BAB 41

3.1K 167 17
                                    

ZAQUAN menggaruk kepala. Basikal yang tidak bertayar itu dipandangnya. Niat nak bermain basikal dan berpusing di area kampung ini, tapi hajatnya tak kesampaian selepas melihat basikal tersebut yang tidak boleh digunakan lagi.

Nak naik kereta? Macam tak best je. Lagipun Zaquan malas nak kotorkan keretanya. Dahlah jalan di kampung ini berlecak dengan tanah merah di merata tempat. Ceh, sayang kereta betul Zaquan ni! Memanglah sayang, beli guna duit bukannya guna daun!

"Kau dah kenapa tertonggeng-tonggeng ni Zaquan?" Riana muncul dari dalam, terus menyergah Zaquan yang sedang tertonggeng melihat sesuatu di bawah rumah kayu tersebut.

Pak!

Dek terkejut, kepala Zaquan terhantuk pada papan di atas kepalanya. Kepala digosok-gosok dengan lapisan kerutan pada dahi. Riana? Tak membantu langsung. Makin galak gadis itu ketawa adalah.

"Kau tak payah nak ketawa sangatlah!" geram nada Zaquan. Dia kemudian bertinggung melihat pasir. Dah bosan, dia mengutip batu-batu kecil tersebut dan dilambung berkali-kali.

"Ria? Zaq? Buat apa dekat luar ni?" Wan Munah menegur. Serentak itu, Riana dan Zaquan mengalih tumpuan kepada Wan Munah.

"Ria saja ambil angin dkt luar ni. Tengok-tengok si Zaq ni macam sibuk aje dekat bawah tu. Entah apa dia cari pun Ria tak tahu," balas Riana. Mata mengerling Zaquan yang masih bertinggung itu.

"Kenapa Zaq? Ada apa dekat bawah tu?" soal Wan Munah. Dia turut sama mengatur langkah kaki ke luar rumah.

"Tak... Zaq nampak ada basikal dekat bawah ni. Zaq ingat nak ronda-ronda dalam kampung naik basikal ni. Tapi nampak gaya macam tak jadi je. Sebab basikal ni dah rosak," adu Zaquan. Dia menunjuk pada basikal yang kelihatan uzur itu.

"Lah, kenapa tak cakap? Basikal ni memang dah lama rosaknya. Tapi kalau Zaq tak kesah, dekat belakang rumah ada motor. Zaq pergilah ronda-ronda naik motor. Ajak Ria sekali." Wan Munah menggeleng kecil. Ingatkan apalah tadi. Rupa-rupanya pasal basikal aje.

Daripada bertinggung, terus badannya berdiri tegak. Mata bagaikan disinari cahaya. Hati dah melonjak gembira. Tinggal tak lompat macam budak kecil aje.

"Dekat belakang rumah? Okey, Zaq pergi dulu!" langkah kaki dilajukan menuju ke belakang rumah. Riana dan Wan Munah saling berpandangan. Bukan main teruja lagi Zaquan ni.

Di belakang rumah, Zaquan mula menggeledah stor besar tersebut. Seketika, matanya tertangkap pada sebuah motosikal Honda XR 250 lama. Zaquan menghampiri motor tersebut lalu ditepuk-tepuk tempat duduk motor yang agak berdebu itu.

Lantas, motor lama itu ditolak keluar. Kemudian Zaquan menghidupkan enjin motor tersebut dan bergemalah bunyi bising yang datang dari ekzos motor itu. Tak menunggu lama, Zaquan melangkah naik ke atas motor.

"Wan! Zaq pergi dulu ya? Nak cari jodoh, kut-kut terserempak ke nanti?" handel motor dipulas. Kepulan asap mula keluar dan naik ke udara.

"Eh, aku nak ikut!" Riana mengejar Zaquan yang bukan main laju lagi bawa motor. Nak merempit ke apa mamat ni?

"Cepatlah! Terhegeh-hegeh macam kura-kura betul!" kutuk Zaquan. Dia menoleh ke belakang melihat Riana yang terkedek-kedek berlari ke arahnya. Comel pula Zaquan tengok.

"Eii, sabarlah!" rungut Riana. Kemudian, dia membonceng Zaquan dan satu tepukan kuat mengena pada bahu lelaki itu. Tak sabar sangat kan?

Wan Munah menggeleng melihat tingkah laku dua manusia itu. Macam budak-budak. Padahal dah tua bangka. Dah boleh kahwin dah pun. Kahwinkan aje diorang berdua tu!

•••

"ZAQ! Cuba kau singgah dekat budak-budak tu kejap. Diorang nak buat apa tu? Dengan tak berbaju lagi," ujar Riana lalu menunjuk pada sekumpulan budak lelaki yang tidak berbaju itu.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now