Pertandingan

1.2K 67 4
                                    

Kaizo terjaga dari tidurnya. Dia melihat sekelilingnya kerana dia bukan lagi berada di dalam bilik tidurnya. Katil dia kini berada di dalam sebuah taman bunga matahari. Kelopak-kelopak bunga bagaikan terapung-apung di udara. Dia tidak tahu samada ini adalah mimpi atau realiti? Kaki dia mula mencecah di atas permukaan tanah. Kaki dia terasa sejuk, mungkin ini adalah realiti? Tetapi bagaimana dia boleh berada di sini? Mungkin Lynna tahu jawapannya kerana gadis itu adalah gadis yang penuh dengan dunia pelik dan misteri. Bukan ke Lily yang penuh dengan dunia pelik? fikir Kaizo

"Apasal aku fikirkan tentang si pelik tu pulak.. ada juga nak kena hukuman dari aku nanti ni" bisik Kaizo

"ABANG!"

Kaizo menoleh. Dahi dia terus berkerut-kerut apabila dia ternampak adik dia di dalam pakaian seperti seekor fairy. Seluar dan bajunya diperbuat daripada daun-daun bunga. Wajah adiknya pada ketika itu, kelihatan ceria. Fang berjalan sambil melompat-melompat dan lalu dia berhenti di hadapan abangnya

"ABANG!"

"Kenapa kau tiba-tiba ada dekat sini?"

"Kenapa? Abang tak suka ke kalau adik ada dalam mimpi abang?"

"Ini mimpi ke?" Kaizo garu-garu kepalanya. Mata dia terpandang sebuah pelangi terbentuk di langit biru "Jadi... ini bukan dunia sebenar?"

"Bukanlah abang.. hehehe" Fang ketawa di hadapan abangnya "Abang ni comel lah"

"Bila masa abang ni comel. Kau nak kena hukuman dari aku ke?"

"Asyik hukuman aje.. tapi abang memang comel kerana abang ku adalah seekor kucing!"

Kaizo terkejut melihat diri dia menjadi seekor kucing secara tiba-tiba. Badan dia penuh dengan bulu-bulu berwarna putih. Kedua belah tangan adiknya terus mengangkat kucing comel itu dan lalu dia melambung-lambung kucing itu sehingga mencecah awan. Kaizo rasa seperti hendak muntah. Seterusnya, Fang memeluk kucing itu di dadanya

"Abang ni gebulah! Adik suka!"

Fang mengangkat setinggi-tingginya kucing itu dan terus dia berpusing-pusing di dalam taman matahari itu. Semakin penting kepala Kaizo. Wajah dia berubah menjadi hijau. Pada bila-bila masa sahaja dia akan muntah di situ juga. Tiba-tiba dia berhenti berpusing. Sekeliling dia menjadi gelap-gelita. Adiknya sudah tiada di situ dan diri dia bagaikan terapung di dalam dunia gelap itu. Diri dia masih lagi seekor kucing

"Pang?" Kaizo mencari-cari adiknya "PANG! MANA KAU?"

Keempat-empat kaki dia seperti berenang-renang di dalam gelapan itu. Dia cuba mencari sesuatu seperti cahaya tetapi semuanya terlampau gelap. Jantung dia berdengup begitu kuat sekali. Dia dapat rasakan badan dia berpeluh tapi kucing ada keluarkan peluh ke? fikir Kaizo. Dia ingatkan diri dia bahawa semua ini hanyalah mimpi sahaja. Dia tidak tahu hala tuju dia kemana sehinggalah dia ternampak pancaran cahaya putih jauh dari situ. Dia bergerak dengan begitu pantasnya. Sekeliling dia mula berubah sedikit demi sedikit. Dia berhenti apabila dia sedar bahawa dia berada di rumah lama dia yang sudah habis dimusnahkan. Mata dia terpandang seorang wanita terbaring di atas runtuhan batu-bata. Wanita itu tidak bergerak, ianya seperti sudah tidak bernyawa lagi

"Ibu?" bisik Kaizo

Kaizo terbang ke arah ibunya. Dia tidak tahu kenapa dia mimpikan tentang kematian ibunya. Ini terlalu sedih baginya. Dia tidak sanggup melihat keadaan ibunya begitu. Dia mahu keluar dari mimpi ini tadi bagaimana? Dia menjerit tetapi kali ini tiada suara yang keluar dari mulutnya. Dia cuba sentuh jari ibunya tetapi diri dia bagaikan seperti hantu, dia tidak dapat sentuh jari ibunya. Tangan dia terus tembus di jari ibunya. Kaizo cuba lagi untuk menyentuh ibunya tetapi hasilnya tetap sama juga. Dia tidak dapat sentuh ataupun peluk ibunya. Dia hanya dapat melihat sahaja. Sedikit demi sedikit, tubuh badan ibunya terurai. Kaizo cuba selamatkan ibunya tetapi dia sudah terlambat

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Where stories live. Discover now