|BAB 07|

2.6K 189 13
                                    

======

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

======

SEKEMBALINYA Dylan dari berjumpa Aeryxter, dia terus memulakan sesi senaman. Pada awalnya dia menyuruh Alice untuk berlari di treadmill selama 30 minit.

"Selagi aku cakap jangan stop, jangan cuba untuk berhenti. Kau faham tak, gendut?" Soal Dylan.

"Faham, boss." Jawab Alice dengan nafas yang tersekat-sekat. Dia sudah mula kepenatan walaupun baru bermula. Dylan memerhati dia dengan pandangan tajam bagaikan helang yang memburu mangsanya.

"Laju sikit." Dylan melajukan kelajuan treadmill. Alice menjadi panik lalu dengan cemas mengikut rentak kelajuan treadmill tersebut. Mungkin sebab badannya belum biasa dengan senaman, dia jadi penat dengan pantas.

30 minit berlalu bagaikan 30 juta tahun bagi Alice. Selepas selesai berlari di treadmill, Dylan membenarkan dia berehat 5 minit.  Roland mendekati Alice lalu duduk di sebelahnya. Dia memberi gadis itu sebotol air mineral sejuk.

"Awak okay?" Soal Roland dengan mesra.

"Okay. Awak tak bagi big boss air?" Giliran Alice pula menyoal secretary Dylan itu. Roland menunjuk ke arah Dylan yang sedang minum air mineralnya.

"Dah ada dah. Buat apa nak bagi lagi." Ujar Roland selamba. Alice menganguk kepala tanda faham. Mereka senyap seketika. Jantung Alice masih berdegup kencang dan dia masih tercungap-cungap kepenatan.

Kalau tadi dia rasa 30 minit tu bagaikan 30 juta tahun, kini Alice rasa 5 minit bagaikan 5 saat! Baru dia rasa okay sikit, Dylan menyuruh dia berdiri.

"Haa lajunya." Ujar Alice lalu bangkit berdiri.

"Laju apa benda? 5 minit kau dah habis. Ikut aku!" Arah Dylan dengan garang. Alice hanya mampu mengikuti bossnya itu tanpa sebarang bantahan. Risau dimarahi.

Mereka tiba di ruang yang agak luas sedikit. Dylan menyuruh dia baring. Alice menurut tanpa sebarang bantahan. Dylan memegang kedua kakinya lalu menolaknya sedikit untuk membengkokkannya ke atas.

"Bangkit tubi 50 kali. Cepat." Arah Dylan.

Mampus. Nak buat 2 kali bangkit tubi pun aku tak dapat. Fikir Alice dengan cemas.

"Cepat sikit!"

Alice memulakan bangkit tubi. Seperti yang dia jangka, nak buat sekali pun dia mengalami kesukaran. Ini pula nak buat 50 kali!

"Gerakkan sikit badan kau tu! Jangan bagi lemak kau yang bertan-tan halang kau." Jerit Dylan dengan kuat. Roland yang memerhati hanya menggeleng kepala melihat Alice mangsa kekejaman senama bossnya. Alice bertungkus lumus melakukan bangkit tubi sebanyak 50 kali.

Mamat ni memang sah nak bagi aku pengsan. Ahh banyak betul senaman dia bagi. Penat! Bisik hati Alice. Jujur, dia tidak pernah bersenaman dengan sangat intense macam ni!

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now