Chapter 10 - Palis & Brice

2K 109 10
                                    

ACHTUNG

  "Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Dah penat dan puas berenang, mereka naik dan kembali duduk di bangku bawah parasol

"Cam mana, best  tak kolam ni?" tanya Aidan.

"Best  tu memang best, tapi airnya suam je, tak cam sungai dan air terjun kat bukit sana," jawab Ehsan jujur.

"Memang pun, kat sini terdedah matahari. Air terjun kat bukit sana tu terlindung hutan dan pokok-pokok so  sejuk arr. Tapi kalau kita berenang waktu pagi air kolam ni memang sejuk giler," terang Aidan.

"Kau pernah ke mandi kat air terjun tu?" 

Ehsan mancapai tuala pemberian Aidan dan mengelap tubuh basahnya.

"Pernah sekali, saya pegi ngan Wira Ahad lepas."

Aidan mencari peluang untuk melihat parut di badan budak bukit itu sekali lagi.

"Nak tak kalau kita pegi mandi kat sana satu hari nanti?" tanya Ehsan.

"Nak, memang saya suka sangat mandi kat situ. Airnya sejuk je dan pemandangan pun cantik. Kali pertama layan mandi kat situ, buat saya syok sangat. Kalau boleh nak pegi selalu."

Ehsan hanya tersenyum mendengar betapa bersemangatnya Aidan bila diajak semula ke air terjun tersebut.

"Esan, parut ape ekk kat belakang awak tu? Nampak lain macam je," Aidan memberanikan diri bertanya. 

Ehsan terdiam, bagai cuba menyimpan sesuatu rahsia.

"Sorry  arr sebab saya tanya ni. Jangan ambik hati plak." 

Seriau juga Aidan bila Ehsan tak menjawab.

"Edan, dah lewat ni, aku kena balik dulu. Nanti bapak aku dok tercari-cari plak." 

Ehsan bangun menyarungkan semula uniform nya dan bersiap untuk pulang.

"Okey, esok pagi kita pegi sekolah bersama cam tadi."

"Hmm, kau tunggu aku kat pintu pagar time  yang sama." 

Aidan menghantar Ehsan hingga ke pintu pagar dan melambaikan tangan sampailah kelibat budak bukit itu hilang di sebalik pokok-pokok.

Hari ini merupakan hari yang paling indah dirasakannya dan apa yang pasti, segala aktiviti yang dilakukannya bersama Ehsan hari ini semakin mengeratkan persahabatan mereka.

•••♦◄♥►♦•••

Sepanjang minggu itu Aidan dan Ehsan ke sekolah bersaing bersama-sama dan waktu rehat akan berjumpa di tempat biasa.

Kekadang mereka akan makan di situ ataupun singgah di gerai Pak Lamin bersama bekalan masing-masing, berkongsi berdua.

Kemesraan yang ditunjukkan Ehsan semakin membuatkan Aidan tambah teruja dan menyenangi budak bukit yang dilabelkan orang penuh bermasalah itu.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now