|BAB 23|

3K 181 33
                                    

======

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

======

OLEH kerana lama sangat menunggu, Sam memeriksa Robert di dapur. Ketika dia menegur Robert, lelaki itu kelihatan cemas seolah-olah melakukan sesuatu yang salah. Robert juga menggeletar sedikit. Dia juga seperti menyembunyikan sesuatu.

"Kau dah kenapa? Sakit? Apa yang kau sorokkan tu?" Soal Sam. Robert tersenyum takut. Botol kecil tadi tidak bertutup, jadi isinya tertumpah ke dalam teh Alice.

"Err takde. Aku mana ada sorok apa-apa." Jawabnya dengan pantas. Sam melihat ke arahnya dengan wajah kurang percaya. Oleh kerana sudah lama bertugas bersama, Sam mempercayai Robert.

"Teh kau dah siap?" Soal Sam lagi menukar topik.

"Dah. Nanti aku bawa. Kau pergilah dekat ruang tamu dulu." Jawab Robert. Sam mengangguk kepala lalu berlalu ke ruang tamu semula. Robert berpaling ke arah teh yang baru dia bancuh. Dia mengangkat dulang tersebut dan ke ruang tamu.

Perlahan-lahan Robert meletakkan dulang tersebut ke atas coffee table. Tangannya ketara menggeletar kerana takut. Alice menjadi hairan melihat tingkah laku Robert.

"Awak okay?" Soal Alice dengan penuh prihatin. Robert memandang ke arahnya lalu mengangguk kepala.

"Saya okay." Robert menjawab lalu memberi teh kepada mereka. Dia takut Sam tersalah ambil teh yang beracun.

Tanpa melengahkan masa, Sam mengambil cawan yang berisi teh untuknya lalu menegukkan dengan penuh elegent. Siap angkat jari kelingking lagi. Alice menggeleng kepala melihatnya.

Alice mencapai cawannya. Baru sahaja dia mahu meminum teh itu, Robert menjerit.

"Awak suka binatang apa?!" Soal Robert dengan nada suara yang agak tinggi. Alice menjauhkan semula cawan tersebut dari mulutnya.

"Hmm? Kenapa?" Alice menjadi sedikit hairan dengan soalan Robert yang tiba-tiba itu.

"Saja nak tau." Jawab Robert dengan selamba.

"Oh. Saya suka kucing." Barulah Alice menjawab soalan Robert tadi. Sekali lagi cawan yang dia pegang di dekatkan di bibirnya. Robert menjadi takut. Semakin lama semakin dekat. Jantung Robert berdegup kencang.

BAM!!

Bunyi pintu ditutup dengan kuat kedengaran dari atas. Mereka bertiga saling berpandangan. Selang beberapa saat kemudian, Dylan turun dengan raut wajah yang sangat menggerunkan. Di belakangnya adalah Roland.

"Aku sumpah kalau betina gila tu datang, aku akan belasah dia!!" Jerit Dylan dengan perasaan marah yang membuak-buak. Dylan sekarang bagaikan gunung berapi yang sedang meletus!

Alice meletakkan cawan yang dia pegang lalu berdiri dan mendekati  Roland. Dia berbisik kepadanya, "Weyh, dah kenapa dengan boss tu?"

"Ibu dia call." Jawab Roland dengan nada berbisik. Belum sempat Alice menyoal lebih, pintu masuk rumah Dylan terbuka. Muncul Pn. Natasha. Wajahnya juga kelihatan sangat marah.

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now