BAB 4

4.8K 295 2
                                    

     USAI saja solat subuh, Riana bersiap-siap. Tuala yang tersidai, diambil lalu dibawa masuk ke dalam bilik air. Beberapa minit kemudian, dia berlalu keluar. Jam di dinding dikerling.

Masih awal lagi ni. Riana mengomel di dalam hati.

Dia kemudian turun ke bawah untuk membuat sarapan. Kelihatan Siti sedang sibuk menggoreng mee.

"Air dah buat, Siti?" Riana bertanya. Dia menjengah ke meja makan. Tok Khalid dan Tuan Ismail masih belum turun lagi. Zaquan? Masih berdengkur lagi agaknya.

"Belum, Cik Ria."

Ria mengambil teko di dalam kabinet. Uncang teh kemudian dimasukkan ke dalam teko. Air panas dituang dengan berhati-hati. Dia tidak meletakkan gula kerana Tok Khalid dan Tuan Ismail tidak beberapa gemar.

"Morning Tok!" Riana menegur Tok Khalid yang sedang meneruni tangga. Dia menjengket sedikit mencari-cari Tuan Ismail.

"Baba mana, Tok?"

"Baba kamu ada dekat balkoni belakang. Tengah jawab telefon. Sekejap lagi turunlah tu."

"Ria, tolong panggil Zaquan turun. Kalau dia belum bangun, kejutkan sekali." Tok Khalid memberi arahan. Terhenti tangan Riana yang sedang menceduk mee ke dalam pinggan.

"Siti kan ada? Suruhlah Siti, Tok!" Riana sudah memasamkan mukanya. Mengada-ngada Zaquan ni! Nak makan pun kena berjemput!

"Tok suruh kamu, bukan Siti." Tuan Ismail mencelah. Dia tersengih melihat muka monyok Riana.

"Fine!" Riana berlalu pergi. Mulutnya menceceh laju. Tunjuk proteslah tu!

"Zaquan! Zaquan! Kau dah bangun belum?" Riana mengetuk pintu bilik Zaquan kuat. Senyap. Tiada sahutan dari dalam.

Riana mengeluh. Tidur mati ke mamat ni?

"Zaquan! Kau dengar tak aku panggil ni!" Kalini, Riana menjerit pula. Kalau tak dengar lagi tak tahulah.

Tok Khalid dan Tuan Ismail dibawah menggelengkan kepala. Agaknya jiran sebelah pun boleh dengar suara Riana ni.

Riana sudah tidak tahan sabar. Zaquan masih lagi tidak menyahut. Tanpa berfikir panjang, tombol pintu dipulas.

"Woi Zaquan! Bangun!!" Riana memandang sekeliling bilik. Tubuh lelaki itu langsung tidak ada di atas katil.

Riana berjalan ke tengah ruangan bilik itu. Kemas! Bantal-bantal di atas katil pun sudah disusun rapi. Tapi persoalannya sekarang, mana Zaquan?

Riana menoleh apabila dia melihat pintu bilik Zaquan tertutup. Lelaki itu pula tersengih gatal memandang ke arahnya. Sudahlah di badan Zaquan hanya terlilit tuala saja di pinggang.

"Kau bukak pintu tu, Zaquan!" Riana berkata lantang. Dia mendekati pintu bilik itu. Namun, Zaquan lebih pantas menghalang perbuatan Riana.

"Kenapa? Takut?" Zaquan mengangkat kening. Rambutnya yang basah disisir kebelakang. Dia menatap lama mata coklat Riana. Riana ke kiri, dia pun ke kiri. Riana ke kanan, dia ke kanan juga.

"Takut apa? Dekat bawah tu dua hero tengah tunggu aku! Bila-bila masa je aku boleh jerit lah, Zaquan!" Riana berbalas pandangan. Sakit pulak hati dia tengok Zaquan yang tersengih macam kerang busuk itu.

"Then, jeritlah? Kenapa tak jerit?" Zaquan masih lagi menyakat.

"Aku malas je nak jerit ni, Zaq! Tepilah!" Riana menolak-nolak tangan sasa Zaquan. Dia memejamkan mata apabila Zaquan cuba untuk mendekatkan wajahnya.

"Tadi nak keluar sangat? Yang kau pejam mata tu kenapa? Ingat aku nak cium kau?" ujar Zaquan lalu membuka wardrobe. Dia mengeluarkan kemeja bewarna biru muda yang sudah siap digosok.

Riana pula masih tercengang. Mati-matian dia ingat Zaquan nak cium dia tadi! Riana memerhati setiap pergerakan Zaquan.

"Kau memang nak tengok aku pakai baju ke, Ria? Atau kau nak tolong pakaikan?" Zaquan sudah menghulurkan kemejanya. Tak habis-habis lagi Zaquan ni dengan usikannya itu.

"Pakailah sendiri!" terus Riana meninggalkan bilik itu. Bengang betul dia dengan Zaquan. Lagi sakit hati apabila dia mendengar ketawa nakal lelaki itu.

"Mana Zaquan?" Tok Khalid menyoal.

"Tengah pakai baju." Riana berkata ringkas. Dia menuang teh ke dalam cawan. Hilang terus seleranya nak makan.

"Ria naik dululah. Nak tukar baju. Nanti lambat pulak." Riana bangun lalu meninggalkan meja makan itu. Tok Khalid dan Tuan Ismail saling berpandangan.

Memang sah Zaquan sakitkan hati Riana lagi.

•••

RIANA dan Zaquan masing-masing membatukan diri di dalam kereta. Sorang sedang fokus memandu. Sorang lagi sedang memandang ke luar tingkap.

Zaquan memakirkan keretanya. Dia mengetuk-ngetuk stereng kereta. Riana disebelah dipandang.

"Ria," panggil Zaquan.

"Apa?" Riana menjawab. Dia mengerling Zaquan di tempat duduk pemandu.

"Aku tak nak kau jadi bodyguard aku."

"Aku pun tak nak jadi bodyguard kau."

"So, kita nak buat apa sekarang?" Zaquan bertanya. Nampaknya kalini dia harus bekerjasama dengan Riana. Bekerjasama untuk menggagalkan misi Tok Khalid. Zaquan senyum lebar.

Riana berfikir sejenak. Dia sebolehnya memang tak mahu menjadi bodyguard lelaki itu. Alang-alang Zaquan pun sama, lagi senang kerja dia.

"Macam ni, kau masuk office macam biasa. Habis je waktu kerja, aku datang balik. Alah, kita berlakon lah macam kita ni ikut arahan Tok. Deal?" Riana memberi cadangan. Kelihatan Zaquan tersenyum.

"Deal!" Zaquan menghulurkan tangan. Riana menyambut senang huluran tangan lelaki itu.

Zaquan kemudian keluar dari perut kereta. Riana memerhatikan saja langkah jejaka itu.

"Ria tolong tengok-tengokkan Zaq, ya? Tok bukan apa, Tok risau dengan Zaq ni. Kamu tahukan perangai dia macam mana? Berkawan dengan semua orang. Termasuklah dengan isteri orang. Jadi, Tok nak Ria selalu ada di sisi Zaq. Kalau jadi apa-apa dekat Zaq, atleast Ria ada."

Tiba-tiba pesanan Tok Khalid terlintas di fikirannya. Riana dihurung rasa serba salah. Sama ada dia mahu meneruskan rancangannya dengan Zaquan atau menunaikan pesanan Tok Khalid? Kini, Riana berasa buntu.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now