BAB 2

5.6K 327 14
                                    

     ZAQUAN menekan remote gate pagar milik Tok Khalid. Masuk saja ke halaman rumah Tok Khalid, dia melihat ada sebuah kereta lain yang terpakir di garaj sebelah kiri, tempat sepatutnya keretanya diparkirkan.

"Kereta siapa pula ni? Buat hal la! Bila masa pulak Tok beli kereta lain? Parking dekat tempat lain tak boleh ke? Tempat aku juga nak rembat!" Zaquan membebel. Masam saja mukanya keluar daripada perut kereta.

"Jemput masuk, Zaq." Siti, pembantu rumah agam itu menegur Zaquan. Dia melemparkan senyuman kepada muka masam Zaquan.

"Aku tahulah! Tepi sikit!" Zaquan menolak badan gempal Siti ke tepi. Siti menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Zaquan yang kurang ajar itu.

"Tok! Malaon mana yang suka hati parking dekat tempat Zaq ni? Suruh dia alih sekarang!" Zaquan melengking kuat. Matanya hanya fokus kepada Tok Khalid yang sedang duduk itu. Langsung tak perasan kehadiran lagi dua orang manusia di belakangnya.

"Kereta aku. Ada masalah dengan kau ke?" satu suara asing yang menjawab. Terus tubuh Zaquan berpaling menghadap empunya suara itu. Membuntang matanya apabila memandang gerangan tersebut.

"Kau? Kau buat apa dekat sini, hah? Tu, pakcik sebelah kau, siapa pula?"

"Kau ni memang tak reti nak hormat orang ke, Zaquan?" Riana yang tadi duduk kini berdiri menghadap Zaquan. Berasap telinganya mendengar ayat kurang ajar Zaquan.

Kalau Tok taknak cili mulut dia, meh biar aku yang tolong gonyoh cili dekat mulut mamat ni!

"Mulut aku, suka hati akulah! Sekarang ni, kau pergi alih kereta kau!" Zaquan berlawan mulut dengan Riana. Masing-masing berlawan pandangan tajam.

"Zaq, Ria, sudah-sudahlah tu! Cuba bawa bertenang. Zaq, kamu duduk sini. Tok nak cakap sikit." Tidak tahan dengan perbalahan Zaquan dan Riana, akhirnya Tok Khalid mula bersuara.

Zaquan mendengus kuat. Bertambah sakit hati dia melihat senyuman mengejek Riana.

"Pendek! Ketot! Baik jadi kuman jelah kau!" tak habis lagi rupanya Zaquan ni! Mata Riana membuntang besar mendengar ejekan Zaquan.

"Apa masalah kau hah, Zaquan! Daripada kau! Tinggi macam zirafah! Eh, takda bezalah kau dengan zirafah!" Riana melantangkan suaranya. Kini, mereka berbalah tentang ketinggian pula.

"Zaquan Firdaus! Riana Qamilia!" Tok Khalid meninggikan suara. Terdiam sebentar dua manusia tadi. Terus terkunci rapat mulut mereka.

"Ria, dahlah tu. Sini duduk!" Tuan Ismail memanggil anak daranya. Merah padam muka Riana menahan marah.

Apabila mata meraka bertembung pandangan, hanya jelingan maut yang dilemparkan.

"Zaquan, mulai esok Riana akan jadi bodyguard kamu. Ke mana saja kamu pergi, Riana akan ikut sekali." Tok Khalid membuka bicara. Zaquan terus mengalihkan pandangannya ke arah Tok Khalid.

"Apasal perempuan ni pula jadi bodyguard Zaq? Kenal pun tak! Entah datang dari ceruk mana, lepastu nak jadikan sebagai bodyguard Zaq? Entah-entah Zaq yang jadi bodyguard dia ni nanti! Zaq taknaklah, Tok!" Zaquan menjeling Riana. Bengkak di sebelah kanan pipinya pun masih tidak surut, ada lagi nanti ditambah dengan bengkak di sebelah kiri pula.

"Aku pun taknaklah jadi bodyguard kau! Macam budak kecil! Nak pengawal peribadi bagai..." Riana menyampuk. Geram pulak dia. Macamlah dia nak sangat jadi pengawal peribadi si zirafah tu!

Tok Khalid dan Tuan Ismail menggeleng. Pening melayan perangai dua orang manusia ni!

"Ini Uncle Ismail . Dekat sebelah dia tu pula, Riana Qamilia. Anak uncle Ismail . Uncle Ismail ni anak angkat Tok. Riana ni pun Tok dah anggap macam cucu angkat." Tok Khalid menjelaskan semuanya.

"Tak kesah lah angkat ke, lambung ke, tapi kenapa si kuman ni jugak nak kena jadi bodyguard Zaq?"

"Zaq... Jaga sikit bahasa tu!" Tok Khalid menegur. Zaquan mengeluh berat.

"Nak atau tak nak, Riana akan tetap jadi bodyguard, Zaq. Esok, Zaq ambil Riana." Tok Khalid menyambung perbualan mereka.

"No!" serentak Riana dan Zaquan membantah.

"Ria nak pergi sendiri."

"Tak nak Zaquan ambik dia!"

Riana dan Zaquan masing-masing membantah. Kalini, chemistry di antara mereka saling menyelamatkan antara satu sama lain.

"Aku pun tak inginlah naik dengan kau!"

"Hah, baguslah tu! Bersih sikit kereta aku daripada kuman!"

Riana menjeling Zaquan. Eeii sakitnya hati dia! Rasa macam nak bagi penumbuk sebelah kiri pula!

"Keputusan Tok muktamad! Esok, Ria dan Zaq pergi sekali. Tiada bantahan." Tok Khalid bangun dari duduk. Dia kemudian berjalan keluar dari ruang tamu.

"Baba... Ria tak nak..." Riana merengek pula pada Tuan Ismail. Mengharapkan Tuan Ismail akan membela dia.

Tuan Ismail mengangkat bahu. Dia membelai rambut ikal Riana. "Baba pun setuju dengan Tok, Ria."

Kemudian, Tuan Ismail pula yang berlalu pergi. Dia menepuk-nepuk bahu Zaquan sebelum beredar. Kini, tinggallah Riana dan Zaquan di ruang tamu itu.

Riana mengangkat kaki. Malas dia mahu lama-lama diruang tamu itu. Bikin hati panas menggelegak je!

"Woi! Hal kau dengan aku tak habis lagi!" Zaquan menahan Riana di pintu. Dia menahan gadis itu sehingga Riana tersandar di dinding. Namun, muka Riana masih beriak selamba.

"Baik kau ke tepi, Zaquan."

"Kenapa? Kau takut?" Zaquan mengangkat kening.

"Ke tepi atau kau nak aku buat kau mandul nanti?" Riana berkata selamba. Apa? Ingat dia takut ke?

"Kalau kau berani, buatlah!" Zaquan masih lagi tidak mahu beralah.

Riana tergelak kecil. "Kau cabar aku ke, Zaquan?"

"Come on..." Zaquan memprovok Riana. Suka pula dia tengok muka gadis itu.

Baru saja Riana hendak mengangkat lututnya, Siti menegur mereka. Zaquan berdehem kecil. Dia menjeling Siti yang tersengih.

"Tuan Khalid dan Tuan Ismail panggil Cik Ria dan Zaq."

"Okey." Mereka berkata serentak. Riana menjeling tidak puas hati. Zaquan pula mengeyitkan matanya.

Cepat-cepat Riana berlalu pergi dari situ. Kelam-kabut dia berjalan sehingga dia hampir tersadung di penjuru anak tangga.

Zaquan ketawa besar melihat Riana yang gelabah.

"Tahu takut."

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now