Chapter 53 - Nota Daripada Hantu

1.7K 87 17
                                    


ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

HALT! •• Atas permintaan pembaca, aku panjangkan Chapter  nie hingga 4,046 words. Bersamaan 21 minit masa membaca korang. Harap berpuas hati, layan je..♥

•••♦◄♥►♦•••

Nun, di atas katil yang berkedut cadarnya, mereka nampak satu batu nisan yang masih bersalut tanah merah dan berselut.

Ada taburan bunga melur di sisinya yang menerbitkan bau harum menusuk rongga nostril masing-masing.

Apa yang tersaji di depan mata kini sungguh kontras dengan keadaan sebelumnya, di mana bau busuk sinonim mengiringi Sumi versi zombi itu.

"Ya Allah, ape yang berlaku ni?" jerit Ehsan memecah hening. 

Kekawannya tak menyahut kerana mereka semua pun sama dalam kekagetan.

Ehsan memberanikan diri menapak masuk lalu mencapai kayu hoki yang tersandar di tepi pintu. Matanya penuh awas melihat kiri kanan, atas bawah.

Dengan kayu hoki itu, dia menguis* cadar dan memeriksa di bawah katil. Tiada apa-apa di situ. 

Kekawannya yang lain mula berani dan menapak masuk sama.

Mereka mencari 'Sumi Kurus' dengan menyelongkar almari juga kotak-kotak kosong yang tersusun di atas alang, namun tiada apa yang ditemui.

"Ke mana plak zombi tu pegi, ekk? Tingkap berkunci dari dalam. Jangan-jangan dia dah bertukar jadi batu nisan ni ape?" Daus menelah.

Bulu romanya mula meremang. Begitu juga dengan Aidan, Ehsan, Brice juga Sumi.

"Wey.. ini ade sekeping kertas. Nampak cam surat je," Brice bersuara sambil memegang kertas lusuh yang dijumpai di sebelah bantal atas katil.

"Baca arr ape yang ditulis. Entah-entah zombi tu yang bagi kat kita," pinta Aidan.

"Cam mana aku nak baca, ini tulisan Jawi arr. Aku pun belum masuk jawi* lagi.. he he," jawab budak Serani itu, cuba berseloroh, walau hatinya kecut. 

Daus mengambil kertas tersebut dan mula membaca.

"Susah jadi anak manusia, lebih baik aku balik ke hutan hidup bersama-sama rakyat kami. Terimalah hadiah dari aku ini buat kenangan."

Dia menamatkan bacaannya dengan wajah penuh kebingungan.

"Pergh.. pandai plak dia tinggalkan note  dan souvenir  untuk kita, ekk? Hantu jenis ape arr dia tu?" Sumi mencelah seraya tersengih seolah semua itu hanya lelucon* saja. 

Hakikatnya, dia pun sama takut seperti kekawannya yang lain.

"Kita nak buat ape ngan batu nisan dan bunga-bunga ni?" tanya Daus.

"Kau balut je ngan kain buruk dan kita tunjukkan kat Bomoh Jiman nanti. Dia tau kot ape nak buat?" jawab Aidan.

"Ee.. tak berani arr aku," cepat-cepat Daus menolak.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now