BMAP BAB 1

9.4K 368 26
                                    

KRING!

Jam loceng di atas meja di tutup lalu dia baring kembali di atas katil yang di huni sejak berpindah ke banglo 3 tingkat itu.

"Aih, malasnya nak pergi sekolah...!" Rungutnya sendiri. Walau bibirnya berkata begitu namun, badannya di arahkan untuk tetap bangun.

Amber membuka pajama tidurnya lalu di campakkan ke dalam  bakul berisi baju kotor yang nantinya  di ambil oleh Mak Mah untuk dicuci.

Tuala di ambil lalu dibaluti keliling badannya. Kakinya pula di ayun ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah 15 minit berada di bilik air, Amber keluar bersama dibadannya tersarung seragam sekolah lengkap dengan lencana.

Amber ketawa sendiri memandang pantulannya di depan cermin. Bagi Amber, baju kurung putih itu  agak asing kerana tidak pernah dipakai.

Amber berjalan ke meja solek yang tersedia di dalam biliknya  lalu  dia duduk. Lip balm berperisa ceri laju diratakan sekitar bibir.

Senyuman terukir. "Nice!" Rambut hitam ikalnya disikat agar rapi dan diikat gaya ponytail.

Jam jarum di pakai di pergelengan tangan lalu iPhone dimasukkan ke dalam kocek baju kurungnya.

"Perfect!" Amber tersenyum puas melihat penampilannya. Biarpun hanya ke sekolah, penampilannya tetap perlu sentiasa kemas.

Beg sekolah di sandang.

Tangannya mencapai tombol pintu bilik lalu di pulas. "Ryan, cari apa?" Soal Amber hairan. Pintu biliknya ditutup lalu mendekati adiknya.

Ryan memandang kakaknya sekilas. "Buku teks sains aku hilang!" Jawab Ryan agak cemas. "Kau letak mana? Dah cari dalam beg?" Tanya Amber.

Tangan Ryan serta-merta berhenti lalu berjalan ke biliknya. Beberapa saat kemudian, Amber mendengar adiknya bersorak gembira.

Tahulah dia bahawa Ryan sudahpun menjumpai buku teksnya. Kaki mula berjalan turun ke dapur  bersarapan pagi.

Memikirkan masakan Mak Mah saja sudah cukup membuatkan dia  telan air liur. Pembantu rumah yang telah diambil sejak 3 tahun lalu tu banyak berjasa walau usia menginjak 60-an.

"Good morning, Mak Mah!" Sapanya ceria. Mak  Mah  senyum. "Morning, Eve." Jawab Mak Mah ramah.

"Eve breakfast apa?" Soal Amber ingin tahu. "Tak special pun. Sandwich tuna dengan milo panas." Jawab Mak Mah.

Amber tersenyum. "Apa yang tak special? Dengar pun, Eve terliur!" Amber laju berjalan untuk duduk.

Tidak berapa lama kemudian, Ryan turun ke bawah dengan riak  wajah senang lalu duduk di meja makan.

"Mak Mah masak apa, kak?" Tanya Ryan sebelum  meletakkan  begnya disebelah. "Sandwich  tuna  dengan milo panas." Jawab Amber.

iPhone di dalam kocek baju kurung dikeluarkan lalu membuka aplikasi Whatsapp. Dia menutup telefon  itu apabila Mak Mah datang menatang dulung berisi dua pinggan sandwich tuna dan dua cawan milo panas.

"Thank you, Mak Mah." Ucap Amber dan Ryan serentak. Mak Mah  hanya tersenyum mesra kepada mereka.

⚔️⚔️⚔️

KERETA BMW putih itu di letakkan

di petak kuning yang hanya telah di kosongkan khas untuk pelajar yang datang dengan kereta atau motor.

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن