|BAB 06|

2.7K 153 8
                                    

======

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

======

SATU jam sebelum tamat waktu bekerja, Roland ke tempat Alice. Dia menyuruh Alice balik ke rumah atas arahan Dylan. Alice mengangguk kepala tanda faham lalu bersiap untuk pulang ke rumah.

"Dia juga cakap yang dia suruh awak dinner kat rumah. After 7 P.M, awak tak dibenarkan untuk makan." Roland berkata. Alice mengangguk kepala tanda faham.

"Okay. Saya faham." Alice mengeluarkan telefonnya untuk menempah grab.

"Saya akan pandu awak balik rumah."

Dengan pantas Alice memandang ke arah hadapannya. Roland memandang ke arah dia dengan senyuman di bibir. Ini juga arahan Dylan. Untuk memastikan yang Alice tidak menyimpang ke kedai untuk makan benda yang tidak menyihatkan.

"Eh susahkan awak je. Takpelah." Alice cuba menolak. Namun Roland dengan keras kepala tetap mahu menghantar dia. Nanti telinga dia bingit mendengar mulut puaka Dylan tu. Akhirnya Alice terpaksa mengalah.

"Tunggu jap." Alice mengemaskan barangnya. Roland mengangguk kepala.

---

SEPANJANG perjalanan ke rumah Alice, mereka berdua tidak bercerita. Roland fokus pada pemanduannya manakala Alice berfikir seorang diri. Dia memandang ke arah luar jendela. Dia masih memikirkan siapa wanita yang mendekati Dylan hari tu.

"Amboi, termenung jauh nampak." Roland berkata memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Alice berpaling ke arahnya. Dia tersenyum lembut.

"Tengah berfikir something." Katanya lalu berpaling semula ke arah luar jendela.

"Mind if I ask what's inside your head, miss?" Soal Roland dalam Bahasa Inggeris. Alice berdebat dalam hati sama ada mahu memberitahu Roland atau tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak menyoal Roland. Takut dicop busy body pula.

"Nope. It's just a useless thought. It's not really matter to anyone." Jawabnya dalam Bahasa Inggeris.

"Well, if you say so then okay."

Keadaan menjadi senyap semula di antara mereka berdua. Hanya kedengaran bunyi angin dan kereta yang dipandu oleh Roland.

----

"NANTI saya jemput awak tepat jam 5:30 petang nanti. Make sure awak dah dinner tau." Ujar Roland sebelum berlalu pergi. Dia perlu kembali ke pejabat kerana ada kerja yang dia mahu siapkan. Alice hanya memerhati kereta Roland sehingga hilang dari pandangan mata kasar. Selepas itu barulah dia masuk ke dalam rumah.

En. Hans yang tengah mengemas ruang tamu terkejut melihat anak daranya pulang awal. Selalunya jam 6 atau lebih sikit baru dia balik dari kerja.

"Aik awal balik." Ujar En. Hans. Dia tidak bekerja atas sebab kesihatan. En. Hans tidak boleh kepenatan sangat sebab nanti dia pengsan. Alice mendekati ayahnya lalu memeluk dia.

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now