Chapter 106 - Masih Di Rumah Tok Jenang Dengan Pelbagai Teori Diperbahaskan

2.3K 68 44
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap ia tak mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Chapter  106 ni pun mungkin akan membosankan bagi sesetengah pembace. Masih lagi di rumah Tok Jenang & berbincang itu ini.

•••♦◄♥►♦•••

"Walaupun saya disunat jin time  umur empat tahun dulu tapi itu bukannya satu perkara yang tak elok, kan? Malah, saya rasa syukur sesangat.

"Cuma kebelakangan ni kami selalu je kena sakat ngan benda yang menakutkan. Itu yang kami tak nak dan kami datang jumpak tok pun sebab nak tamatkan semua tu," balas Daus.

"Yea arr tok, dah tak tahan kami diganggu sampaikan ade yang tercedera dan fobia. Mungkin satu hari nanti ade antara kami yang masuk spital atau terus meninggal ke?

"Saya tak faham, nape semua benda pelik tu terjadi kat kami? Nape kami je yang kena sakat dan diganggu? Nape bebudak kampung kami yang lain tu tak disampuk sama?" tanya Palis.

"Hmm.. macam yang tok katakan tadi. Cu Edan ni budak terpilih, jadi, tok rasa cucu yang lain yang berkawan baik dengan dia pun turut terkait sama.

"Seingat tok, kejadian-kejadian pelik tu dah lama tak berlaku. Tetiba, bila cu Edan dan Spencer berpindah ke daerah ni, ia seolah membangkitkan semula ape yang lama terpendam tu.

"Tok rasa, segala punca mungkin bermula setelah kembar orang putih tu diculik dan hilang bersama Dawam dan Uda lebih sembilan puluh tahun dulu.

"Lepas peristiwa sedih itu le, kejadian pelik mula berlaku di banglo cu Edan tu. Ia melibatkan penghuni dan keluarga manager  ladang Howells, terutamanya selepas perang Jepun.

"Bermacam gangguan dan benda pelik berlaku kepada penghuni banglo tu. Ade jugak tok dengar khabar, anak-anak manager  orang putih tu mati dengan bermacam sebab.

"Ade yang mati lemas, ade yang terjatuh dari anjung banglo dan ade juga yang tak semena-mena jatuh sakit misteri hingga meragut nyawa.

"Mungkin jelmaan Leon atau Marcus datang kat bebudak tu untuk meminta pertolongan. Tapi memandangkan anak-anak manager  tu semuanya masih kecil dan tak segagah cu Edan ni, maka dia orang jadi mangsa.

"Jelmaan tu tak berniat langsung nak mengapakan bebudak tu. Cuma nasib dia orang tak berapa baik. Boleh jadi terkejut, panik atau takut langsung membawa kematian," terang Tok Jenang.

"Hmm.. possible, masuk dek akal gak. Mungkin jelmaan Marcus dan Leon tu rasa sunyi dan nak berkawan. Atau nak mintak sesuatu pertolongan. Dia pun cari arr bebudak mat salih yang dok kat banglo tu," Fikri mencelah.

"Tapi dia dari dunia lain so  jadi arr cam satu konfik, terus anak-anak mat salih manager  tu dapat musibah. Mungkin mati terkejut atau kesampukan ke?" tambahnya lagi.

"Hmm.. itu le yang tok fikirkan bila dengan cerita pasal bebudak anak manager  ladang yang mati di banglo tu dulu.

"Waktu tu, tok tak le bincangkan dengan sesiapa sebab tak ade kepentingan pun. Tapi sekarang ni, bila cucu semua datang ke mari, buat tok berfikir semula pasal tu.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now