Chapter 94 - Jelmaan Hantu Kopek Datang Merengek

1.4K 67 23
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Chapter  seterusnya akan menyusul segera sebab aku dah pun mula mengarang BB 95 tu. Sebenarnya, aku cuba nak tamatkan citer ni cepat-cepat sebab banyak novel lain dok menunggu untuk aku publish, tapi makin banyak plak idea yang menerpa di minda, so  terpaksa arr korang bersabar dulu, kay? Jangan jemu & bosan, nanti Kosan datang tanpa korang perasan.. he he.

•••♦◄♥►♦•••

"Siapa kau? Nape kau datang ke sini dan bising-bising panggil aku, hah?" 

Ehsan memberanikan diri bertanya. Namun dadanya berdebar, berdegup kencang.

Pengalaman disakat hantu kopek tiga hari lepas membuatkan dia makin tambah beringat dan waspada.

Figura berkebaya merah itu tak terus menjawab. Dia merenung tajam ke arah Ehsan seakan mengharapkan sesuatu.

"Cantiknya pompuan ni. Mak Fikri pun tak dapat lawan, malah semua artis kat Malaysia pun kalah. Nampak cam model internasional je," gumam Ehsan dengan mata terbeliak kagum.

"Esan, kau tak kenal aku? Kita pernah bersama hari tu dan kau hadiahkan aku anak comel ni. Aku namakan dia Damien, sempena nama watak dalam filem 'The Omen'  yang kau suka sangat tu.

"Mari le turun dan tengok anak kau ni. Comel dan cantik sempurna, tak macam si Kosan," panggil perempuan itu seraya menunjukkan bayi yang digendongnya.

Memang cantik dan comel paras bayi lelaki itu. Dia kelihatan tersenyum sambil mendepakan kedua tangan kecilnya ke arah Ehsan, seolah minta didukung.

"Sanggupkah kau hampakan dia yang sangat ingin nak berada dalam pelukan seorang bapa? Apakah kau tak bangga dan sayang pada dia yang sangat mengharap ini?" 

Perempuan tersebut menyoal dengan kata-kata manis menggoda.

"Pegi, kau bukan manusia, kau hantu kopek yang aku dah kalahkan hari tu. Berani kau datang lagi cari aku? Pompuan hodoh," tempik Ehsan geram.

Pak Rahmat di bilik sebelah terkejut dari lena. Dia bingkas bangun menggosok-gosok mata dan tertanya-tanya.

Gerangan apa yang bersuara lantang di pagi-pagi buta? Seakan suara Ehsan, tapi kenapa dia? Kerasukan atau kesampukan lagi kah?

Dia memasang telinga. 

Sekali lagi suara tempikan Ehsan kedengaran. Lantas lelaki itu bangun menapak lambat-lambat ke arah pintu biliknya.

Lampu dinyalakan, dia mencapai golok perak* pusaka di celah papan dinding, buat langkah berjaga-jaga.

"Kau tak serik lagi ke bila aku terajang dan tarik tetek lanjut kau tu? Kau nak rasa lagi penangan aku ke? Baik kau berambus sebelum aku naik angin," marah remaja itu, memberanikan diri.

"Sampai hati kau Esan. Kalau setakat aku yang kau marah dan kau hina, aku faham. Tapi anak kita ni tak bersalah pun pada kau. Jangan le kau ego dan lupa diri," balas perempuan misteri itu.

"Ape kau merepek ni, setan? Budak tu bukan anak aku. Kau saja buat citer fitnah. Aku tak nak layan kau, berambus," makin marah Ehsan. 

Matanya melilau mencari apa-apa benda untuk dibuat senjata.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now