Chapter 160 - Siapa/Apa Di Bawah Selimut?

959 50 24
                                    


• • Cam biasa, pendek & padat je chapter  BB ni. So, cepat arr korang dapat layan, tak tertunggu-tunggu lama, kan? 

• • Chapter  kali ni boleh buat sesetengah pembace pening & keliru. Bukan korang je, aku yang mengarang pun rasa pining gak.. hee.

• • Korang perasan tak? Chapter  kali ni tak ade pun Achtung  (peringatan) cam selalu. Bebudak tadika pun boleh bace tanpa bimbingan mak bapak, kan? Sebabnya, tak ade sangat benda-benda yang tak bermoral kali ni. Kepada yang suka & berahi pada benda-benda lucah tu, harap jangan kechewa, kay? Aku jamin, next chapter  aku akan masukkan semula benda-benda tu untuk mempelbagaikan lagi isi kandungannya. 😜

(͡ ͡° ͜ つ ͡͡°) .. hee!

•••♦◄♥►♦•••

Senayan menghampiri bebudak berenam itu. Dia lantas memeluk erat Aidan serta Aiman Harith kerana mereka berdua itu teramat dirinduinya.

Dia kemudiannya bersalaman dengan Ehsan, Sumi, Palis dan Spencer.

"Hensem dan kekar gak body  Senayan ni, ekk?" puji Palis, berbisik di telinga Spencer.

"Kau ni, tak ade keje lain ke? Asyik nak kagum body  orang je. Body  aku tak nak puji ke?" sindir budak mat salih itu.

"Eh, dah selalu aku puji kau, Spence. Kau je tak perasan."

Senayan mempelawa keenam remaja dari masa depan itu duduk di pondoknya.

"Apakah engkau semua sudah makan? Nanti kita ke rumah aku. Akan aku suruh isteriku masak lauk kami di zaman ini. Tapi ianya mungkin tak seenak apa yang engkau makan pada zaman akan datang itu, barangkali?"

"Eh, tak payah. Terima kasih je. Kami dah makan pun sebelum datang ke sini. Lagipun, kalau orang lain tau kedatangan kami ni, tentu akan timbul masalah plak," balas Aidan.

"Ya, benar juga apa yang kau cakapkan itu, Aidan. Nanti sukar pula untuk aku mencari alasan dari mana asal engkau semua, andai ditanyai oleh jiran tetangga."

Ehsan, Palis, Sumi dan Spencer bak rusa masuk kampung. Mereka memerhati sekeliling, pada pondok yang amat sederhana binaannya itu.

Juga, pada pepohon hijau yang merimbun. Suara unggas-unggas berkicauan di sekitar kawasan perkebunan menambahkan lagi asyik pada mereka.

Terasa kelainan yang amat ketara tatkala mereka menarik nafas, mengambil segala udara segar yang masih lagi belum tercemar dan ternoda dek racun-racun dunia moden. 

"Korang perasan tak? Udara kat sini segar dan nyaman je, kan? Jauh berbeza kalau nak dibandingkan ngan zaman kita tu," getus Ehsan sambil mengembangkan lubang hidung.

Kekawannya turut bersetuju.

"Kalau engkau semua tak mahu makan, sudilah kiranya menikmati kesegaran air kelapa di kebun ini. Nanti aku kait dan aku potong untuk kita bertujuh," pelawa Senayan.

Dia mengambil sebatang galah buluh yang bermata pisau tajam di hujungnya.

Beberapa biji kelapa muda dikait jatuh ke bumi. Ehsan dan Spencer turut membantunya.

Dengan golok perak, Senayan mencantas hujung buah kelapa guna memudahkan tetamunya menikmati kesegaran airnya.

"Ape masalah besar yang awak maksudkan dalam surat yang awak kirim kat kami bersama celepa tu?" tanya Aidan.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now