Prolog

14.7K 247 2
                                    

Kini, dia bukan sahaja kehilangan kedua orang tuanya. Dia juga kehilangan nenek yang sudah menjadi tempat mengadu, tempat untuk bermanja setelah berstatuskan anak yatim piatu.

Sesiapapun yang kehilangan orang tersayang, pasti akan merasa kesedihannya. Walaupun tidak berpanjangan dari segi riak dan perwatakannya, mungkin berpanjangan di dalam hati.

           " Ayreen, cepat kemas pakaian kamu.. Nanti kita lambat pula nak sampai Kuala Lumpur ," terdengar laungan dari luar bilik tidur.

Ya, itulah Mak Long. Beliau akan menjagaku buat sementara waktu. Mak Long mempunyai seorang anak perempuan, Tasha Irdina namanya. Aku tak berapa nak rapat sangat dengan anak dia hahaha.

          " Ye, Mak Long! Dah siap dah ," aku menyahut.

Kaki aku melangkah longlai keluar dari rumah pusaka nenek. Mutiara jernih mulai berlinang di tubir mata. Inilah tempat aku dibesarkan, ini juga tempat aku mengadu sayang dengan nenek.

           " Jom, kita nak bertolak dah ni ," ujar Mak Long sambil menarik lembut tanganku.

Aku hanya mengangguk. Baiklah, ini permulaan yang baharu. Aku patut hidup dengan gembira, aku akan buktikan dengan umi dengan walid yang aku dapat capai impian diaorang.

           " Kejap, Ayreen kunci pintu "

Pintu besi juga dikunci ketat. Iyalah, bukannya aku nak tinggalkan rumah ni sehari je. Bertahun kot!

Aku harapkan kehidupan di sana lebih elok berbanding di sini. Ya Allah, permudahkan segalanya..

Kehidupan? 

Ya, kehidupan seperti manusia biasa. Semua orang berhak mendapatkan kehidupan yang baik dan sempurna, terutamanya ketika berada disisi keluarga tercinta.

Mampukah aku merasa kasih sayang tanpa kehadiran Umi, walid dan nenek?

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now