Perang Air

1.3K 81 19
                                    

"Tersebutlah kisah seorang lelaki muda yang kacak bergaya seperti seorang artis. Nama dia adalah Fang dan dia bukanlah seorang manusia tetapi adalah alien berasal dari planet lain. Fang adalah seorang lelaki yang suka berlagak tapi hati dia baik. Disebalik kebaikan di hati dia, terdapat satu lagi sikap yang dia ada iaitu sikap panas baran. Dia juga boleh dikatakan tetap dengan pendirian dia yang tersendiri. Dia mempunyai seorang abang yang jauh lebih tua daripada dia. Nama abang dia adalah Kaizo dan dia mempunyai sikap yang garang seperti singa. Muka dia sentiasa serius. Memang susah untuk melihat dia tersenyum. Mereka berdua duduk di bumi kerana si Fang tak nak balik ke angkasa lepas. Kaizo ikut adiknya tinggal di bumi kerana ingin melindungi adik kesayangan dia"

"Abang Fang.."

"Yea Rizu" Fang tutup sebuah buku yang dia sudah sekian lama tulis. Buku itu adalah buku catatan harian dia atau lebih dikenali sebagai diary

"Pizu tak tahu pula abang Fang ada diary. Abang Fang macam budak-budak perempuan lah.. hehehe.. patutlah kakak Emmy suka panggil abang Fang, abang Fely"

"Ala.. abang bukannya selalu pun tulis. Cuba Rizu tengok.. kosong ajekan" Fang membuka buku tersebut dan buktikan kepada Rizu yang dia sememangnya jarang menulis di dalam buku itu. Semuanya kosong dan ada juga beberapa lukisan yang dia lukis

"Comel lukisan abang Fang"

"Hehehe.. abang Fang memang comel pun" kata Fang dengan perasaan bangga dia "Lagi comel dari si Boboiboy tu.. hehehee"

Mereka kini berada di atas katil sambil mendengar sebuah lagu yang telah dipasangkan oleh Fang sendiri. Laptop dia terbuka dan game yang mereka main tadi, terganggu sekejap setelah Rizu menjumpai diary itu di dalam laci meja bilik Fang

"Tapi... kenapa abang Fang tulis tentang diri abang Fang? Kenapa abang Fang tak tulis tentang perasaan abang?"

"Itu untuk budak-budak perempuan sahaja. Abang tulis ni pun sebab abang tengah bosan. Jadi abang berlagaklah seorang diri dekat dalam bilik.. hehehee.. tapi Rizu jangan beritahu sesiapa tau, terutama sekali.. si abang Kaizo tu"

"Ok" bisik Rizu. Lalu dia menyimpan diary itu di dalam laci meja "Abang Fang, jom kita main dekat rumah pondok tu. Rizu teringin sangat nak tengok dalam rumah kecil tu"

"Abang pun belum tengok lagi.. itu pun jangan beritahu dekat abang Kaizo juga"

"Ok!"

"Bagi abang tutup laptop abang dulu" Fang tutup game yang mereka main tadi dan selepas itu, dia tutup laptopnya "Ok dah, jom"

"Tak sabar Pizu nak tengok rumah pondok tu" Rizu menarik Fang keluar dari bilik

Mereka berdua menuju ke tangga rumah sambil lalu di hadapan bilik Kaizo. Bilik itu sunyi kerana Kaizo tiada di rumah. Dia sudah berlepas ke kapal angkasa tetapi kali ini tanpa Lynna. Fang dan Rizu mengintai sedikit bilik itu. Ada sesuatu yang membuatkan mereka tersenyum sedikit. Sekeping gambar Kaizo dan Lynna bersama ketika mereka berada di planet Metallum, ketika mereka semua berseronok di planet itu. Gambar itu berada di dalam sebuah bingkai kecil dan diletakkan sebagai perhiasan rak buku

"Abang Fang rasa.. abang Paizo ada tak diary dia tersendiri?"

"Abang Kaizo ada buku diary? Hahahaaa.. dia tu pemalas kalau dalam bab-bab menulis. Tahu nak latihan tempur aje tapi..." Fang mengusap dagunya dan lalu terfikir "Bagaimana kalau selama ini dia memang ada diary.. hehee" Dia tersenyum sinis di hadapan bilik abangnya

"Errr... jomlah kita pergi" Rizu menarik tangan Fang "Pizu tak nak abang Fang pergi selongkar bilik abang Paizo. Pizu tak suka kalau abang Fang kena hukuman dari abang Paizo. Abang Paizo tu suka bagi hukuman berat-berat"

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ