BMAP BAB 3

8.3K 352 0
                                    

RYAN mendengus marah. "Aih! Perlu ke menyamar untuk masuk? Asal tak ceroboh terus? Aku pula tu yang kena menyamar!" Rungut Ryan.

Baju driver foodpanda yang disarung ke badan, Ryan lihat. "Dalam banyak- banyak driver, driver foodpanda pula tu kau amik! Kau ingat aku ni gay  ke pink pink macam ni!?" Makin banyak rungutan yang keluar.

Ryan melihat ke semak-samun yang berada tak jauh daripada villa milik Dean, musuh ketat mereka.

Di situ, kelihatan Amber, Durani, Ilyana dan beberapa  anak  buah mereka sedang menyorok.

Ryan mengangkat tangan, membuat isyarat 'OK' tanda dia telah bersedia menyamar. Seperti yang di rancang, jika Dean tak mati pada harini, plan  A akan bertukar ke B.

Tujuan mereka, Dean perlu mati.

Ryan menekan loceng villa Dean lalu topi merah jambu diturun, menutup wajahnya. Seketika, pintu di buka.

"Siapa?" Soal anak buah  Dean. "Ada pesan makanan?" Soal Ryan dengan suara yang di ubah. "Pergi  daripada sini." Arah anak buah Dean itu.

Sebelum sempat anak buah Dean menutup pintu pagar, Ryan terus menahan. Sial, rosak plan aku!

"Tak, aku tak salah! Bos kau pesan!" Lancar Ryan agar  penyamarannya untuk dia masuk ke dalam villa  itu berjaya.

Anak buah Dean itu berdecit geram. "Betul ke? Baiklah, aku akan telefon bos sekejap." Kata anak buah Dean.

Ryan  tersengih. "Silakan." Jawabnya lalu bersandar di pintu pagar sambil mendengar perbualan mereka. Ryan hanya berharap Dean percaya.

"Nak apa?"

"Bos, bos ada pesan makanan ke?"

"Tak."

Anak buah Dean itu laju menatap ke arah Ryan yang menyamar itu. "Woi, bos aku tak pesan makanan!" Terang anak buah Dean itu.

Ryan mencebik geram. Habislsh jika penyamaran ini terbongkar! "Bukan, harini kami berikan hantaran free!" Tipu Ryan laju.

"Bos, driver ni cakap mereka hantar makanan free."

"Bawa dia masuk ke bilik aku."

"Bos pasti?"

"Woi, kau bos ke aku bos!?"

"B-baiklah!"

Talian ditamatkan. "Ikut aku!" Arah anak buah Dean itu. Ryan tersengih sinis. Masuk perangkap!

Ryan mengangguk. "Tapi, makanan itu ada dekat motor. Aku nak ambil sekejap." Terang  Ryan. "Haih, cepat pergi!" Arah anak buah Dean itu.

Ryan lansung berlari ke  motornya yang  bewarna  hitam, berdekatan semak. Nasib  sahaja  sekotak  piza telah di sediakan bagi menjayakan lagi penyamaran ini.

⚔️⚔️⚔️

SETELAH Ryan masuk, Amber terus keluar daripada semak. "Amber, kita dah boleh serang ke?" Soal Durani.

Amber diam seketika. "Belum, kita tunggu sekejap." Jawab Amber lalu dia memasang earphone di telinga.

"Ryan, masih menyamar ke?"

"Ya. Tapi, rasanya mereka hampir syak aku menipu."

"Teruskan penyamaran hingga aku berikan arahan serangan."

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now