BMAP JUST TWO OF US 6

5.1K 230 2
                                    

"ZACH, Alec! Jangan jauh sangat. Nanti mummy tak nampak kamu berdua pergi mana!" Jerit Amber bimbang.

Zach dan Alec, kembar seiras yang terlalu akrab itu mengangguk serentak lalu mereka berlari sepanjang jalan lautan yang indah.

"Jangan risau, mereka dah besar." Kata Zein menenangkan isterinya yang nampak sangat risau akan keselematan kedua anak kembar mereka yang baru sahaja berumur 10 tahun.

Alhamdullilah, mereka telah dikurniakan seorang puteri yang comel berumur 2 tahun, Puteri Alice Erynn Danielle.

"Abang, sayang pergi tengok sekejap. Saya nak awasi mereka berdua." Kata Amber lalu membawa Alice bersama.

Zein mengangguk faham lalu dia duduk bersantai di atas kain piknik yang dirancang tanpa diberitahu.

Zein tersenyum melihat keindahan ciptaan Allah yang terbentang luas di hadapan matanya.

"Zein!" Sapa Arsyad dan Daniel. Zein menyapa mereka kembali. "Mana Durani dengan Ilyana? Kata dah janji nak piknik?" Soal Zein hairan.

"Mereka berdua kata nak ke suatu tempat sekejap." Jawab Arsyad lalu mereka duduk.

"Tak sangka kita dah menjadi ayah kan?" Soal Daniel sambil ingatannya terkenang waktu remeja mereka.

"Dan paling tak dijangka anak perempuan kita semua sama umur!" Kata Arsyad pula.

"Dulu kita jahil gila doh. Hisap rokok, membuli dan banyak lagi. Kesal sangat aku bila teringat semua tu." Kata Arsyad lagi.

"Banyak benda berlaku tetapi semuanya end up dengan kebahagian." Kata Zein. "Hei, kenapa mereka belum datang lagi? Aku tak sedap hati." Kata Daniel.

Terus ketiga-tiga lelaki yang berstatus berpunya itu bangun dan melihat keadaan sekeliling pantai.

Lansung tidak nampak kelibat isteri masing-masing. Zein, Arsyad dan Daniel cemas akan keselamatan isteri dan anak-anak mereka.

"Hei, lihat tu!" Jerit Zein kuat. Mereka terus melihat pasir yang dilukis bentuk anak panah ke hadapan.

"Mungkin sesuatu isyarat. Ikut je." Kata Arsyad. Daniel mengangguk setuju. Terus mereka bertiga mengikut petunjuk yang masih menjadi tanda tanya mereka.

Tiba-tiba, mereka melihat tiga anak panah dan empat keping kad. Kad pertama tertulis 'awak, saya sayang awak bukan dari wajah tapi dari keikhlasan hati awak.'

Kad kedua, 'abang, abang cinta pertama dan terakhir sayang. Jadi tolong teruskan ada bersama sayang hingga akhir hayat sayang.'

Kad ketiga, 'bie, sayang tak sweet macam yang bie nak tapi sayang cuba buat yang terbaik hanya untuk kebahagiaan bie.'

Dan kad keempat di hadapan ketiga-tiga kad tertulis, 'Selamat Ulang Tahun, Abang, Bie, Awak.'

Terus mereka melihat ke hadapan. Terlihatan beberapa lilin dan bunga ros yang bertaburan sepanjang karpet merah.

Terus mereka terpana melihat isteri mereka yang berpakaian gaun pengantin yang sama sewaktu mereka bertiga berkahwin.

Amber, Durani dan Ilyana berlari ke arah suami masing-masing lalu terus memeluk mereka. Zein, Arsyad dan Daniel menyambut.

"Terima kasih abang, untuk segala kebahagiaan yang sayang rasakan selama ini." Ucap Amber. Wajahnya merah menyala. Jantung ketiga-tiga pasangan itu berdegup kencang.

"Sayang juga telah berikan hadiah terbaik dalam hidup abang. Zach, Alec, Alice dan..." Perut Amber diusap lembut.

Alice tersenyum menampakkan giginya.

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now