BMAP BAB 30 [ENDING]

6.1K 223 3
                                    

BMAP BAB 30 [ENDING]

           AMBER tersenyum memandang dirinya di hadapan cermin. Baju kurung bewarna putih suci yang tersarung di badannya membuatkan Amber kelihatan lebih anggun.

"Amber, Mak Long nak make-up sekarang." Panggil Pemaisuri Arellyn. Pemaisuri Arellyn masuk ke dalam bilik Amber. Seketika, Pemaisuri Arellyn tergamam.

"Kenapa bonda?" Soal Amber. Pemaisiri Arellyn tersenyum. "Kamu nampak terlalu cantik di mata bonda." Jawab Pemaisuri Arellyn.

"Sudah, mari." Amber dibawa ke bilik sebelah. Kelihatan kakak Bondanya, Puan Sri Adena sedang mengeluarkan blush dan lipstick.

"Amber! Mari sini." Panggil Puan Sri Adena. Amber duduk di atas kerusi di hadapan meja solek. "Kakak, make-up yang cantik ya?" Arah Pemaisuri Arellyn.

Memang semua maklum yang Puan Sri Adena berkerja sebagai make-up artis. "Akak tahu Llyn. Jangan risau." Jawab Puan Sri Adena. "Tutup mata sekejap ya?" Pinta Puan Sri Adena.

___________
SETELAH 30 MINIT... (LAMA SIOT)

          "AMBER, bukalah mata." Arah Puan Sri Adena lembut. Amber dengan perlahan-lahan membuka matanya.

"Akak ke ni Bonda?" Soal Amber agak hairan. "Akak lah. Siapa lagi?" Jawab Pemaisuri Arellyn. Amber memegang cermin itu tidak percaya.

Amber tersenyum gembira. Buat pertama kali dalam hidupnya. "Terima kasih." Kata Amber lalu dia memeluk Puan Sri Adena dan Bondanya.

Puan Sri Aden dan Pemaisuri Arellyn membalas. "Sudah, mari bergerak. Pengantin lelaki mesti dah menunggu." Kata Pemaisuri Arellyn.

Amber terus keluar daripada bilik. "Amber, you look so pretty than I though!!!" Puji Durani sangat teruja.

Amber tersenyum sahaja. "Betul, tak sangka sangat." Sokong Ilyana. Macam yang korang tahu, mereka kahwin serentak ok. "Kakak, Kak Rani, Kak Yana mari." Kata Ryan.

"Arael." Kata Amber lalu tersenyum. Ryan tergamam seketika sebelum dia tersenyum paksa. "Kenapa ni? Kau tak pernah panggil nama tu pun?" Soal Ryan dengan sebak.

Air mata ditahan agar tidak dilihat oleh Amber, satu-satunya kakak yang dia sayangi. Amber memeluk Ryan. "Aku saaaaayang sangat dekat kau. Wish me luck okay?" Kata Amber.

Ryan tersenyum pendek. "Yalah."

__________

           ZEIN, Arsyad dan Daniel mengambil tempat duduk di hadapan bakal ayah mertuanya. Raja Aren menatap dalam mata Zein.

Zein menjadi gelisah dan tidak tentu arah. "Bertenang, Ayahanda takkan makan Zein." Kata Raja Aren sambil tersenyum.

"Patik..."

"Zein, Ayahanda akan menjadi bapa mertua Zein. Panggil yang benar ya?" Pinta Raja Aren. Zein mengangguk.

"Ayahanda, mereka sudah sampai." Ryan menunduk hormat kepada Raja Aren. "Silakan masuk." Arah Raja Aren.

Majlis pernikahan itu hanya dibuat di masjid sahaja dan keluarga terdekat sahaja yang hadir. Lebih kurang 500 orang sahaja.

Amber, Durani dan Ilyana masuk dengan diiringi ibu mereka. Kesemua tetamu terpesona melihat kecantikan mereka bertiga. Pengantin lelaki pun turut begitu.

Duduk sahaja di bahagian perempuan, terus pengantin lelaki dan bakal ayah mertua mereka berjabat tangan.

Zein, Arsyad dan Daniel sudah tidak senang duduk. Dada terasa berdebar yang teramat.

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now