BAB 36

2.8K 169 6
                                    

DANIA termenung sendirian di atas sofa panjang itu. Keluhan berat dilepaskan lalu perutnya yang masih kempis diusap lembut. Ingatannya kembali melayang pada malam di mana dia telah diugut oleh Danny untuk melakukan kerja gila.

"Kau kenal kan jantan ni?" Danny menunjukkan gambar seorang lelaki kepada Dania. Sekali lagi, rambut wanita itu ditariknya.

"Zaq... Zaquan Firdaus?" seluncur ayat itu keluar dari mulut Dania. Siapa tak kenal Zaquan Firdaus? Seorang lelaki kaya dan cucu kepada usahawan berjaya di Kuala Lumpur ini. Tambahan lagi dengan perangai kaki perempuannya. Selalu juga Dania perhati lelaki itu dikelab malam. Cuma, sejak akhir-akhir ini jarang pula dia nampak batang hidung lelaki itu. Kalau tak, memang tiap malam Zaquan ada di kelab malam tersebut.

"Bagus, lagi senang kerja kau nanti." Danny melepaskan cengkaman rambut Dania. Dia berjalan ke arah sofa sambil tersenyum sinis.

"You...you nak I buat apa?" Dania menyeka air mata. Senyuman jahat lelaki itu buat dia tidak sedap hati. Pasti Danny ada merancang sesuatu.

"Kau mesti nak anak dalam kandungan tu ada ada bapa kan?" Danny angkat kening. Wajah putih Dania yang sudah merah itu ditatap. Inilah umpan dia. Dan Zaquan adalah mangsanya. Semuanya telah dirancang kemas oleh Danny.

"You nak bertanggungjawab ke Danny? You nak anak ni, Danny?" tanya Dania tidak percaya. Namun, senyumannya mulai mekar. Tapi, apa kena mengena gambar Zaquan yang ditunjukkan Danny tadi?

"Bukan akulah, bodoh! Tapi Zaquan! Zaquan yang akan bertanggungjawab atas kandungan kau tu!" Danny memaki Dania sekaligus melenyapkan senyuman gadis itu. Kenapa harus Zaquan? Kenapa bukan Danny sendiri yang bertanggungjawab?

"Tapi ini anak you, Danny. Bukan anak Zaq..." Dania bersuara perlahan. Hampa. Kecewa.

"Hey, perempuan! Aku tak kesahlah anak siapa yang kau kandungkan! Yang aku nak kau buat sekarang, pergi dekat Zaquan dan mengaku yang ini anak dia! Lagi satu... Kau tengok gambar perempuan ni betul-betul! Nama dia Riana Qamilia. Aku nak kau mengaku budak tu ialah anak kepada Zaquan di hadapan muka Riana! Aku nak perempuan tu dengar dan percaya dengan apa yang kau cakap! Faham?" Danny menunjukkan pula gambar Riana.

Dania menggeleng tidak percaya. Gambar Riana itu dipandang sayu. Dia sangkakan Danny mahu pikul tanggungjawab ini, tapi kenapa orang lain pula yang jadi mangsa kepada lelaki itu? Kejam!

"Apa motif you suruh I buat semua ni, Danny?" bagaikan tidak terkeluar suaranya ketika ini. Dia yang terjelupuk di atas lantai itu pantas berdiri. Tentangan matanya penuh mendalam memandang Danny. Dengan tubir mata yang sudah bertakung dengan mutiara jernih, bila-bila masa saja butiran jernih itu akan turun membasahi pipinya sekali lagi.

"Dendam." Danny membalas sepatah. Dia melarikan anak mata daripada terus menatap iris gadis itu.

Dania menggangguk. Jadi kerana dendam? Disebabkan dendam anak ini harus digadaikan demi melunaskan dendam si ayah. Kerana dendam juga, orang yang tidak bersalah harus pikul tanggungjawab ini? Ya, semuanya kerana dendam.

"Ini anak you, bukan anak Zaquan... How could you..." tak sempat Dania nak habiskan ayatnya, Danny terlebih dahulu memintas. Kali ini, pergelangan tangannya pula direntap Danny. Kasar sungguh layanan lelaki itu kepadanya. Tidak macam dulu, Danny sering melayannya dengan penuh kelembutan. Hatta, lelaki itu langsung tidak pernah naik tangan padanya. Tapi hari ini, lelaki itu seakan sudah berubah sifatnya.

"Budak ni bukan anak aku!" tengking Danny di hadapan muka Dania. Perut wanita itu ditolak sehingga Dania terduduk di atas sofa.

"You nak nafikan apa lagi, Danny? Ini memang anak you! Macam mana you nafikan pun, baby ni tetap darah daging you! You papa dia, Danny!" jerit Dania. Dia dah tak tahan lagi. Teresak-esak dia menghamburkan tangisannya.

2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now