Bab 23🚫

435 16 0
                                    

"Nah makan ubat ni, lepastu tidur" arah Que kepada Edlan. Edlan hanya menurut. Kepalanya rasa berdenyut. Time macam ni la migrain ni nak datang... Ubat dan air yang dihulur Que dicapai. Setelah selesai, dia membaringkan tubuhnya.

"Arianna ada contact kau tak? Aku call dia tak berangkat." soal Edlan.

"Kau jangan risaulah, pandai la dia jaga diri. Kau rehat dulu, apa-apa panggil aku kat bawah". Ujar Que. Edlan mengangguk sebelum akhirnya dia terlelap. Que keluar dari bilik sambil diperhati Emily diam-diam. Selepas yakin Que telah tiada, Emily cepat-cepat menyelinap ke dalam bilik Edlan.

Emily menutup pintu perlahan dan kemudian menghampiri Edlan yang sedang tidur itu.

"Kesian you, bini you tinggal you macam tu je...takpe I kan ada...I boleh ganti Arianna....I love you so much Edlan.." ujar Emily.

Tanpa rasa malu dia berbaring di sebelah Edlan, memerhati setiap inci muka Edlan. "I takkan biarkan you terlepas dari I lagi Edlan" ujarnya lagi sambil membelai muka Edlan sebelum memejamkan mata

 "I takkan biarkan you terlepas dari I lagi Edlan" ujarnya lagi sambil membelai muka Edlan sebelum memejamkan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arianna merenung pantai yang ada dihadapannya. Mata melihat pantai tapi fikiran entah ke mana. Apa akan jadi dengan perkahwinannya? Masjid yang baru dibina adakah akan hancur begitu saja?

Berpuluh panggilan telefon dari Edlan sejak pagi dibiarkan tidak berangkat. Arianna tahu apa yang di buat sekarang salah. Keluar rumah tanpa izin suami tapi dia perlukan ruang untuk bertenang.

Langit sudah mulai gelap. Orang pun sudah mula beredar pulang. Perut Arianna berkeroncong. Baru perasan dia belum makan apa-apa dari pagi. Arianna bergerak ke kereta untuk mencari kedai makan bagi mengisi perutnya.

Arianna sampai ke rumah ketika jam sudah menunjukkan 2 pagi. Mesti semua dah tidur. Kalau ikutkan hati, dia malas nak balik tapi dia masih ingat yang dia mempunyai suami. Sejauh mana pun dia berlari, Edlan adalah rumahnya.

Perlahan dia melangkah menuju ke bilik. Tak ingin membangunkan sesiapa. Pintu bilik dibuka.

"Edlan Iskandar!" jerit Arianna. Luluh hatinya melihat apa yang di depan matanya. Emily dan Edlan, di atas satu katil.

Edlan yang sedang tidur terus bangun menegak. Kepalanya masih pening.. Dia melihat ke arah Arianna di pintu bilik dengan mata yang sudah merah. Kemudian dia terpandang Emily di sebelahnya. Terus dia turun dari katil.

"Sayang...its not what its look like...sumpah abang..." Tanpa mendengar apa-apa, Arianna terus berlari turun ke bawah. Edlan segera mengejar isterinya. Tangan Arianna dicapai.

PANG!!!

Kepala Edlan tertoleh ke kiri ditampar Arianna. Pedih rasa mukanya. Tapi pedih lagi hati Arianna saat ini. Que dan Mak Yam yang turut menyaksikan terkejut.

"Sanggup awak buat saya macam ni..." ujar Arianna bersama air mata yang sudah mengalir. "I give you everything, I love you, and this is what I get?! Apa lagi yang tak cukup?" jerit Arianna.

"Sayang dengar dulu..abang.."

"Apa lagi?! Pembohongan apa lagi yang awak nak buat?! Saya penat ...saya penat nak cuba faham awak...awak cakap awak sayang saya tapi..." Arianna menangis lagi, tiada kata yang boleh diucapkan untuk menggambarkan apa dia rasa saat ini.

"Sayang sumpah abang tak tahu macam mana dia boleh ada atas katil tu...Tolong la percaya..."

"I trusted you and look where it get me? Edlan, if you really still love her...please let me go" ujar Arianna lemah Tiada kekuatan untuk melawan ataupun bertekak.

Edlan terduduk melutut mendengar ayat itu. "No sayang, tolong jangan tinggalkan abang...I love you so much...". Air matanya mengalir. Tidak sanggup memikirkan kalau Arianna pergi meninggalkannya.

"Sayang tolong jangan tinggalkan abang, abang minta maaf, tolong sayang..." Ujar Edlan sambil memegang tangan Arianna erat.

"You know what..maybe we need some time apart from each other.." Arianna menarik tangannya kembali. Dia berlalu keluar dari rumah tanpa menoleh ke belakang.

Edlan cuba bangun mengejar Arianna di halang Que. "Give her time.." Que cuba menenangkan Edlan. Dia juga tengah menahan amarah. Emily memang dah melampau! Edlan berlalu naik ke atas.

Emily yang sejak tadi mendengar pergaduhan tu dari dalam bilik mendail satu nombor. Seketika panggilan tersebut dijawab.

"Part aku dah selesai. Sekarang kau jalankan part kau. Biar perempuan tu mati terus. Kau pun nak sangat bunuh dia kan? Apa2 nanti aku akan update. " ujar Emily di telefon.

"Aku tahu kerja aku. Kau pula jangan sampai kantoi. Karang tak pasal habis semua plan kita."

"Tu kau jangan risau. Everything under control. Asalkan Edlan Iskandar jadi milik aku" Panggilan dimatikan. Emily tersenyum sendiri. Senyuman yang penuh makna.

"Apa kau cuba buat Emily?" soal Edlan masuk ke bilik itu.

"Apa you cakap ni?" soal Emily berpura-pura.

"Kau tahu disebabkan benda tadi, Arianna sekarang dah pergi!"

"Sumpah I tak sengaja, tadi I tengok you macam tak sihat, so I masuk la nak tenggokkan you, entah macam mana I boleh terlelap. " Que yang berada di belakang Edlan tersenyum sinis. Nampak sangat membohongnya.

Edlan meraup mukanya ganas. "Que nanti tolong carikan apartment satu untuk Emily." Que mengangguk mendengar arahan.

"Apa maksud you Edlan?"

"Emily, starting from today, jangan datang villa ni lagi."

"Ap–Apa you..." ujar Emily tergagap-gagap. Edlan halau dia?!

"Keluar, aku nak rehat." bidas Edlan. Emily terdiam dan terus keluar dari bilik itu.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now