BMAP PROLOG II

9.5K 384 9
                                    

BEG roda bewarna silver ditarik ke kapal terbang Airlines. Mereka tak menggunakan jet pribadi kerana tak mahu musuh-musuh mereka dapat mengesan keberadaan jet.

Masuk saja dalam kapal terbang, beg di letak di atas lalu  duduk  di sebelah Ryan. Anak buahnya pula hanya akan menggunakan jet pribadi.

"Kau penat tak?" Soal Ryan kepada si kakak. Amber memandang Ryan pelik. Kening diangkat sebelah. "Asal caring semacam ni?" Soal Amber sambil  dia membuat mimik muka menyampah.

"Aku adik kau. Lagipun, kau tak cukup tidur." Jawab Ryan lalu mengeluarkan iPod. "Kalau betul pun, asal? Lansung tak ada kena mengena." Perli Amber.

Ryan buat-buat tidak mendengar lalu menyumbat kedua telinganya dengan earphone. Wajah  Amber  yang  mula memerah akibat marah tidak dihirau.

Amber menumbuk bahu adiknya kuat
lalu pantas memakai tali keselamatan setelah dia  mendengar  pengumuman daripada pramugari.

Tiba-tiba, iPhone miliknya berbunyi menandakan masuk satu panggilan. Amber mengambil iPhone X nya lalu melihat nombor si pemanggil.

Tertera nama panggilan 'mummy' di screen iPhone X silver itu. Panggilan itu di angkat. Kedudukan  duduknya dibetulkan lalu berdehem.

"Assalamualaikum mummy?" Sapa Amber gembira. "Waalaikumsalam Eve. Are you OK?" Jawab pemaisuri Arellyn di talian sebelah. "I'm  okay. Why did you calling me hmm?" Soal Amber hairan.

"If I wait for you to call me, it will never happen." Terasa menusuk ke dalam hatinya. Amber diam. "Eve, are you there?" Soal Pemaisuri Arellyn.

"Yes, I'm here. Mummy, I got to go. Bye." Panggilan terus ditamatkan. Amber menarik nafas dan hembus perlahan.

"Bonda kan memang macam tu. Tak payah terasa sangatlah." Pujuk Ryan yang mendengar kesemua perbualan antara kakak dan bondanya.

Amber hanya tersenyum. "Akak OK. Terasa sikit je." Jawab Amber. "Dah, tak perlu nak fikir sangat. Tidurlah sekejap." Pujuk Ryan.

Amber melihat ke luar tingkap kapal terbang. Hanya kepulan awan-awan putih yang dapat dilihat. "Ermm..." Jawab Amber perlahan.

Selimut yang disediakan diambil lalu membaluti tubuh kecilnya. Walaupun dia anak sulung, boleh  kata  bahawa adiknya lebih tinggi darinya.

Amber menutup matanya dan dia perlahan-lahan lena diulit mimpi. Ryan memandang kakaknya  lalu tersenyum nipis.

"Sleep well sis..."

Vote⭐

Comments💭

Follow👥

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now