|BAB 24|

1.9K 102 2
                                    

SEPERTI yang Alice katakan, Dylan berasa tenang selepas mengeluarkan semuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPERTI yang Alice katakan, Dylan berasa tenang selepas mengeluarkan semuanya. Apa yang dia pendam selama ini, semua dia keluarkan. Alice hanya duduk mendengar.

"Mungkin aku ditakdirkan untuk sengsara." Ujar Dylan dengan sedih. Dia memandang ke arah Alice dengan pandangan sedih.

"Boss, takde siapa yang ditakdirkan untuk sengsara. Semua orang ada kebahagiaan masing-masing. Kita cuma perlu lepaskan yang lama supaya kita nampak sinar kebahagiaan tu." Alice berkata dengan lembut. Dia mengesat saki baki air mata Dylan di pipinya.

Dylan merenung wajah Alice. Wajah itu dilihatnya sempurna dan cantik. Cukup sempurna untuknya. Tanpa disedari dia semakin menghampiri wajah Alice. Semakin lama, semakin dekat. Alice menjadi kekok.

"Err... boss." Alice menggunakan jari telunjuknya untuk memusingkan wajah Dylan ke arah lain. Mamat ni nak cium aku ke apa?

Dylan tersenyum. Dia agak lucu dengan kelakuan Alice. Kebanyakkan perempuan akan merelakan diri mereka kepada dia tapi Alice tidak. Tangan Alice ditangkap lalu Dylan berpaling semula ke arah Alice dengan senyuman nakal.

"Kenapa awak mengelak?" Soalnya.

"Eh maksud boss apa ni?" Alice memandang ke arah lain. Tidak tahan dengan pandangan mata Dylan. Dylan menggengam dagu Alice menggunakan tangan kirinya lalu memaksa dia bertentangan mata dengannya.

"Gendut." Ujarnya pendek dengan senyuman lembut. Alice terpegun. Inilah kali pertama dia melihat senyuman lembut Dylan itu.

Tiba-tiba Dylan berdiri dari sofa lalu meregangkan badannya. Dia berjalan ke arah pintu masuk pejabatnya. Tangan kanannya mencapai tombol pintu. Sebelum memusingkan tombol pintu tersebut, dia berpaling ke arah Alice.

"Kau nak tunggu apa? Keluar. Nak tunggu aku rogol kau?" Dylan menyoal. Walaupun suaranya kedengaran agak kasar dan serius namun sebenarnya dia cuma bergurau dengan Alice. Alice memuncungkan bibirnya. Dah keluar dah mamat mulut takde insurans tu.

---

"AHH!! Penatnya!" Roland menghempaskan dirinya ke atas sofa ruang tamu. Sam dan Roland duduk di sofa lain. Alice muncul dengan dulang yang berisikan minuman sejuk serta makanan ringan untuk mereka.

"Kesian korang. Kena suruh kemas pula pejabat yang boss sendiri sepahkan." Ujar Alice lalu meletakkan dulang tersebut ke atas meja. Laju Sam mencapai gelas dan menuang segelas air jus oren sejuk untuk dirinya. Sekali diteguk, nikmatnya memang sampai memejam mata. Alice tergelak kecil melihat karenah Sam itu.

"Awak untunglah sebab boss tak suruh." Roland membetulkan posisinya. Dia duduk di atas sofa lalu meregang-regangkan sedikit badannya sambil duduk.

"Boss kat mana?" Soal Roland. Alice berpaling ke arahnya.

"Kat dalam bilik dia. Dah tidur kot. Penat sangat meradang." Jawab Alice dengan senyuman. Orang kalau lepas menangis, memang akan rasa penat dan mengantuk. Jadi Alice tidak hairan kalau Dylan tidur selepas menangis agak lama.

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now