Hari Jadi Landak

1.1K 66 16
                                    

"Selamat hari jadi, Fang"

Fang terus hentikan video ibu bapanya pada suatu ketika dahulu. Dia mengesat air matanya sambil menatap wajah kedua ibu bapanya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Hari ini adalah hari jadi dia. Fang teringin untuk meraikan hari jadi dia bersama ibu bapa dia tetapi apa yang dia boleh buat. Ibu dan ayah dia sudah lama pergi meninggalkan dia dan abangnya. Video hari jadi itu membuatkan hati dia terasa rindu dengan mereka berdua. Fang menangis lagi kerana hanya video itu sahajalah sebagai pengganti untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya

"Ibu.. ayah.. adik dah besar" bisik Fang di dalam bilik gelapnya

Fang hanya duduk di atas katil dan laptopnya terbuka luas di atas ribanya. Di sebelah kiri dia, ada seekor kucing bernama Shadow sedang nyenyak tidur dengan aman. Fang tutup video tadi. Seterusnya, dia mainkan video ibu bapanya yang lain pula. Video kali ini semasa mereka berkelah di dalam sebuah taman. Dia tergelak melihat asyik dia sendiri di dalam video itu. Ibu dia sangat penyayang dan suara ayah dia pula, sangat tegas dan lembut. Fang peluk bantalnya dengan begitu erat. Seolah-olah bantal itu adalah ibu dan ayahnya. Dia bayangkan dia dapat sebuah pelukan dari mereka berdua

"Pang.."

Pintu bilik dia terbuka. Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya untuk melihat apa yang adik dia sedang lakukan. Fang cepat-cepat mengesat air matanya dan tutup laptopnya

"Kau tak tidur lagi"

"Tak abang" balas Fang

"Kau tengok video hari jadi kau ke?" Kaizo berjalan menuju ke arah katil adiknya. Lalu dia duduk di atas katil itu "Hari ni hari jadi kau.. selamat hari jadi"

"Terima kasih abang" Fang tersenyum sedikit

"Kau nak apa-apa tak untuk hari jadi kau?"

"Adik cuma nak..." Fang terdiam sebentar. Dia mahukan sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Jadi dia terpaksa buangkan permintaan itu "Adik nak.. donut lobak merah aje"

"Itu aje?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah

"Ha ah, itu sahaja" balas Fang dengan nada yang perlahan "Itu sahaja adik nak" dia terdiam seketika. Jauh di hatinya, dia teringin untuk meraikan hari jadinya bersama ibu bapanya "Itu sahaja yang adik nak.." bisik dia dengan kepalanya tertunduk sedikit

"Pang.." Kaizo rapatkan diri dia kepada adiknya "Abang tahu apa yang kau mahukan. Kau mahu menyambut hari jadi kau bersama mereka tapi.. abang tiada kuasa untuk kembalikan mereka. Maafkan abang kerana abang tidak mampu untuk tunaikan permintaan itu"

"Takpe abang.. adik tahu permintaan itu memang sukar dan tak masuk akal" Fang mengesat air matanya "Adik sambut hari jadi adik dengan abang dan juga dengan kawan-kawan adik. Merekalah keluarga kita sekarang ini.. adik sayangkan mereka"

"Mereka pun sayangkan adik" Kaizo bangun dari katil itu "Sudah, kau masuklah tidur.. nanti aku akan belikan donut lobak merah untuk kau"

"Terima kasih abang"

"Sama-sama"

"Abang" panggil Fang

"Kenapa? Kau ada satu lagi permintaan ke?"

"Tak.. sebenarnya.." Fang melihat wajah abangnya "Tahun lepas.. ibu dan ayah ada muncul dalam mimpi adik. Mereka hadir dalam mimpi tu sebab nak sambut hari jadi adik. Mungkin kali ini mereka akan munculkan diri lagi"

"Hmm... kalau boleh, jangan terlalu berharap sangat. Abang takut kau akan kecewa nanti" kata Kaizo kepada adiknya "Aku takut kau tunggu kemunculan mereka setiap kali kau mahu tidur.. aku tak nak kau kecewa. Aku tak nak kau sedih kerana mereka tidak hadir di dalam mimpi kau nanti"

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Where stories live. Discover now