|BAB 25|

1.8K 109 1
                                    

APABILA Sam tiba di hospital, dia mendapati Alice tiada di sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

APABILA Sam tiba di hospital, dia mendapati Alice tiada di sana. Sam menjadi cemas.

"Kau yakin ke Alice takde datang kat sini? Bukan kau ke yang suruh dia datang?" Soal Sam dengan raut wajah yang sangat risau. Robert menggeleng kepala.

"Sumpah. Aku takde pun suruh dia datang." Robert menjawab soalan Sam tadi. Dia juga risau dengan keadaan Alice. Dia mundar mandir di hadapan ruangan bilik pembedahan.

"Kau tunggu kat sini. Anak kau masih ada dalam bilik pembedahan. Nanti dia sedih pula kalau dia sedar nanti, ayah dia takde kat sisi dia." Sam berkata.

"Kau yakin? Aku boleh je teman kau jumpa boss." Robert cuba untuk mengikuti Sam balik ke rumah Dylan. Namun sekali lagi dia ditolak oleh Sam. Akhirnya dia akur dan hanya Sam seorang sahaja yang pergi berjumpa dengan Dylan. Sebaik sahaja Sam berlalu pergi, Karrie mendekati suaminya.

"Bang, betul ke apa yang abang buat ni?" Soal Karrie. Dia risau kalau gadis yang dimaksudkan oleh suaminya tadi di apa-apakan. Dia bersetuju untuk mendiamkan diri sebab Robert berkata gadis itu tidak akan di apa-apakan.

"Jangan risau, sayang. Dia takkan apa-apa." Tipu Robert kepada isterinya. Dia rasa bersalah namun dalam masa yang sama dia rasa gembira sebab selepas ini anaknya akan sembuh. Robert duduk di atas kerusi menunggu lalu meraup wajahnya.

'Maafkan aku.'

---

DYLAN hampir sahaja pengsan mendengar yang Alice hilang. Dia cuba menghubungi Alice namun panggilannya tidak disambung. Dylan menjadi semakin risau.

"Tunggu jap. Kos perubatan anak Robert macam mana? Bukan agak mahal ke kalau pembedahan macam ni?" Dalam kerisauannya tentang Alice, Dylan masih bertanya tentang Robert.

"Robert cakap bayaran dah settle boss." Jawab Sam. "Kenapa?"

"Takde. Aku baru je ingat nak tolong tadi. Roland!" Dylan memandang ke arah Roland yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Wajahnya sangat serius seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu.

"Ah? Ye boss?" Roland memandang  ke arah Dylan.

"Dapatkan lokasi terakhir Alice dari balai polis." Arah Dylan. Roland mengangguk kepala lalu dengan pantas melaksanakan arahan Dylan.

"Tapi kan... saya rasa ada something wronglah dengan Robert tadi. Saya dapat rasa dia menipu." Sam berkata dengan serius. Dia sudah lama bekerja dengan Robert. Jadi dia tahu bila lelaki itu menipu dan tidak. Dylan berpaling ke arahnya dengan dahi yang berkerut.

"Maksud kau?" Soal Dylan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

---

SETIBANYA Dylan, Roland dan Robert di hospital. Mereka terus berjumpa dengan Robert. Anaknya masih ada di dalam bilik bedah ketika mereka berada di sana. Oleh kerana tidak mahu menimbulkan huru hara di dalam ruang tersebut, Robert di bawah ke luar hospital.

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now