BMAP BAB 29

5.4K 250 12
                                    

BMAP BAB 29

SELEPAS BEBERAPA BULAN...

           MATA dicelikkan. Semuanya putih. Amber bangun daripada katil wad VVIP itu. Dia memakai selipar pesakit lalu keluar daripada wad.

"Tuan Puteri? Tuan Puteri dah sedar???!!!" Soal seorang nurse di situ. Troli makanan pesakit ditinggalkan sebentar untuk pergi ke arah Amber.

Amber mengangguk. "Saya baru sahaja mahu melihat keadaan Tuan Puteri. Alhamdulillah!" Kata nurse itu.

"Sekarang pukul berapa ya?" Soal Amber hairan. "2 pagi." Jawab seseorang.

Amber dan nurse itu memandang ke arah seorang jejaka. "Boleh saya ambil dia?" Soal Zein kepada nurse itu.

Nurse itu menunduk. Zein terus menarik tangan Amber ke dalam wadnya semula.

Masuk sahaja, pintu dikunci. Zein memandang Amber yang beriak hairan. "Hai?" Soal Amber janggal.

Tiba-tiba, Zein menerpa ke arah Amber lalu dipeluk erat tubuh itu. Amber terkedu.

"Aku rindu kau tahu tak?!" Soal Zein. Amber diam. Matanya mulai kabur.  Amber membalas pelukan Zein.

"Aku pun sama. Aku... Sebernanya... " Kata Amber. "Wait, wait. Aku nak cakap sesuatu..." Kata Zein.

Zein melepaskan pelukannya lalu dia mengusap tengkuk. "Apa?" Soal Amber. Zein dia melutut. Amber memandang Zein dengan pelik. Zein mengeluarkan sebuah cincin.

"Aku bukan sweet sangat tapi... Nak jadi isteri aku?" Soal Zein. Pipinya memerah. Amber terdiam tetapi lama kemudian, dia tersenyum.

"Yes!"

____________

           KEEMPAT-EMPAT pasangan itu duduk di tepi pantai. Wajah mereka tenang apabila melihat pemandangan yang indah.

Semuanya kembali kepada asal. Tiada rahsia, tiada pergaduhan dan tiada dendam. Apa yang mereka mahu hanya mencapai kebahagian.

"Aku gembira." Kata Durani sambil memeluk kakinya duduk di atas tikar yang dibentang Arsyad.

"Mean?" Soal Arsyad. Durani tersenyum kepada Arsyad. "Aku sayang kau." Kata Durani sambil tersenyum nakal.

Wajah Arsyad merah. "A... Apa kau cakap ni?!" Soal Arsyad. Durani ketawa kuat. "Aku sayang ka—"

Cup!

Durani memegang pipinya yang dicium Arsyad. "Wahhh!!! Pipi suci aku telah dicium!!!" Jerit Durani kuat.

Arsyd mulai memakai seliparnya lalu berlari. Durani membuat perkara yang sama lalu dia mengejar Arsyad.

"Kau tunggu kau! Bila aku dapat kau aku cincai hingga lunyai masuk dalam blander buat sambal belacan!!!" Jerit Durani yang masih mengejar Arsyad.

Arsyad ketawa. "Cuba kalau kau boleh!!!" Jerit Arsyad pula. "Aku bagitahu mak aku!!! Aku nak cakap ada lelaki pervert cium pipi aku biar mak aku datang tibao sampai lumpuh!!!" Jerit Durani  Seperti dunia itu mereka punya, main kejar-kejar tak tengok orang.

Ilyana ketawa mendengar apa yang Durani katakan. "Wei." Panggil Daniel perlahan. Ilyana memandang Daniel. "Hmm? Nak air? Aku belikan?" Soal Ilyana bertalu-talu.

"Bukan. Nak hati awak?" Soal Daniel. Ilyana tersenyum. "Tak boleh lah." Jawab Ilyana.

Daniel memandang Ilyana pelik. "Kenapa tak boleh?" Soal Daniel kecewa. "Kita masih ajnabi." Jawab Ilyana bersama isi tersirat. (Termasuk BM pulak daa...😅)

Daniel tersenyum. "Malam ni jugak saya hantar rombongan meminang." Jawab Daniel nakal.

.

.

.

.

.

Hai!!! Raya sebulan hampir habis. Sedar tak sedar, aku hilang ingatan. Aku tak sangka cerita ini akan habis.

Pagi-pagi aku mesti akan tengok Wattpad dulu. Terkejut gila aku sampai menjerit bila aku tahu cerita ni nak habis.

Aku rasa gembira pada readers yang telah menyokong aku, support aku dan selalu bagi kata semangat. Even silent readers pun sama.

Aku berterima kasih pada korang semua. Aku bukan acah baik tau, ini ikhlas dari hati aku. (Gituuu...)

Mungkin agak tidak dijangka, sesetengah part ada yang betul-betul terjadi dalam hidup aku.

Itu sahaja.

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora