri. Tapi nanti, kau jawablah dengan Tok kenapa tak ikut aku sekali. Sebab kau pun sibuk melayan Hafiz tu kan? Maklumlah, orang sedang dilamun cinta."

Zaquan memerli. Dan perliannya itu berjaya membuat Riana mengangkat muka dan memandang tajam ke arahnya. Apa? Ingat Zaquan takut ke? Dia lagi suka tengok muka masam Riana itu. Walaupun masam bak cuka, tapi dia kisah apa?

"So, kau pilih. Ikut aku atau teruskan layan mamat nerd tu?"

Zaquan mengangkat kening. Kenapa dia panggil Hafiz mamat nerd? Sebab lelaki itu memakai kaca mata besar. Dengan rambut disisir ke tepi, menambahkan lagi aura nerd pemuda itu.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now