BAB 7

4.3K 280 10
                                    

"RIA call tadi, katanya tak balik..." Tuan Ismail duduk bersebelahan dengan Tok Khalid yang sedang membaca buku ilmiah itu.

Tok Khalid menutup bukunya. Air kopi yang terhidang di atas meja, dicicip perlahan.

"Ayah rasa Ria tidur rumah Zaq malam ni." ucapnya ringkas.

"Tak eloklah Yah tinggalkan diorang tu berdua." Tuan Ismail mengutarakan kerisauannya.

"Kamu jangan risaulah, Ayah dah suruh Abu hantar Siti tadi. Takkanlah Ayah nak biarkan mereka tinggal berdua?"

Tuan Ismail mengangguk senang. Tidaklah dia risau sangat jika Siti ada bersama dengan mereka. Dia bukan apa, nampak saja Zaquan dan Riana tu sering bertengkar. Tapi bila sudah termakan dengan hasutan syaitan, macam-macam benda boleh terjadi.

•••

"NAH!" Riana menghulurkan semangkuk bubur ayam di hadapan Zaquan.

Zaquan memandang sepi bubur yang terhidang. Langsung tidak membangkitkan nafsu makannya. Riana pula enak menjamu roti canai. Mana aci!

"Apahal kau tak makan?" Riana bertanya apabila melihat Zaquan yang langsung tidak menjamah sedikit pun.

"Tengahari macam ni takde selera aku nak makan bubur!" Zaquan menolak mangkuk bubur itu ketengah.

Riana menghentikan suapannya. Dia merasa sedikit bubur ayam yang dibuat tadi. Sedap kot!

"Mengada-ngadalah kau ni, Zaq! Bersyukur sikit aku masakkan kau bubur! Kalau ikutkan hati, aku nak bagi kau makan rumput dengan batu je!"

Zaquan buat tidak endah. Riana pula yang geram melihat Zaquan yang masih degil tidak mahu makan. Roti canai sudah habis. Zaquan pula masih tidak mahu menjamah bubur yang dimasak Riana.

"Kalau kau taknak, biar aku yang habiskan..." Riana menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulutnya. Dia memejamkan mata untuk menarik perhatian Zaquan.

Zaquan hanya memerhati tingkah laku Riana itu. Sedar tidak sedar, semangkuk bubur tadi habis dimakan oleh Riana.

"Makan ubat ni." Usai membasuh mangkuk, Riana memberi Zaquan ubat. Sebiji pil dikeluarkan dan dihulurkan kepada Zaquan.

"Aku taknak makan ubat."

"Kau ni, makan bubur taknak, makan ubat pun taknak?! Kau nak apa?" mencerlung mata Riana memandang Zaquan. Zaquan punya mengada-ngada lebih daripada budak kecil!

"Nak kau, boleh?" goda Zaquan dengan satu kenyitan. Tak padan dengan sakit, ada hati nak menggatal lagi!

"Zaquan, Zaquan, sakit-sakit pun larat lagi kau menggatal ya? Cepatlah, makan ni!" Riana menyumbat pil tadi kedalam mulut Zaquan. Kemudian, air kosong dihulurkan.

"Movie apa yang best eh nak tengok?" Riana berjalan meninggalkan dapur. Zaquan hanya mengekorinya dari belakang.

Alat kawalan jauh itu ditekan-tekan beberapa kali. Zaquan yang bosan melihat siaran yang asyik bertukar, akhirnya merampas alat kawalan jauh itu dari tangan Riana.

Movie Inggeris menjadi pilihan Zaquan. Riana tanpa banyak songeh, menonton bersama. Sesekali Zaquan menutup mata apabila melihat picu pistol itu ditarik. Riana pula memandang tanpa riaksi.

Beberapa jam kemudian, movie yang ditonton tadi tamat. Riana merasa bahunya agak berat dan lenguh. Dia mengerling ke sebelah. Begitu enak Zaquan melentokkan kepalanya di bahu Riana.

"Adoilah kau ni, Zaq! Macam takde bilik nak tidur!" Riana mengomel perlahan. Dia mengangkat kepala Zaquan dengan berhati-hati. Badan lelaki itu diluruskan dan sebiji bantal diletakkan di kepala Zaquan.

"Dah nak habis zohor ni..." bisik Riana ketika dia memandang jam yang menunjukkan hampir pukul empat petang. Cepat-cepat dia mengambil wuduk lalu solat zohor didirikan.

Riana memberi salam lalu dia mengusap mukanya lembut. Sementara menunggu waktu asar, dia berzikir dan mengaji.

Usai saja solat asar, Riana melipat sejadah yang dibawanya. Puas tadi dia mencari sejadah dan kiblat di rumah Zaquan ini. Nasib baik dia tergerak hati untuk membawa sejadah. Kompas pula memang dia sering bawa kemana-mana saja.

Riana mengintai Zaquan yang masih nyenyak tidur itu. Dalam diam, Riana meyentuh rambut Zaquan yang jatuh ke dahi. Plastik ubat tadi diambil lalu ubat sapu dikeluarkan. Dengan cermat, Riana menyapu ubat tadi di hujung bibir Zaquan yang bengkak. Nak harapkan Zaquan yang sapu? Sampai ke sudah lelaki itu tak buat.

Riana teringat kembali peristiwa dia menumbuk Zaquan di kelab haritu. Harini, sekali lagi pipi lelaki itu menjadi sasaran.

Zaquan, Zaquan... Kau memang tak reti nak pertahankan diri ke? Riana berkata-kata di dalam hati.

Bila dia melihat Zaquan ni, dia boleh agak yang lelaki ini hanya pandai mengayat perempuan sahaja. Tengoklah tadi, sakit-sakit pun masih ada hati lagi nak menggatal. Kalau kejadian tadi tak menginsafkan dirinya lagi, Riana tak tahu nak cakap apa dah!

Sedar tak sedar malam hampir tiba. Siang mula melabuhkan tirai. Riana masih setia di ruang tamu itu. Dia menunggu Siti, tapi kelihatan wanita itu masih belum tiba.

"Dah nak maghrib takkan taknak bangun lagi Zaquan ni?"

Riana berjalan ke balkoni yang terbuka. Sementara itu, sempat lagi dia melihat matahari yang mula menghilang. Sepasang mata coklat itu kelihatan terpegun melihat kecantikan langit senja. Dalam diam, Riana memuji kebesaran Yang Maha Esa.

"Zaq, bangun... Dah maghrib ni..." Riana mengejut lembut.

"Hmm"

"Bangunlah... Tak elok tidur waktu macam ni..." Riana masih lagi berlembut. Kalau Zaquan degil lagi, memang mintak Riana tu menyingalah!

"Ya, ya aku bangun!" Zaquan menguap. Dia kemudian menggosok-gosok matanya. Mengantuk sangat tu gayanya!

"Kau masak apa?" Zaquan bertanya.

"Amboi, amboi! Bangun-bangun mintak makan pulak kau?"

"Aku laparlah, Ria..." Zaquan merengek.

"Tadi aku suruh kau makan, kau taknak! Mengada-ngada taknak makan bubur, sekarang dah lapar, aku jugak yang kau cari?!" Riana dah mula membebel. Pantang betul dia kalau orang mengada-ngada ni.

"Dah kau je yang ada dalam rumah ni... Takkan aku nak suruh Ciko yang masakkan pulak?" Zaquan bersuara sambil menunjuk kucingnya yang berada di dalam sangkar.

"Kejap lagi Siti datang, kau suruhlah dia masak. Aku nak solat ni. Kau taknak solat ke?"

"Aku cuti..."

Ternganga Riana mendengar jawapan Zaquan. Cuti apa jadahnya?

"Cuti apanya? Kau tu dilahirkan berkromosom XY!"

"Yeke?"

Riana menggelengkan kepalanya. Kalau dia layan nanti, dia pula yang jadi gila. Baik dia cepat-cepat solat daripada melayan perangai sengal Zaquan ni!

Zaquan memerhatikan Riana yang berlalu pergi. Dia bukan taknak solat, tetapi dia sendiri sudah lupa bagaimana cara mendirikan solat.

Apalah nak jadi dengan kau ni, Zaq? Zaquan mengomel sendirian. Zaquan melepaskan nafas berat sebelum beredar masuk ke kamar tidurnya.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now