Ubah

968 65 14
                                    

Boboiboy tidak pernah rasa pelik dengan perangai Fang kerana dia sudah terbiasa dengan sikap kawan baiknya yang suka mengamuk itu. Adakalanya, kawan baik dia akan berkelakuan seperti orang tidak betul dan adakalanya, kawan baik dia akan menjadi terlebih baik samada mood dia baik atau dia inginkan sesuatu. Di dalam kes ini pula, Boboiboy rasa hairan kerana setiap tahun Fang akan duduk di tempat yang sama iaitu di hujung belakang kelas bersebelahan dengan tingkap. Entah apa keistimewaannya duduk di tempat begitu

"Hai Fang, kau baru sampai ke?" tanya Boboiboy sambil meletakkan beg sekolahnya di atas meja yang bersebelahan tempat duduk Fang

"Aku dah lama sampai sebab nak bersihkan kelas. Budak-budak kelas pagi ni, memang suka sangat sepahkan kelas, sehingga aku sendiri yang kena kemaskan"

"Bagus betul kau yea.. dari dulu sampai sekarang, tak pernah tak bersih kelas ni"

"Mestilah kena bersihkan. Kalau tak bersih, korang semua nak ke duduk di dalam kelas yang kotor, banyak habuk dan penuh dengan kuman-kuman yang sudah merebak di sekitar kelas ini. Nanti ada juga yang tak sihat sebab kelas kotor. Siapa yang kita patut disalahkan? Kita jugakan sebab tak jaga kebersihan! Kebersihan itu adalah penting!"

"Kau pun nak membebel macam Yaya ke?" Gopal baru tiba di dalam kelas itu "Tadi aku dah kena bebel dengan si Yaya tu sebab makan gelojoh sangat, sekarang ni, dengar bebelan dari kau pula"

"Kalau aku tak bebel, nanti si Yaya juga akan bebel dekat korang" balas Fang

"Korang jangan nak bergaduh pulak"

"Takde maknanya Boboiboy, aku takde mood nak bergaduh hari ni" Fang terus baringkan kepalanya di atas meja kerana dia kelihatan penat "Aku rasa mengantuk pula"

"Kasihan kau yea" kata Boboiboy "Wei wei, aku dengar cikgu Aiman takde dalam minggu ni"

"DIA TAKDE? Itu sudah menjadi berita gembira! YAHOOOOO!"

"Tapikan Gopal..."

"Tapi apa bendanya, Boboiboy?"

"Aku dengar cikgu ganti kita agak garanglah juga"

Gopal terus menelan ludah. Adakah cikgu ganti mereka sama garang seperti cikgu Aiman? Atau lebih dasyat daripada cikgu Aiman? Terus dia bayangkan setiap murid di dalam kelas terkena libasan rotan dari cikgu ganti itu

"Betul ke kau dengar cikgu tu garang?" tanya Gopal sambil menggigil badannya

"Betullah kot. Ni pun aku dengar dari si Bella"

"Hmm.. percaya sangatlah cakap si Bella tu" Timbul suara Fang "Entah-entah dia saja nak takutkan kita orang sahaja. Kau tahukan perangai dia macam mana"

"Dey, kalau dia cakap betul macam mana? Baik aku panik dulu sebelum panik kemudian.. HABISLAH KITA SEBAB DAPAT CIKGU GARANG LAGI SEKALI!"

"Aduh.. janganlah panik dulu, Gopal. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Manalah tahu cikgu tu tak berapa nak garang sangat ke"

"Takde-takde.. aku nak panik sekarang juga.. TIDAKKKKKK!" Fang bangun dan terus sumbat gumpalan kertas di dalam mulut Gopal. Lalu Gopal sembur keluar gumpalan kertas itu dari mulutnya "Dey, apa yang kau cuba lakukan?"

"Aku nak bagi kau senyaplah! Bingit telinga aku!" marah Fang. Aura-aura hitam dia mula timbul di tubuh badannya

Boboiboy mula cemas apabila melihat Fang sudah mula hendak mengamuk. Lalu dia keluarkan ubat penenang Fang iaitu donut lobak merah. Donut itu sentiasa ada di dalam beg Boboiboy. Ianya adalah untuk waktu kecemasan seperti sekarang ini. Boboiboy terus hayunkan donut lobak merah itu di hadapan mata Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang