BMAP BAB 13

6.1K 261 3
                                    

BMAP BAB 13

           "AKAK..." Amber bangun apabila dikejut Ryan. "Ya ya... aku bangun dah." Sahut Amber. Ryan di luar hanya tersenyum lalu berlalu ke biliknya.

Memandang seminggu tingkatan 5 SPM, maka guru besar menghadiahkan tingkatan 1, 2, 3, dan 4 seminggu cuti.

Amber menyelak sedikit langsir biliknya. Terang. Nafas dihela. Harini penentuannya. Sama ada dia menggunakan sebaiknya apa yang telah dipelajari ataupun tidak. Sama ada dia bakal masuk ke Universiti atau tidak. Itu semua bergantung pada kelulusan SPM yang akan dibuat harini.

"Yosh! Bersemangatlah Amber!!!"

Ting!

Amber mengambil telefon pintarnya lalu membuka message yang di dapat daripada bondanya. Selesai membaca, senyuman dilukis pada wajahnya.

"Mummy, daddy... I will do that for you and for my brother, Ryan." Tuala diambil lalu dia terus masuk ke dalam bilik air bagi menyiapkan diri ke sekolah.

"Eve, bonda tidak mahu Eve berharap terlalu tinggi. Hanya dapatkan lulus sudah cukup. Tetapi, jika boleh mendapat full mark, then say alhamdulillah. Eve, bonda maafkan segala salah atau silap kamu. Yang lepas, biarkan lepas. Apa yang serabut, kamu lepaskan ia di pintu pagar sekolah. Kosongkan fikiran dan set dalam mind you enter the school that day hanya untuk berjaya. Bonda dan ayahnda doakan kamu berjaya dalam semuanya. Insyaallah."

________________

           AMBER menunggu Durani dan Ilyana di hadapan pintu pagar sekolah. Dia bersandar pada tiang besi bustop.

"Hei, Amber!" Durani dan Ilyana melambai teruja memandang kawan mereka. Amber tersenyum kemudian dia berlari ke arah mereka berdua.

"Mari ke dewan peperiksaan. Kita belajar sekejap. Kau dah sampai tajuk mana?" Soal Durani kepada Amber.

Amber membuka buku matematik, subjek pertama yang akan mereka duduki. "Hmm, ikutkan aku dah habis bab 10, Pelan Dan Dongakan tetapi aku terlepas nak ulangkaji 10.1 Unjuran Ortogan." Jawab Amber.

Ilyana sudah pucat mukanya apabila melihat guru besar berjalan sambil bercakap-cakap dengan orang yang akan menandatangi kertas-kertas soalan mereka.

"Ahh?! Serius ke? Aku baru bab 8, Bearing nak masuk bab 9, Bumi Sebagai Sfera." Rungut Durani.

"Ouhh, point berapa?" Soal Amber hairan. "9.3 Kedudukan Tempat." Jawab Durani kesal. Amber tersenyum sahaja.

"Eh weh, teman aku pergi tandas. Nak terkucil ni!" Kata Durani kepada Ilyana. "Haish! Semalam aku dah chat suruh shii shii dekat tandas rumah kau sebelum bergerak kan?" Soal Ilyana.

Durani hanya tersengih. "Ala, kau kan baik. Jomlah teman aku..." Pujuk Durani sambil menarik sebelah lengan Ilyana.

"Hish! Jom! Am, kau tak nak ikut?" Soal Ilyana. "Sorry but no. I want to finish this topic." Jawab Amber.

Durani dan Ilyana terus berjalan ke tandas murid perempuan tingkat 3. Amber memandang langit. Sungguh, selama 17 tahun dia hidup, dia rasa kesepian dan kekosongan.

"Amber Evellyn!" Jerit seseorang dari jauh. Mata Amber membulat mendengar suara orang itu. Dia... dia datang?!

"Hoi Kyle! Berapa kali aku cakap jangan jerit nama orang sesuka hati!" Jerit Amber kuat. Kyle tersenyum manis memandang gadis yang merupakan wanita idamannya dahulu.

"Orang punya nama, bukan kau." Jawab Kyle selamba. Amber mengeluh. "Jangan buat lawak bodoh Kyle Bryan." Geram pula Amber dengan mamat sebelah dia.

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon