BAB 15

3.7K 217 5
                                    

MASING-MASING senyap di dalam kereta. Zaquan memandu dengan muka yang agak serius. Riana pula sedang enak makan coleslaw yang dia beli tadi. Langsung tak perasan wajah Zaquan yang tegang itu. Mana nak perasan kalau makanan dah ada depan mata kan?

"Nak cikit takk? Nganga mulut cepatt!" Riana membuat suara kanak-kanak. Lalu disuakan sesudu coleslaw ke mulut Zaquan.

Serta merta hati Zaquan lembut mendengar suara kanak-kanak ribena Riana itu. Kan sedap sikit telinganya kalau mendengar gadis itu bercakap dengan lembut. Zaquan membuka mulut lalu menguyah makanan tersebut perlahan.

"Bukan main seronok lagi kau tadi? Mentang-mentang ada buah hati tadi."

Zaquan memulakan perbualan. Malas lah dia nak merajuk dengan Riana. Kalau dia merajuk, gadis itu bukan reti pujuk pun!

Riana mengerutkan dahi lalu memandang ke dadanya. Buah hati mana yang dimaksudkan Zaquan ni?

"Buah hati mana pulak kau cakap ni?" Riana bertanya dengan mulut dipenuhi makanan. Cepat-cepat Riana mengambil air coke dan disedut rakus. Fuh, kalau tak, mahu mati tercekik dia tadi.

Zaquan mengerling ke sebelah. Menggeleng dia melihat gadis itu yang terlalu gelojoh menguyah makanan. Perangai tak senonoh langsung!

"Berapa ramai buah hati yang kau ada?" Zaquan memerli Riana.

"Yang teman kau makan tadi tu, bukan buah hati namanya?" Zaquan menyambung lagi bila dia melihat Riana yang seakan blur itu.

Riana ketawa kecil. Dia menampar lembut bahu Zaquan yang sedang memandu itu. Gedik pula Zaquan melihat Riana ketika ini.

"Itu cinta hati, bukan buah hati! Eii, malu tau!" Riana menutup mulutnya sambil menunduk ke bawah. Alahai, dia punya gedik kalah si Elly.

"Kau dah kenapa menggeletis semacam ni? Amboi-amboi, sejak dapat jumpa dengan cinta hati kau tu, dah kurang perangai kasar kau eh? Lepastu, dengan dia bukan main lagi kau gelak sakan, cakap pun lemah lembut. Cuba kalau dengan aku? Macam nak terbalik bumi ni kau punya kelantangan suara!"

Hiperbola betul Zaquan ni sampai bumi pun dia kaitkan. Perkataan cinta hati tadi ditekankan. Mata lelaki itu dijulingkan ke atas. Menyampah pula dia melihat Riana yang malu-malu kucing itu.

"Kau ni, takkan aku nak berkasar dengan bakal imam aku? Aku kenalah berlemah-lembut dengan dia. Cuba bagi semangat sikit, Zaq!" ujar Riana lalu menyuapkan lagi sesudu coleslaw ke dalam mulut Zaquan.

"Kau serius dengan dia ke, Ria?"

"Seriuslah! Kenapa tak pula?"

"Dia tu betul-betul suka dekat kau? Kot-kot lepas habis sekolah dulu, dia dah ada peganti kau. Dan kau ada tanya Hafiz perasaan dia dekat kau masih sama macam dulu atau tak? Takut kau tu syok sendiri je!"

Riana menghentikan suapan. Muka yang tadi gembira kini muram. Kata-kata Zaquan tadi betul-betul menyentakkan dia. Ada betul juga apa yang Zaquan kata tadi. Mungkin dia syok sendiri sedangkan Hafiz langsung tiada perasaan kepadanya. Buatnya lelaki itu sebenarnya sudah ada teman istimewa, tak ke huru-hara nanti?

"Kau rasa dia dah ada awek ke, Zaq?"

Zaquan mengangkat bahu. Signal diberi untuk membelok ke kiri. Riana disebelah dikerling sekilas. Kemudian, dia menurunkan cermin kereta apabila pengawal keselamatan kondominium itu mengarah. Kad pengenalan diserahkan sebelum keretanya dibenarkan masuk.

"Rilex lah, Ria. Kalau mamat tu dah ada girlfriend, aku kan ada? Aku ni lagi macho dari dia tu! Kau kahwin dengan aku, nak tak?"

Riana memandang Zaquan atas bawah. Muka jijik dipamerkan. Kalau Zaquan ni satu-satunya lelaki yang ada dekat muka bumi ni, dia lebih rela menjadi anak dara tua daripada dikahwinkan dengan spesis ulat bulu ni!

"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau!"

"Sekarang memang taknak, nanti-nanti kau juga yang terhegeh-hegeh dekat jejaka Malaya ni!"

Zaquan berkata bangga. Beg kertas yang diletakkan di tempat duduk belakang, diambil.

"Kita buat apa dekat sini? Beg kertas tu, kau nak bawa kemana?"

Riana menyoal pelik. Hairan pula dia melihat Zaquan yang sudah siap membuka tali pinggang dan memegang beg kertas dari butik pakaian dalam wanita tadi. 

Keadaan sekeliling dipandang. Rasanya ni bukan kondo Zaquan. Memang bukan pun! Takkan lah dia tak ingat kondo Zaquan dimana kan?

"Aku nak hantar barang ni dekat Wani. Dia yang kirim tadi."

Riana memandang tak berkelip. Lah! Mati-matian dia ingatkan Zaquan yang nak pakai!

"Siapa Wani?"

"Stok geli-geli akulah, siapa lagi?"

Zaquan melihat wajahnya melalui cermin pandang belakang. Dia membelek-belek mukanya untuk memastikan tiada cacat cela.

"Aku ingat kau beli benda alah tu untuk kau pakai." Riana menutup mulut daripada melepaskan tawa. Aduhai, bila ingat balik rasa kelakar pula. Rupa-rupanya untuk awek Zaquan! Dia pun satu, lupa ke yang Zaquan tu playboy? Setakat pakaian dalam macam tu, celah gigi Zaquan je!

"Kau punya pemikiran ni Ria, aku tak taulah nak cakap apa! Tapi kan, Ria... Aku memang lah tak pakai semua ni, tapi aku boleh tolong pakaikan..."

Dah mula dah perangai gatal Zaquan ni! Siap pakej dengan senyuman yang menggoncang iman tu lagi! Pula tu, dia memandang Riana macam nak telan!

"Eh, eh kau ni! Sebelum aku yang humban kau keluar, baik dengan segala hormatnya kau keluar sendiri! Tak pasal-pasal, Wani tu jumpa kau dengan muka tembok sebelah! Takpun, aku sumbat benda ni dalam mulut kau!"

Huh! Garang betul Riana ni. Kan Zaquan dah kata tadi, kalau dengan Hafiz, memang taklah taringnya dikeluarkan. Sekarang tengok perbezaan dia.

Zaquan menutup pintu kereta dengan hati yang sebal. Sebelum dia menapak pergi, dia mengetuk cermin kereta untuk memanggil Riana.

"Apa lagi?!"

"Gadis manis berbaju kelabu, Oh Riana, I Love You."

Zaquan melemparkan flying kiss. Terbahak-bahak dia melihat muka gadis itu tadi. Dengan mulutnya yang tergamam, mata pula sudah membulat besar. Niatnya nak mengusik Riana saja. Pantun tadi dia tidak memaksudkan apa-apa pun. Ini Zaquan lah! Semua gadis akan cair kalau dengar dia berpantun! Perasan!

Cis! Terkena dia lagi dengan Zaquan. Ingat ada benda penting nak cakap, rupa-rupanya, pantun entah apa-apa yang keluar dari mulut lelaki itu! Tapi tak hairan pun, Zaquan Firdaus kan? Apalah sangat kalau pantun dua kerat tu yang keluar dari bibir dia. Entah-entah, dah beribu pantun dia bagi untuk gadis-gadis di luar sana.

Lelaki macam Zaquan tu, tiada yang mustahil. Agaknya masa belajar di bumi kangaroo dulu, minah saleh di sana pun dia tabur dengan ucapan manis. Hailah Zaquan, Zaquan.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt