|BAB 38|

1.9K 79 0
                                    

DI hadapan Dylan dan Roland berdiri bangunan besar dan gah. Avalor Corporation yang cemerlang dalam bidang E-sports. Sudah banyak game dan pertandingan antarabangsa diadakan oleh syarikat ini. Syarikat ini juga antara syarikat yang membuka mata masyarakat tentang E-sports ini. Bermain game juga boleh mendapatkan keuntungan yang besar jika di buat dengan betul.

"Kau yakin yang diorang memang suruh kita datang?" Soal Dylan kepada Roland. Roland mengangguk kepala tanda ya.

"Betul, boss." Jawab Roland. Tadi sewaktu dia sibuk menonton filem di dalam bilik hotelnya, dia menerima panggilan dari Emmy. Salah satu meeting Mr. Avalor terbatal dan secara automatik memberi ruang bagi mereka.

Dylan dan Roland mengatur langkah untuk masuk ke dalam bangunan tersebut. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut, perkara pertama yang mereka nampak adalah poster besar game terbaru mereka iaitu Avexx Royale Arena.

"Mr. Dylan!"

Automatik kepala Dylan dan Roland menoleh ke arah suara itu. Mr. Avalor dan Emmy sedang berjalan ke arah mereka. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus berjabat tangan dengan Dylan dan Roland.

"Welcome to my humble gaming world. How are you?" Mr. Avalor berkata dengan ramah.

"I am fine thank you. I don't think calling it humble is enough. This place is magnificant." Puji Dylan dengan ikhlas. Mr. Avalor tergelak mendengar pujian Dylan itu.

---

XAVIER memandang ke arah skrin telefonnya. Terpapar nama Alice di skrin. Dia mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Hai awak." Xavier menyapa Alice dengan mesra. Di bibirnya terukir senyuman manis.

"Hai. Awak sibuk?" Soal Alice.

"Sibuk sikit. Kenapa awak?" Jawab Xavier. Matanya tajam memandang ke arah hadapan.

"Oh takpelah. Ingat nak minta teman beli barang dapur sikit. Terus lepak ke ape. Tapi awak sibuk kan? Sorry sebab ganggu. Saya pergi dulu." Alice berkata dengan lembut. Panggilan di matikan.

Xavier meletakkan semula telefonnya di atas meja lalu bersilang tangan di dada. Dia menarik nafas panjang lalu menghembuskannya dengan kasar. Entah apa nasibnya sehingga gadis di hadapannya muncul tadi.

"Apa yang buat korang tergila-gila dengan perempuan gemuk tu eh?" Soal Aurora dengan hairan. Yalah, orang lain nak awek yang seksi. Bukan macam perempuan gemuk mengalahkan gajah tu.

"Mulut jaga sikit. Kau mungkin lawa tapi hati kau busuk." Xavier menjawab dengan agak kasar. Dia dan Aurora 'terserempak' di syarikat keluarga angkatnya tadi. Aurora mahu membawa dia untuk bekerjasama.

"Pelik ah korang ni. By the way kau tak nak ke awek gemuk kau tu jadi milik kau selamanya? Kalau kau setuju, aku boleh tolong kau. Janji kau tolong aku balik." Tawar Aurora dengan senyuman sinis. Dia sangka Xavier akan bersetuju dengannya. Namun sangkaannya meleset apabila Xavier berdiri dan mengking dia.

"Hoi betina! Kau dengar sini. Aku memang suka dia tapi aku bukan jenis orang yang akan buat benda kotor dan jijik macam kau!" Xavier berlalu pergi meninggalkan Aurora seorang diri.

Aurora rasa bagaikan mahu meletup sahaja. Tiada siapa yang mahu untuk bekerjasama dengannya. Kenapa? Mulanya Jacob, sekarang Xavier juga tidak mahu bekerjasama dengannya. Hal ini memang betul-betul mencabar kesabaran dia. Secara automatik moodnya rosak seratus peratus sebab ditolak oleh Xavier.

---

AURORA pulang dengan rasa marah yang membuak-buak. Sebaik sahaja tiba di rumah, dia terus ke dapur dan meminum air suam. Aurora menggengam kuat gelas kaca yang digunakan untuk minum sehingga pecah. Selang beberapa saat kemudian, Philip muncul dengan riak muka yang sangat risau.

"Baby, you okay?!" Dia bergegas ke arah Aurora dan memegang tangannya yang luka. Namun dengan kasar dia ditepis oleh Aurora.

"Jangan pegang akulah!" Jerit Aurora.

"Baby, kenapa ni?" Soal Philip dengan lembut.

"I akan pastikan betina tak guna tu mampus! Sial!" Jerit Aurora tanpa menjawab soal Philip tadi. Dia memandang ke arah Philip. "You akan tolong I kan? Kan?!"

Philip diam membisu. Dia tidak mahu terjerumus dalam jenayah berat seperti membunuh. Philip tidak tahu untuk bercakap apa. Risau Aurora akan menjerit lagi kuat. Dahlah sakit telinga kalau Aurora menjerit.

"Kenapa you diam?! You pun tak nak tolong I?" Jerit Aurora. Dia menggengam tangannya erat.

"Bukan macam tu baby. Tapi I tak nak terlibat dalam jenayah berat. Baby please jangan buat macam ni." Pujuk Philip. Namun sia-sia sahaja.

"Okay fine! I pun tak perlukan orang tak guna macam you dekat dalam hidup I!" Aurora memandang ke arah tempat simpanan pisau lalu memandang ke arah Philip semula. Dia tersenyum sinis sambil mendekati tempat simpanan pisau tersebut.

"Baby, jangan please." Philip mula takut. Takkanlah sebab dia tak nak tolong Aurora, Aurora mahu menamatkan riwayatnya.

Tanpa sebarang amaran Aurora mencapai satu pisau dan berlari ke arahnya. Aurora menikam Philip berkali-kali sehingga Philip meninggal.

"Aha... ahahahahaha! Aku tak perlukan orang lemah macam kau! Hahahahahahahaha! Aku akan pastikan betina tu mampus! Kau dengar aku tak Philip?! Aku akan pastikan dia mampus macam kau! Sampah macam korang memang patut pun dibuang kan? Muahahahahaha!" Aurora tergelak seorang diri bagaikan orang gila di dalam dapur rumah dia dan Philip. Lantai dapur tersebut mula dibanjiri dengan darah mayat Philip.

Selang beberap minit, gelak Aurora diganti dengan tangisan. Dia memeluk mayat Philip. Air mata jatuh dengan lebat.

"I minta maaf you. Sayang, bangun please. I betul-betul minta maaf!" Aurora menangis teresak-esak. Dia memeluk erat mayat Philip.

"Ni semua salah betina tu! Aku akan pastikan dia terima balasannya!"

---

TELEFON Dylan jatuh ke atas lantai secara tiba-tiba. Entah kenapa perasaannya kurang enak. Seolah sesuatu yang sangat buruk akan berlaku kepada Alice. Dylan mengutip telefonnya semula.

Usai mesyuarat dia dan Mr. Avalor tadi, dia terus balik ke hotel dan membeli ticket kapal terbang untuk kembali ke Malaysia. Dia tidak kisah walaupun harganya agak mahal. Janji dia kembali ke Malaysia secepat yang mungkin.

"Alice ada hubungi kau?" Soal Dylan kepada Roland. Manalah tau Alice ada phone baru ke apa. Lepas tu dia hubungi Roland.

"Takde, boss." Jawab Roland jujur. Kalau ada, sudah tentu dia bagitau Dylan. Dia juga mengharap yang Dylan dan Alice akan bersatu. Mereka berdua kelihatan serasi bersama.

Dylan tidak berkata apa-apa. Otaknya tidak henti-henti memikirkan tentang Alice. Dia sudah nekad untuk memberitahu perasan sebenarnya nanti. Tapi adakah Alice akan percaya yang dia ikhlas untuk menjadi lebih dari rakan biasa kepadanya? Macam mana kalau Alice ingat dia cuma mempermainkan Alice?

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now