BMAP BAB 17

6K 253 2
                                    

BMAP BAB 17

           "AMBER! Amber!" Amber terbangun. Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa di bilik itu. Tunggu sekejap, ini bukanlah biliknya.

Amber bangun. Otaknya mula berfikir di mana dirinya. "Amber..." Amber memandang dinding lut sinar itu.

"Kau..." Amber jatuh terduduk. "Adell Evarina." Jawab Adell. "Apa yang kau mahu?" Soal Amber hairan. "Demi Allah Amber, tolong bangun. Ia untuk keluarga kau." Kata Adell yang muncul pada dinding lut sinar itu.

"Adakah aku... Sudah mati?" Soal Amber. Adell tersenyum sebelum dia keluar dari dinding lut sinar itu. "Kau hanya boleh hidup 50-50 sahaja." Jawab Adell.

Amber terus terdiam. "Habis ini? Kalau ini bukan bilik aku, tempat apakah ini?" Soal Amber. Adell menyentuh dinding lut sinar itu.

"Kau berada di dalam otak kau. Bermaksud, ini hanyalah mimpi. Kau masih boleh bangun." Jawab Adell perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Amber.

"Bagaimana?"

Adell berpaling ke belakang memandang sisi baiknya itu. "Bagaimana apa?" Soal Adell kembali. Amber menghela nafas.

"Bagaimana aku mahu bangun?" Soal Amber hairan. "Mudah sahaja. Pegang tangan aku." Amber terus memegang erat.

Adell tersenyum lebar sebelum dia menutup mata. Amber juga berbuat perkara yang sama. Beberapa saat kemudian, Amber terasa sedang diangkat ke udara. Seperti, terbang.

Amber membuka mata. "A... Apa ini?"

_______________

           "GAHHH!" Amber terbatuk. Bau hanyir mula memasuki lubang hidungnya. "Amber, anak bonda!" Pemaisuri Arellyn orang pertama yang memeluk Amber dan menangis melihat puterinya hidup kembali.

"Ma... Macam mana?" Durani dan Ilyana mulai berpandangan. Seakan tidak percaya kawan mereka hidup kembali.  "Adell..." Amber menggenggam tangannya. Dapat dirasa tapak tangannya dan Adell bersentuhan.

"Eve, kita pindah?" Raja Aren tersenyum. "Ke... England?" Soal Amber. Raja Aren mengangguk menandakan tekaan Amber benar.

"Baiklah." Jawab Amber patuh. Amber cuba bangun tetapi luka di bahagian perutnya terasa pedih. "Fuck! Sakit..." Rungut Amber.

Lucas menghulurkan tongkat untuk ketuanya. Amber tersenyum memandang Lucas. "Thanks, Lucas." Kata Amber. Lucas hanya menunduk hormat.

"Amber!!!" Durani dan Ilyana meluru memeluk Amber. Amber tersengih tetapi kemudia terbatuk-batuk mengeluarkan darah.

"Amber." Amber menoleh. Saat matanya memandang lelaki dan perempuan itu, dia memeluk lelaki dan perempuan itu kuat. "Grandpa,  grandma..." Air mata gembira jatuh.

"Kita balik. Kamu dah bunuh dia kan?" Soal grandma, Puan Sri Aurora. Amber menggeleng. "Ryan." Jawab Amber.

Ryan tersenyum. "Berkumpul!" Jerit Amber. Anak buah Amber berkumpul. "Listen, you guys let the pupils go. I want to move to England now." Kata Amber.

Semua anak buah Amber mengangguk patuh. Semua dilepaskan daripada tahanan Sean. "Mari, Amber." Tangan dihulurkan.

Amber menyambut. Raja Aren, Pemaisuri Arellyn, Tan Sri Arien, Puan Sri Aurora, Ryan, Durani dan Ilyana masuk ke dalam kereta Limousine hitam itu.

Amber memandang sekolah itu. Sebelum masuk, sempat dia melihat  Zein. Lelaki itu mengalihkan pandangan. Benci memandangnya. Mungkinkah lelaki itu membencinya? Boleh jadi.

"AMBER!!!!!" Amber terkejut. Dia menoleh. Zein menggeleng perlahan supaya jangan pergi. Amber tersenyum kelat lalu masuk ke dalam kereta itu.

Sepanjang perjalanan, Amber melihat tangannya. "Amber, kenapa?" Soal Puan Sri Aurora yang sedari tadi hanya memerhatikan cucunya itu.

"Bila pegang tangan seseorang itu, menghasilkan haba. Kan grandma?" Soal Amber mengingat apabila dia dan Adell memegang erat tangan antara satu sama lain.

"Amber... Kamu dengar cakap grandma. Setiap bahagia yang dikecapi, bagi manusia biasa ia akan terus bahagia. Tetapi kita, pembunuh mana yang terus bahagia?" Soal grandma cuba menguji cucunya.

Amber menunduk. "Amber..."

"Pembunuh dan manusia yang suci, tidak pernah membunuh, dua kumpulan ini tidak serasi. Siapa sahaja mahu pembunuh yang selalu ditutupi dalam kegelapan?" Soal Puan Sri Aurora lagi.

Amber mengeluh perlahan. "Amber faham, grandma." Kata Amber. Puan Sri Aurora memeluk Amber.

Dia dulu pun, tidak pernah terfikir yang jodohnya bersama seorang pembunuh. Suaminya, Tan Sri Arien. Fikirnya, Arien hanya gangster biasa tetapi setelah mengetahui yang Arien itu Mafia, dia cuba juga menyintai lelaki itu. Dia berjaya. Arien juga melamarnya menjadi isteri yang sah dan sanggup berhadapan dengan ayahnya yang macam singa itu. Ahamdulillah, mereka mendapat restu dan berkahwin. Dan kerana itu, mereka dikurniakan seorang zuriat lelaki, Aren Danielle,  satu-satunya zuriat yang terselamat selepas 5 kali mencuba nasib.

Tentang Aren berjumpa dengan Arellyn pula, kisahnya lain dari kisahnya berjumpa Arien. Dia yang memaksa Arellyn supaya mengahwini Aren dan mengubah perangai playboy anak lelakinya itu tetapi tidak sangka apabila Arellyn juga Mafia perempuan kumpulan Crystal Black, kumpulan wanita-wanita yang cantik namun kasar dan sedang hot kerana sering dikejar polis tetapi polis selalu sahaja tersasar apabila ingin menjejak Crystal Black.

Cucunya pula lain, dia mencintai seorang lelaki yang bukan datang daripada latar belakang seorang anak pembunuh. Ini tidak pernah terjadi lansung dalam keluarga Danielle's. Moyang suaminya juga tidak pernah mencintai lelaki biasa. Sanggup dia mencari lelaki yang berlatar belakangkan sebegai pembunuh bersiri ataupun gangster.

"Grandma... Amber patut kuburkan perasaan ini kan?" Soal Amber sambil tersedu-sedan. Entah bila cucunya nangis, dia tidak perasan kerana sibuk bercerita kepada readers yang sedang membaca cerita ini.

"Kalau itu kehendak Amber... Grandma sokong. Asalkan Amber gembira dengan keputusan yang Amber telah ambil. " Jawab Puan Sri Aurora. Amber memeluk neneknya erat.

"Thank you, grandma..."

.

.

.

.

.

Setelah difikir-fikirkan semula, aku tak jadi mahu membuat heroin mati kerana aku sangat sayangkan Amber.

Well, aku tak kisah kau suka Arina k. Aku saja uji duhh 😵. Entah-entah kau suka watak lain. Cer comment kau suka siapa. Nak juga tahu... 😌

Bye, assalamualaikum. Ceh, bila aku jadi baik ni? Munafik betul kan?

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now