|BAB 37|

1.7K 76 1
                                    

AURORA kini berada di dalam pejabat Jacob. Dia duduk bersilang di hadapan lelaki muda itu. Walaupun tengah sarat mengandung, dia masih berpakaian ketat dan seksi. Namun sikit pun Jacob tidak tergugat.

"Ha, kau nak apa?" Soal Jacob. Kalau bukan kerana Aurora buat hal di hadapan pejabatnya tadi, tidaklah dia melayan Aurora.

"Kau tak nak jatuhkan Dylan ke?" Soal Aurora kembali.

Jacob mengerutkan dahinya. Kenapa pula? Yalah, diorang memang musuh tapi takdelah sampai macam tu. Syarikatnya juga sudah lebih dari stabil. Apa Aurora ingat ni drama televisyen?

"Buat apa? Eh kalau kau datang sini sebab nak kacau aku je, baik kau blah." Jacob berdiri lalu berjalan ke arah pintu. Dia membuka pintu masuk pejabatnya itu lalu memberi signal kepada Aurora untuk keluar.

Aurora berdiri lalu mendekati Jacob. Dia masih belum berputus asa. Kalau Jacob bersetuju untuk bersuhabat, dia dapat balas dendam kepada Dylan.

"Aku tahu kau benci Dylan. So why not jatuhkan dia? Lagipun syarikat korang akan jadi lebih gah dan berkuasa. Come on, tak rugi pun bekerjasama dengan aku. Kau untung, aku pun untung." Aurora cuba memujuk. Namun sia-sia sahaja sebab Jacob masih enggan bekerjasama.

"Kau ingat ni drama? Nak jatuhkan bagai. Kau ingat maruah syarikat aku rendah ke sampai nak buat perkara tak berfaedah tu? Aku memang nak jadi lebih gah dan berkuasa. Tapi aku nak buat dengan cara clean. Aku tak nak nasib aku jadi macam Pn. Natasha. Now can you blah?" Jacob menolak Aurora sehingga dia terjatuh. Sikit pun Jacob tidak kasihan. "Ops sorry bitch."

Aurora menjeling tajam ke arah Jacob. Dia berdiri lalu berlalu pergi dari situ. Dia benci sebab diperlakukan begitu.

---

AURORA tidak terus kembali ke rumah dia dan Philip. Dia berjumpa dengan seseorang. Dalam rancangannya, bukan Dylan sahaja yang dia mahu musnahkan. Malah Alice juga. Dia mahu gadis itu melalui apa yang dia lalui. Dia akan musnahkan hubungan Alice dan Dylan.

"Aku dah stalk dia beberapa hari macam yang kau minta." Photographer itu memberi Aurora beberapa keping gambar.

Aurora mencapai gambar-gambar itu. Satu per satu dia teliti. Akhirnya dia menjumpai sasaran baharunya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

'Well well well... looks like not only Dylan love this fat bitch. Abang Jacob pun? Taste diorang memang sampah.' Fikir Aurora sambil merenung ke arah gambar Alice dan Xavier. Mereka kelihatan sangat mesra bersama. Seolah pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

"Xavier dan Alice memang selalu hang out?" Soal Aurora kepada photographer itu.

"Yup. Melalui perhatian saya, diorang memang agak rapat sebab selalu lepak bersama. Tambahan lagi Xavier ada post selfie diorang di akaun IG dia." Jawab photographer itu.

"Good. Ini payment kau. Kalau kau buka mulut pasal ni, siap!" Aurora berdiri lalu meninggalkan photographer itu.

---

PHILIP kelihatan sangat risau tentang Aurora. Terutama kandungannya. Dia mundar mandir di dalam bilik mereka. Sudah agak lama Aurora keluar. Kalau jadi apa-apa?

Klik!

Pintu bilik tidur mereka dibuka. Aurora masuk lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia sangat penat. Sebelum ini dia tidaklah sepenat ini kalau keluar. Mungkin kesan dari mengandung.

"You pergi mana tadi? Kalau jadi apa-apa. You kena ingat yang you tu tengah mengandung. Jangan banyak jalan sangat, baby." Nasihat Philip dengan ikhlas. Aurora membalas nasihatnya dengan jelingan maut.

"Jangan sibuk sangat boleh? Taulah I nak jaga diri. Sibuk je." Aurora berkata dengan geram. 'Entah pape mamat ni. Macam aku ni masih budak kecik.'

"Bukan nak sibuk, baby. Tapi I risau. I kan suami you sekarang. You pun tahu yang I sayang dekat you. Dengar cakap I please." Ujar Philip dengan lembut. Dia cuba bersabar dengan Aurora.

"Kalau sayang, jangan menyibuk. Eh urus jelah bar you tu. Kang you jadi miskin pulak. Malu I ada suami miskin. Lagi satu, just because you are my husband, it doesn't mean that you can control me." Aurora bangkit berdiri dari katil. Jelingan mautnya masih belum terpadam. Dia malas jika dikontrol oleh orang. Cukup Pn. Natasha sahaja. Diorang ingat yang dia tu bodoh dan senang di kontrol?

"I bukan nak kontrol. I cuma risau. Tu je. Lagipun apa you buat ni belum tentu dapat puaskan hati you dan juga jelas salah. You lupakan je la hasrat you nak balas dendam tu. Demi kebahagiaan kita please." Philip mendekati Aurora lalu memegang tangannya dengan lembut. Dia harap sangat yang Aurora akan melupakan hasratnya untuk membalas dendam demi kebahagiaan mereka.

Dengan kasar Aurora menepis tangan Philip. Dia mula hilang sabar. Philip nak dia berhenti? Mustahil. Selagi dia tidak membalas dendam, selagi itu dia tidak tenang.

"Lupakan? You pun tahu kan yang I ni pantang dipermalukan. Selepas apa diorang buat, you nak I stop macam tu je?! Ha!" Aurora menjerit geram. Philip melepaskan keluhan.

"Baby-" belum sempat Philip menghabiskan ayatnya, dia dipintas kasar oleh Aurora.

"Apa?! You nak bebel pasal kebahagiaan lagi? You nak cakap yang apa I buat ni sia-sia? Eh you dengar sini! Selagi dua ekor natang tu tak terima balasan, selagi tu I takkan berhenti! I nak diorang rasa apa yang I rasa! You memang tak faham!" Aurora menggengam tangannya. Suaranya sangat kuat dan nyaring.

"I faham you tapi-" sekali lagi Philip dipintas kasar oleh Aurora.

"Kalau you faham, you sepatutnya sokong! Bukan nak suruh I berhenti. Husband jenis apa you ni? Hah? Kalau you memang betul sayang I... cintakan I... tolonglah support I. Kalau tak, baik kita putua dan anak ni I gugurkan." Aurora berlalu keluar dari bilik tidur mereka.

Philip hanya memerhati. Nak mengejar tapi kaki terasa berat melangkah. Dia sedih melihat keadaan Aurora. Philip duduk di atas katil lalu meraup wajahnya dan melepaskan keluhan berat.

Dia tidak mahu menyokong Aurora dengan apa yang dia mau buat. Dia tahu apa yang Aurora sedang rancang itu sesuatu yang tidak baik. Philip tidak mahu menyokong sesuatu yang tidak baik. Tapi dalam masa yang sama kalau dia tidak sokong, anak dalam kandungan tu jadi mangsa. Nanti Aurora akan gugurkan kandungan tu.

"Apa yang patut aku buat ni?" Soal Philip kepada dirinya sendiri. Kalaulah dia tahu apa yang perlu buat. Kalaulah dia boleh hentikan apa yang Aurora lakukan. Philip tahu yang dia tidak mampu berbuat apa-apa. Nak lapor Aurora kepada pihak polis? Gila. Siapa nak report isteri sendiri?

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now