BAB 20

3.7K 205 3
                                    

SERIUS saja muka Tok Khalid dan Tuan Ismail di meja makan. Riana dan Zaquan saling menjeling antara satu sama lain. Selalunya, tidak begini pun keadaan mereka sekeluarga ketika makan. Pasti ada benda yang akan mereka borakkan namun tidak untuk malam ini. Masing-masing menutup mulut dan tidak menghiraukan suasana di situ. Hanya bunyi lagaan sudu dan garfu saja yang memenuhi ruang makan tersebut.

Bip!

Telefon yang bergetar di dalam kocek seluar, pantas Riana seluk. Dia mengeluarkan telefonnya dan melihat nama gerangan yang menghantar mesej kepadanya. Siapa lagi kalau bukan cinta hati gadis itu, Hafiz.

Riana senyum memandang pesanan yang dihantar Hafiz. Lelaki itu mengajak dia untuk keluar pada esok hari. Tidak menunggu lama, Riana bersetuju dengan ajakan pemuda itu. Bagus juga, bolehlah dia meluangkan masa dengan Hafiz esok. Lagipun, sejak pertemuan mereka di restoran KFC haritu, sudah lama mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan tanggungjawab yang dipikul.

Zaquan menguyah perlahan nasi di dalam mulutnya. Riana yang duduk berhadapan dengannya dipandang dengan riak wajah yang sukar digambarkan. Dia perhati saja gadis itu yang sedang tersenyum seorang diri. Bukan hanya Zaquan, malah Tok Khalid dan Tuan Ismail pun sama memerhatikan Riana yang sedang leka dengan telefonnya.

"Mesej dengan Hafiz lah tu."

Zaquan membisik perlahan. Cukuplah dia saja yang mendengarnya. Namun, sangkaannya meleset sama sekali apabila Tuan Ismail membuka mulut.

"Siapa Hafiz?"

Tuan Ismail bertanya sambil mata terarah kepada Zaquan. Zaquan menghentikan kunyahannya. Mata Riana yang sudah membulat besar itu Zaquan pandang dengan wajah serba salah. Tersengih-sengih dia dibuatnya. Nampaknya, Tuan Ismail terdengar apa yang dia cakap tadi.

"Boyfriend Riana, uncle. Tak lama lagi uncle dapat menantu lah. Kita pun dah lama tak makan nasi minyak kan, Tok?"

Ya Allah! Riana rasa macam nak baling pinggan kaca ni dekat muka Zaquan yang selamba badak itu. Riana ingat Zaquan boleh simpan rahsianya itu tapi hampeh! Langsung tak boleh percaya Zaquan ni.

"Betul ke, Ria? Hafiz tu teman lelaki kamu?"

Tuan Ismail mengutarakan persoalannya kepada anak gadisnya, Riana. Semua di meja itu sedang menunggu jawapan daripada Riana.

"Mana ada, Baba. Pandai-pandai je Zaquan ni! Ria dengan Hafiz tu cuma kawan je. Lagipun Ria dah kenal Hafiz dari zaman sekolah lagi. Cuma, hubungan kami ni seriuslah. Baba tak kesah kan? Tok?"

"Eleh, cakap jelah Hafiz tu boyfriend kau. Tak payah nak berdolak-dalih lagi, Ria. Terus terang jelah."

"Diamlah, Zaquan! Sibuk je hal aku!"

Riana menjeling Zaquan geram.

"Dah, tak payah nak gaduh depan rezeki ni. Kalau Ria dah ada teman lelaki pun, Tok tak kesah. Nanti bawa dia jumpa dengan kami."

Tok Khalid mula bersuara apabila dia melihat cucu-cucunya itu sudah mula hendak bergaduh. Kalau dibiarkan, mahu makin menjadi-jadi nanti.

Riana senyum suka. Kalau Tok Khalid dah beri keizinan untuk dia berkawan dengan Hafiz, jadi tidak ada masalah lagi untuk dia berjumpa dengan lelaki itu bila-bila masa. Tak perlulah dia berahsia lagi.

"Lepas makan ni, Tok ada benda nak bincang dengan kamu berdua. Tok tunggu dekat ruang tamu."

Tok Khalid mengelap mulutnya dengan kain yang disediakan dan terus bangun dari kerusi makan itu.

"Tok nak bincang apa, Baba? Macam serius je bunyinya?"

"Kamu dengar jelah apa yang Tok nak cakap nanti. Jangan lambat pula." 

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα