BAB 8

4.2K 266 9
                                    

SEMINGGU telah berlalu. Hari ini, Riana mula menjalankan tugasnya sebagai pengawal peribadi Zaquan. Riana mengerling jam di dinding. Kejap lagi mesti Zaquan sampai.

Sehari selepas dia membawa Zaquan ke klinik, terus dia balik semula ke rumah Tok Khalid. Tidak mahu dia duduk berdua-duaan dengan Zaquan. Meskipun Siti menemani mereka berdua, Riana tetap rasa tidak manis. Lagipun takdelah teruk mana kecederaan Zaquan tu. Masih boleh uruskan diri sendiri, okeylah tu kan?

"Manalah Zaquan ni? Ada aku pergi sendiri nanti!" Riana mengomel seorang diri.

Tidak lama selepas itu, Zaquan muncul dengan keretanya. Sengaja Zaquan mengacah-acah Riana dengan terlajak ke hadapan. Kemudian dia mengundur kebelakang dan kedepan semula. Macam takde kerja lain si Zaquan ni!

"Main-main! Kau tu dah lambat nak masuk office! Mentang-mentang company tu atok kau yang punya, mengelat masuk lambat!" Masuk saja ke dalam kereta, terus Riana mentazkirah Zaquan. Namun, jejaka disebelahnya itu buat-buat pekak. Langsung tidak diambil peduli Riana yang tengah membebel.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Riana bertanya semula apabila dia merasakan Zaquan langsung tidak fokus dengan bebelannya.

"Daripada aku dengar kau membebel, lebih baik aku bukak lagu. Lebih sedap didengar dari suara kakak tua kau tu." Selamba Zaquan memerli.

"Daripada kau dengar lagu, lebih baik kau dengar ayat-ayat Al-Quran. Mana tahu tengah bawak kereta ni, datang hidayah kau!" Kali ini, Riana membalas sinis. Pedih juga telinga Zaquan yang mendengarnya.

Ada hati nak berlawan mulut dengan Riana? Sekali sembur, insaf terus! Ceh, perasan!

Riana bermain dengan telefonnya sementara Zaquan tengah memandu. Zaquan pula memilih untuk diam setelah diceramah oleh Riana. Malas dia nak bukak mulut lagi. Mahu bernanah telinganya mendengar sindiran pedas Riana nanti.

Apabila lampu isyarat bertukar merah, Zaquan pula yang bermain telefon. Kadangkala terbit satu senyuman. Ada awek mesej lah tu!

"Jalan... Main telefon pulak kau! Siapa mesej tu?" Riana menyibuk. Dia mahu melihat telefon Zaquan namun jejaka itu lebih pantas menutup telefonnya.

"Sibuk je kau ni!"

Riana mencebik. Nak tengok sikit pun tak boleh!

Riana mengerutkan dahi apabila Zaquan menghentikan keretanya di hadapan kedai bunga. Nak beli bunga untuk siapa pulak?

"Kau buat apa dekat sini? Siapa nak bunga?"

"Kau duduk je diam-diam dalam kereta ni." Soalan Riana dibiarkan tidak berbalas.

Riana memandang jengkel. Mungkin Zaquan nak beli bunga untuk diri dia sendiri. Yelah, baru lepas sembuh kan?

Beberapa minit kemudian Zaquan kembali dengan bunga di tangan. Tersenyum lebar lelaki itu. Riana hanya mengerling sekilas. Cantik. Pandai juga Zaquan memilih bunga. Mana taknya, lelaki itu kan seorang kasanova. Setakat pilih bunga, celah gigi jelah!

•••

RIANA memandang sekeliling bilik pejabat Zaquan. Not bad! Kemas dan bersih saja. Fail-fail pula tersusun rapi di atas meja. Riana mengambil tempat di sofa yang tersedia di dalam bilik itu. Di atas meja kecil dihadapannya terdapat beberapa buah majalah.

Salah satu majalah diambil dan dibuka. Terbuntang mata Riana tengok majalah tersebut. Bersepah gambar-gambar wanita seksi di dalamnya. Cepat-cepat dia menutup kembali majalah tersebut.

Zaquan pula entah kemana. Kemungkinan ada mesyuarat. Riana berjalan-jalan di sekitar bilik itu. Bosan! Jam tangan dipandang. Ada lagi beberapa jam sebelum waktu kerja habis. Mahu mati kutu dia duduk di situ tanpa berbuat apa-apa.

"Baby!" tiba-tiba pintu bilik Zaquan dikuak dari luar. Muncul seorang gadis seksi berambut blond. Riana memandang gadis itu atas bawah. Seksa betul mata dia yang melihatnya!

"Hey, you siapa?" tanya gadis tersebut.

Belum sempat Riana nak membalas, sekali lagi pintu dikuak dari luar. Kali ini, Zaquan yang muncul.

"Sayang!" Zaquan memanggil manja. Pipi gadis itu diciumnya lembut. Pinggang gadis gedik tadi dirangkul erat. Riana menggeleng melihat tingkah laku Zaquan itu. Langsung tidak peduli halal dan haram.

"Baby, siapa perempuan ni?" meluat betul Riana dengar panggilan itu. Pada dia, bunyi 'baby' itu lebih kepada bunyi haiwan bewarna pink di hutan sana. Geli-geleman pula bila difikirkan.

"She's my bodyguard, sayang. You tahukan Tok I macam mana? That's why dia jadikan Riana ni sebagai bodyguard I." Makin erat rangkulan dipinggang gadis itu. Riana mengalihkan pandangan matanya. Free-free je dosa yang dia dapat dengan adegan tak semenggah Zaquan.

"Hai, nama I Ellyna. You boleh panggil I, Elly." Elly memperkenalkan diri. Dia menghulurkan tangan kepada Riana.

"Apadia? Geli?" Riana buat-buat tak dengar. Huluran Elly disambut nak taknak.

"Baby, tengok bodyguard you ni!" Elly merengek manja.

"Riana!" Zaquan memanggil. Dia menjeling Riana yang selamba badak itu.

"Oh, Elly... Sorry lah aku memang ada masalah pendengaran. Sedap nama kau. Ala-ala jelly yang geli-geli gitu!" Riana berkata selamba. Langsung tidak dipedulikan wajah Elly yang monyok itu. Zaquan pula sudah memandang tajam ke arah Riana.

"Kau nak kemana?" Zaquan menyoal apabila melihat Riana yang ingin keluar dari situ.

"Nak beli jelly. Panas-panas macam ni sedap juga makan jelly. Kau tu berdua-duaan jangan nak macam-macam pulak! Setan ni dekat mana-mana ada!"

Usai berkata begitu, Riana keluar dari pejabat Zaquan. Dia ingin ke pantry untuk buat air. Terasa bahang bila duduk di pejabat Zaquan. Padahal penghawa dingin sentiasa dipasang. Lebih tepat lagi, dia tidak suka dengan kehadiran Elly. Apatah lagi dengan aksi kurang manis mereka tadi.

"Sayang jangan sedih-sedih okey? Look, what I bought for you!" Zaquan mengambil bunga yang dibelinya tadi. Tersipu-sipu Elly dibuatnya.

Zaquan membawa Elly duduk di sofa. Dia kemudian mengusap lembut rambut gadis itu. Apa yang dibualkan Elly langsung tidak menarik perhatiannya. Sesekali dia mengangguk-angguk. Konon-konon dia sedang mendengar omelan gadis itu. Sekarang ini, dia lebih memikirkan ke mana Riana pergi.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Kde žijí příběhy. Začni objevovat