Adik-beradik Angkat

677 46 6
                                    

Kaizo rasa hairan melihat adiknya duduk termenung di kerusi dapur sambil memegang sebiji donut lobak merah di tangan kanannya. Donut itu langsung tidak dimakan oleh Fang. Entah apa yang dia fikirkan pada ketika itu. Kaizo mula risau. Lalu dia duduk di hadapan adiknya yang langsung tidak sedar dengan kehadirannya

"Pang" panggil Kaizo

"Hmm.." Fang masih lagi termenung. Pemikiran dia sudah berada jauh dari situ

"Pang.. kau ok ke?"

Fang tidak menjawab. Dari riak wajah adiknya, Kaizo boleh lihat kesedihan di mata adiknya. Ada sesuatu yang tidak kena. Dia perlu siasat

"Pang"

Fang mengeluh kecil. Lalu dia perasan abangnya ada di depan matanya sendiri tetapi dia masih lagi kelihatan sedih

"Kau kenapa? Sedih sebab tak sanggup nak makan donut kegemaran kau ke?"

"Bukanlah abang" jawab Fang "Adik sedih sebab Rizu"

"Kenapa dengan dia?" Kaizo mula rasa curiga "Dia sudah masuk akademi MATA ke?"

"Tak.." Fang mula bercerita "Abang perasan tak 2 3 hari ni. Rizu langsung tak datang rumah kita. Lepas tu, dia langsung takde bercakap dengan sesiapa kecuali kawan baik sekolah dia"

"Maksud kau, dengan kawan kau pun dia tak bercakap?"

"Takde" kata Fang sambil gelengkan kepalanya "Boboiboy pernah cuba tegur dia tapi Rizu lari. Adik semalam tunggu dia dekat depan sekolah, dia langsung tak nak tegur adik. Tengok muka adik pun, dia tak nak. Adik risau jika adik ada buat salah dekat dia"

"Kau ada buat salah ke?"

"Takde rasanya. Kali terakhir kita orang berborak masa kita makan pizza sama-sama. Lepas tu, tiba-tiba sahaja dia berubah"

"Nanti abang akan cuba bercakap dengan dia" Kaizo cuba berikan senyuman dia kepada Fang "Kau jangan risau. Abang tak nak lihat adik abang sedih adik angkat kita tu"

"Hehehe.. bukan dia adik kandung kita ke?"

"Bila masa? Kau jangan cuba nak merepek yea"

"Ala abang ni.. adik main-main aje tapi selama ini, adik memang selalu anggap dia sebagai adik kita sendiri. Seronok betul dapat seorang adik walaupun Rizu hanyalah adik angkat sahaja" Fang mula gigit donut lobak merahnya "Dia pun seronok dapat dua orang abang"

"Dua orang abang? Siapa seorang lagi?"

"Apalah abang ni" Fang kunyah makanannya dan lalu bercakap "Seorang lagi tu mestilah kapten yang terkenal tu, Kapten Kaizo"

"Ohh.." Kaizo tiba-tiba rasa bangga dengan dirinya "Ingatkan seorang lagi tu ejen Rizwan, rupanya abang"

"Cemburu ke?" Fang menyindir abangnya "Cakap ajelah abang sebenarnya cemburu"

"Bila masa. Kau tu yang kuat cemburu" Kaizo bangun dari tempat duduk dia "Abang ada hal. Kau jangan nak buat nakal hari ni"

"Hmm.. nak larilah tu" bisik Fang "Baiklah abang, adik tak kan buat nakal"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Kaizo dan Lynna pergi bersarapan pagi di sebuah kedai yang terkenal dengan pancake-pancake sedapnya. Kedai itu terletak di tepi pantai. Para pengunjung boleh menikmati sarapan pagi mereka sambil melihat keindahan pantai dan air laut tersebut. Kaizo dan Lynna mengambil tempat mereka di bahagian luar kedai. Buku menu telah diberikan kepada mereka berdua untuk memilih makanan mana yang mereka mahukan

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon