BAB 38

2.8K 163 23
                                    

RIANA menekan bahagian abdomennya yang terasa lenguh. Ini bukan sakit biasa-biasa ni. Ini sakit setiap kali dia ingin datang bulan. Selalunya, seminggu sebelum dia period, memang bahagian tersebut akan terasa lenguh dan berdenyut. Senang cakap, senggugut!

"Aduh, mana ni? Takkan aku lupa nak bawa kut?" bagasinya diselongkar. Dia ingin mencari 'roti kering' atau erti kata lain, tuala wanita yang sememangnya Riana akan sediakan jika dia pergi kemana-mana sekalipun. Terutama sekali kalau dia pergi melancong.

"Memang sahlah ni aku lupa nak bawa! Waktu-waktu macam ni jugalah kau nak terlupa, Ria! Selalunya benda tu yang kau akan ingat dulu nak bawa!" Riana mengomel sendirian. Dia memarahi dirinya yang cuai. Tak pasal-pasal dia nak kena beli yang lain.

"Ya Allah, sakitnya..." Riana mengerang kesakitan lalu badannya dibongkokkan. Renek peluh mula mengalir perlahan. Macam inilah dia setiap bulan. Menahan sakit. Kadang-kadang kalau tak tahan sangat, dia terpaksa telan pain killer. Habis terbang segala mood dia harini.

Beg duitnya yang terletak di atas katil diambil. Kemudian, Riana berjalan keluar dari bilik sambil tangan tak lepas menekan bahagian abdomennya. Tangga batu itu dipijak satu persatu dengan langkah yang perlahan.

"Ria, kamu nak kemana tu?" tegur Makcik Munah. Dia kemudian berjalan ke arah Riana yang kelihatan tak bermaya itu. Muka gadis itu pula agak pucat.

"Nak pergi kedai runcit sekejap, Wan. Nak beli barang sikit. Wan ada nak kirim apa-apa ke?"

"Tak ada... Kamu okey ke, Ria? Kenapa muka pucat pula ni?" soal Makcik Munah dengan riak wajah sedikit risau.

"Ria okey je, Wan. Cuma sakit perut sikit. Itu je, Wan jangan risaulah." Riana mengoyak senyuman. Dia tidak mahu hati tua itu berasa risau akan dirinya.

"Yalah, kalau macam tu baik-baik jalan. Tak pun, kamu ajak Zaq teman sekali. Dia ada dekat bawah pokok sana. Sejak seminggu dia dekat sini, nampak macam dia dah boleh sesuaikan diri. Kamu tengoklah tu..." ujar Makcik Munah lalu mengerling Zaquan yang sedang terbaring di atas pangkin. Wah, bukan main senang hati lagi lelaki itu ya? Haritu bukan main lagi kata ada nyamuk, apalah. Sekarang ni, Zaquan dengan nyamuk pun dah jadi best friend forever!

"Baguslah tu, Wan. Kalau tak, asyik merungut je kerja dia!" Riana ketawa kecil. Sesekali dia mengerutkan dahi.

"Macam-macam..." Makcik Munah menggeleng kecil. Riana yang sudah keluar daripada rumah dan menuju ke arah pangkin itu diperhati dari jauh.

"Buat apa tu?" Riana melabuhkan punggung di sebelah Zaquan. Irisnya memerhati Zaquan yang masih tidak sedar akan kehadirannya disitu. Geram pula Riana dibuatnya, lalu dia mengetip betis Zaquan yang terdedah.

"Sakitlah! Kau ni kalau sehari tak cubit aku, tak boleh ke?" Zaquan bertanya geram. Terus dia bangun daripada pembaringan. Riana yang sedang sengih tidak bersalah itu dipandang atas bawah. Nak kemana pula minah ni?

"Kau nak pergi mana ni? Kenapa muka kau pucat? Kau demam?" bertalu-talu soalan Zaquan. Tangan pula sudah naik melekap pada dahi Riana. Risau juga dia kalau Riana demam.

"Taklah... Aku nak pergi kedai runcit depan sana. Aku nak beli barang sikit." Tangan Zaquan dijatuhkan.

"Pergi seorang diri?"

Riana mengangguk bagi menjawab pertanyaan Zaquan. Dia nak ke kedai untuk beli tuala wanita. Standby awal-awal. Nanti tiba-tiba dia datang haid, tak adalah kelam-kabut nak pergi beli.

"Aku teman. Kau tunggu sekejap, aku pergi ambil kunci kereta." Zaquan berdiri. Seluar pendeknya ditepuk bagi menghilangkan debu daripada pangkin kayu tersebut.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora