BAB 27

3.1K 180 10
                                    

"JEMPUT MAKAN," Siti menghidangkan kek red velvet kesukaan Riana dan potongan buah-buahan sebagai pencuci mulut mereka pada malam itu.

"Terima kasih, Siti." Ujar Riana seraya senyum manis. Mestilah manis, sebab buah hati pengarang jantung ada disebelahnya. Bukan main sopan lagi Riana ketika ini. Ala-ala wanita melayu terakhir gitu!

"Awak nak kek atau buah?" lembut lagi gemersik suaranya. Berbulu saja telinga Zaquan mendengar. Macamlah Hafiz tu tak ada tangan nak ambil sendiri! Getus Zaquan.

Tok Khalid menjeling Zaquan. Tersungging satu senyuman halus pada hujung bibirnya. Bukannya dia tak tahu apa yang lelaki itu rasa. Lihat saja pandangan tidak puas hati Zaquan pada Hafiz. Tok Khalid sudah terlebih dahulu makan garam. Dia tahu ragam orang cemburu itu bagaimana.

"Bagilah saya kek tu, nampak sedap. Awak buat ke?" tutur Hafiz.

"Bukan saya yang buat... Tapi Siti. Saya cuma tolong dia sikit-sikit je." Jujur Riana. Buat apa nak tipu kan?

"Goreng telur pun hangus, apatah lagi nak buat kek." Gumam Zaquan sendiri. Sesudu kek red velvet itu dimasukkan ke dalam mulut. Sesekali dia mendesis pedih apabila lukanya terkena angin.

Ingat Zaquan tipu ke? Betullah! Haritu, Zaquan menyuruh Riana goreng telur mata untuk dia. Tahu-tahu telur mata hangus yang dia dapat.

"Dah berapa lama kamu kenal dengan anak pakcik ni, Hafiz?" soal Tuan Ismail. Dia mencicip air teh yang dihidang Siti tadi.

"Lama dah, pakcik. Dari kami sekolah menengah lagi. Riana ni sajalah kawan perempuan yang saya berkawan waktu sekolah dulu." Penipu! Padahal keliling pinggang ada scandal. Cuma Riana saja yang buta.

Muka saja nampak naif tapi perangai, tak usah cakap! Perangai buruknya itu, dia sorok disebalik muka baiknya. Hidup-hidup Riana ditipu oleh Hafiz. Itulah, terlalu percaya sangat kan? Bak kata omputeh, don't judge a book by its cover.

"Kiranya kamu ni sama umur dengan Riana lah ya?" Kini, Tok Khalid pula yang bertanya.

"Ya, Tan Sri." Hafiz menundukkan kepalanya sedikit.

"Apa pula Tan Sri? Panggil Tok saja... Kamu kan bakal cucu menantu dalam rumah ni, tak begitu Zaquan?" sengaja Tok Khalid berkata begitu kerana dia mahu melihat reaksi lelaki itu.

"Ehem, Ehem!" Zaquan berdehem perlahan seraya mata mengerling Hafiz. Kalaulah semua orang dekat meja ni tahu siapa lelaki itu yang sebenarnya, nescaya jam-jam itu juga Hafiz bakal dihalau pergi. Tapi tak mengapa. Kita lihat dan ikut saja rentak lelaki itu.

"Kalau jadi cucu menantu...takut tak sempat, jadi arwah je nanti..." Zaquan berkata sinis memandang Hafiz. Kek di dalam piringnya dipotong kecil lalu dengan selamba disuapkan ke dalam mulut.

Panas betul telinga Riana mendengarnya. Selamba badak dia je nak doakan Hafiz mati cepat! Entah apalah yang si Zaquan ni tak puas hati sangat dengan Hafiz? Nampak gaya macam lelaki itu yang sengaja cari fasal dengan Hafiz!

"Kenapa Zaq cakap macam tu pula?" soal Tok Khalid.

"Tak ada apa pun, Tok. Lagipun betul kan apa yang Zaq cakap? Kita mana tahu ajal seseorang tu bila. Boleh jadi masa dia tengah makan kek ni, lepastu tercekik pula, innalillahiwainnailaihirojiun. Tak sempat Tok nak tengok Riana ni naik pelamin." Pedas Zaquan memerli. Terbatuk kecil Hafiz selepas mendengar ayat Zaquan tadi.

"Zaquan!" Riana menegur dengan matanya tajam menikam iris lelaki itu.

"Ops, sorry! Tersengaja cakap pula." Tak habis lagi rupanya perlian Zaquan ni. Dia kemudian memandang Riana dengan reaksi muka toya.

"Sudahlah tu, maafkan si Zaquan ni Hafiz. Memang macam tu cara dia bergurau. Ni pakcik nak tanya, kamu dah kahwin?"

"Uhuk, uhuk." Tersedak teh yang diminum Hafiz. Cepat-cepat Riana menghulurkan tisu dan mengusap belakang badan lelaki itu.

"Ala uncle, kalau dah kahwin pun apa salahnya kan? Ada lagi tiga quota si Hafiz ni. Riana? Kau nak bermadu tak? Kau kan cakap dengan aku yang kau tak ada kawan perempuan... So, lepas ni bolehlah kau berkawan... eh salah, nak bermanja dengan madu kau sekali pun boleh. Amacam, nak tak?" serkap Zaquan. Malam ini, dia akan kenakan lelaki itu secukupnya. Lantaklah apa yang Riana, Tok Khalid atau Tuan Ismail nak fikir pun!

"Eh kau ni! Mestilah taknak! Kau ingat aku suka bermadu? Baba pun, takkanlah Riana nak bercinta dengan suami orang pula?" rengus Riana.

Hakikatnya, kau memang tengah bercinta dengan suami orang pun, Riana oii! Kau je yang tak sedar-sedar lagi!

"Kau dengar tu, Hafiz. Riana taknak bermadu!" Panas punggung Hafiz ketika ini. Rasa menyesal pula dia menerima ajakan Riana untuk makan malam di rumah ini. Kalau dia taulah, memang tak dia nak jejakkan kaki di sini.

"Tak, belum... Belum lagi pakcik." Setelah dia diserang dengan perlian Zaquan yang bertubi-tubi tadi, kini barulah dia berani mengeluarkan suara. Itupun tergagap-gagap dia nak bercakap.

Berdesing telinga Zaquan mendengar perkataan 'belum' itu tadi. Ikutkan hati, nak saja dia pecahkan kaca mata Hafiz yang besar itu.

"Baguslah tu... Kamu ada niat nak jadikan Riana ni sebagai isteri kamu? Tok bukan apa, kalau kamu berdua berjumpa hari-hari, tak manis pula. Riana ni anak dara, kamu tu pula orang bujang. Nanti bila jiran-jiran dekat sini nampak kamu berdua selalu keluar bersama, apa kata mereka nanti?" ujar Tok Khalid.

Ah, sudah! Orang tua ni masuk bab kahwin pula! Bisik hati Hafiz.

Hafiz menutup rasa gusarnya dengan secalit senyuman di wajah. Riana disebelah dipandang sekilas. Bukan main menunduk lagi kepala gadis itu! Dah boleh cecah mozek berkilat tu lah senang cakap!

"InshaAllah, Tok. Kalau ada rezeki, saya memang nak jadikan Riana ni sebagai isteri saya. Saya pun tengah kumpul duit ni lagi, Tok." Balas Hafiz. Kelentong lah Hafiz selagi kau boleh!

Zaquan menjadi pendengar. Wah! Wah! Bukan main lagi drama kau ya, Hafiz?!

"Lagi cepat, lagi bagus." Tuan Ismail menyampuk. Walaupun dia mahu Riana berjodohan dengan Zaquan, tapi tidak mengapalah. Siapa saja menantunya, Tuan Ismail terima dengan berlapang dada. Demi kebahagian Riana, Tuan Ismail setuju saja siapa yang dipilih anak daranya untuk dijadikan sebagai teman hidup.

"Kamu Zaq, bila nak kahwin?" Kini, semua mata tertumpu pada Zaquan termasuklah Hafiz.

"Zaq belum ada calon lagilah, Tok. Lagipun, Zaq taknak lah cari perempuan yang sembarangan. Buatnya dia dah berlaki, tak ke huru-hara hidup Zaq nanti?" Zaquan membalas dalam masa yang sama, dia memerli dua pasangan sejoli itu.

"Macam-macam kamu ni, Zaq! Ada saja alasannya! Dalam dunia ni kan ramai lagi anak gadis? Yang kamu nak cari bini orang juga tu dah kenapa?"

"Bukan Zaq yang cari... Tapi diorang yang datang dekat Zaq. Ala Tok, dalam dunia ni nampak saja muka orang tu baik, suci tapi perangai boleh tahan juga! Boleh jadi perempuan-perempuan yang datang dekat Zaq tu semuanya dah berkahwin, tapi biasalah Tok orang zaman sekarang ni, sorok perkara macam tu kecil punya hal lah! Bila dah terbongkar rahsia mereka, masa tu lah nak gelabah. Masa tu jugalah merayu nak minta maaf! Hampeh betul!" panjang lebar Zaquan bercakap. Emosi betul dia malam ini. Hailah, Zaquan, Zaquan!

"Apa yang kamu cakap ni, Zaquan? Tok tanya lain, kamu jawab lain. Haih, bertuah punya cucu!" menggeleng Tok Khalid dibuatnya. Tuan Ismail pula tergelak kecil. Yang bukan-bukan saja si Zaquan ni cakap!

Dalam hati Hafiz, bukan dia tak tahu Zaquan sedang menyindirnya. Kiasan lelaki itu sudah cukup menembak ke dasar dada lelakinya. Sakit juga hati tapi dia nak sangkal apa lagi? Semuanya memang betul belaka. Padan muka! Terkena dekat batang hidungnya sendiri! Sendiri cari masalah kan? Jadi, pandai-pandailah dia tanggung kata-kata tajam daripada lelaki itu.

Mereka berempat meneruskan perbualan. Namun kali ini, Zaquan memilih untuk diam dan menjadi telinga untuk mereka disitu. Malas dah dia nak berborak!

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now