BMAP BAB 12

6.1K 282 5
                                    

BMAP BAB 12

PLAKKK!

Amber memegang pipinya sambil matanya melihat pemaisuri Kyung Hee, ibu kepada Kyung Seok tajam. "Kenapa Amber nak batalkan?!" Soal pemaisuri Kyung Hee geram.

"Aunty sendiri tahu saya sudah ada seseorang yang saya suka. Kenapa aunty tidak boleh bertolak ansur?" Soal Amber, masih menahan amarah yang meluap di dada.

"Anak aunty yang mahukan kamu menjadi isteri dia! Terima saja. Dia juga sudi masuk Islam. Lagipun, orang Malaysia mesti sudah mempengaruhi Amber kan?" Amber sudah panas telinga.

Mereka sekarang berada di Cafe Kuala Lumpur. Hanya dia dan pemaisuri Kyung Hee. "Aunty jaga sedikit cara percakapan aunty. Saya sendiri yang mahu ke sini. Kenapa aunty menuduh mereka?! Apa beza rakyat Korea dan Malaysia?!" Amber bangun daripada kerusi. Dia tidak kesah andai pelanggan melihat.

"Lagipun, kenapa dia mahu masuki Islam?! Islam agama yang suci. Memang betul, kita boleh masuk Islam tanpa paksaan tapi saya nak tanya. Sebab apa Kyung Seok mahu masuk Islam? Berkahwin dengan saya ataupun benar-benar ikhlas? Sudahlah, saya pergi dahulu. Semoga aunty mendapat hidayah. Assalamualaikum." Beg tangan diambil lalu berjalan pergi.

Enjin kereta dihidupkan lalu dipecut kereta itu balik ke rumah.

----------

"AMBER, kau ok ke tidak ni?" Soal Ilyana risau melihat wajah pucat Amber. Amber hanya mengangguk lemah. "Jangan risau. Aku cuma tak sihat sedikit." Jawab Amber.

"Aku belikan sesuatu. Kau duduk sini dahulu." Durani pantas bangun lalu berlari ke kedai farmasi. Mereka sedang berehat di taman berdekatan sekolah.

Tiba-tiba, mata Amber tertancap pada kumpulan Dark Devil Boys yang sedang bermain bola keranjang bersama pasukan lain. "Itu... Daniel kau..." Tunjuk Amber.

Ilyana hanya mampu tersenyum kelat. "Apa bezanya kalau dia milik aku? Dia tetap akan dingin bersama aku." Jawab Ilyana. Air mata hampir sahaja mengalir melihat beberapa perempuan mendekati Daniel.

"Kenapa kau masih teringin nak masuk mafia?" Soalan yang tidak dijangka Ilyana keluar. "Sebab aku cuma nak menjadi kuat." Jawab Ilyana.

Amber melihat Ilyana. "Banyak benda yang boleh menjadikan kita kuat Yana." Bahu Ilyana ditepuk. "Aku tak sekuat kau." Kata Ilyana sedikit serak.

"Aku manusia juga. Bukannya robot yang tiada perasaan." Kata Amber sambil tersenyum singkat.

"Nah!" Entah bila, Durani datang menghulurkan coffee. Amber tertawa seketika. "Kenapa kau ni?" Soal Durani dan Ilyana hairan.

"You know... I love this memory. I just hope that... Our relations will never fall even for a sec; always strong." Amber, Durani dan Ilyana terus tersenyum pahit.

"Me too. Kau Universiti mana lepasni?" Soal Durani lalu duduk sebelah Amber. "I don't know. Kalau boleh, aku nak sama... Mungkin." Jawab Amber.

Ringgg! Ringg!

Handphone diambil dari dalam poket jeans. Nama Sean tertera. "Siapa?" Soal Ilyana hairan. "Sean." Terus wajah mereka berubah serius.

Amber membuka loud speakers supaya Durani dan Ilyana boleh mendengar. Isyarat diam diberikan lalu dia menjawab.

"Kau nak apa?" Soal Amber dingin. "Bersiap sedia untuk pertempuran. Dan mungkin, sekolah kau menjadi mangsa... Hahahaha...." Amber tersenyum sinis.

"Kau memang dah gila Sean!" Jerit Durani tiba-tiba. Lantak apa kalau pengunjung-pengunjung taman reaksi ini lihat? Diorang kan tak reti malu (wakakaka😹)

"Ohh, kawan kau ada ke? Kenapa tak cakap?" Soal Sean berpura-pura innocent. "Kalau kau masih nak libatkan sekolah aku, aku takkan teragak-agak nak bunuh kau iblis!!!"

Habis sahaja Amber bercakap, handphone dicampak ke atas lantai. Dia duduk, cuba memnenangkan diri.

"Am, sabarlah..." Pujuk Durani perlahan. Amber terus bangun lalu dia berjalan ke kereta yang diparkir tidak jauh dari taman.

"Jumpa di dewan peperiksaan esok, Sya, Yana." Amber tersenyum kelat sebelum dia masuk ke dalam kereta dan memandu terus ke rumah.

"Zein! Kau termenung apa tu?!" Sergah Arsyad kuat. Sudah berkali-kali dia memanggil kawannya tetapi tiada sahutan. Zein terkejut.

"Kau nak apa?" Soal Zein hairan. "Kau tu dah kenapa? Ke, kau fikir tentang Amber?" Soal Daniel pula. Zein mengeluh.

Entahlah. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Kali pertama dia melihat Amber, hatinya berdegup pantas. Macam... Jatuh cinta pandang pertama gituuu...

"Aku... Entahlah. Aku rasa macam dia sorok banyak rahsia. Aku nak tahu tapi... Dia sorokkan. Besar sangat ke rahsia dia tu sampai tak boleh nak bagitahu orang?" Jawab Zein sedikit geram.

"Haah. Aku pun rasa macam tu. Ilyana macam sorok sesuatu." Sokong Daniel. Arsyad menggeleng sedikit.

"Kalau betul rahsia tu besar macam mana? Dapatkah kita terima siapa diri mereka?" Soal Arsyad sambil tersenyum manis. Mahal senyuman dia. Mahal semahal kita ingin meniti bahagia.

"Apa maksud kau?" Soal Zein hairan. "Aku tak bermaksud mahu sebelahkan mana-mana pihak tapi, aku rasa... Rahsia itulah yang akan tentukan sama ada kita masih pilih mereka atau tidak. Mungkin sekarang... Aku sayang dia tapi, mana tahu selepas tu aku bencikan dia?" Nasihat Arsyad masih dengan senyumannya.

"Zein, Daniel... Kalau itu jodoh kau... Allah akan tetap satukan korang dengan dia walau apa cara sekalipun. Contoh, kalau Allah bagitahu kau, jodoh kau dengan orang lain. Dapatkah kau terima? Boleh ke kau tukar? Mesti korang tak terima dan nak tukar kan? Sebab itulah, rahsia Tuhan takkan ada seorang makhluk dapat mengetahuinya."

"Sejak bila kau menjadi ustaz ni, wahai Ustaz Arsyad Mikael?" Soal Daniel kagum. "Aku terjumpa dalam longgok surat khabar depan kaunter kedai runcit." Jawab Arsyad lalu meminum air rakus.

"Dah, jom balik. Mak aku dah call." Ajak Daniel. "Ibu aku pun." Sahut Arsyad. Zein hanya diam; mencerna kembali apa yang Arsyad cakap tadi.

'Kalau Amber bukan jodoh aku?'

.

.

.

.

.

Heyyo! Sorry lambat gila update. Like what I say, I will update when weekend right? But, that weekend I have tuisyen to attended.

I'm so sorry. Jangan ko pergi marah aku sudah. Oklah, bye ya!

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin