|BAB 02|

3.1K 198 8
                                    

=====

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

=====

ALICE memandang ke arah kontrak di hadapannya itu. Dia masih dalam dilemma untuk menerima tawaran bossnya itu. Kenapa dia? Kenapa bukan si Rossa si badan barbie tu?

"Kalau aku terima... maknanya aku boleh capai badan impian aku. Kalau tak, aku takkan dapat badan impian aku. Tapi kalau aku kena ejek macam mana?" Alice bermonolog seorang diri di dalam bilik tidur. Hujung pen yang dipegangnya, dicucuk di pipi. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Bunny." En. Hans menyapa Alice sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik Alice. Dia sayang dengan anak gadisnya itu. Dia tidak kisah orang cakap apa pasal anak dia. Anak dia yang gemuk, diorang yang stress dah kenapa? Lagipun dia perasan yang selama ni anaknya struggle gila nak hilangkan berat berlebihannya.

"Hai, papa." Alice tersenyum lembut.

En. Hans ternampak kontrak yang dipegang oleh Alice. Dia menghulurkan tangan kanannya lalu Alice memberi dia kontrak itu. En. Hans membaca apa yang tertulis di kontrak itu.

"Papa rasa patut ke Alice terima?" Soal Alice kepada En. Hans. Memang dia selalu meminta pendapat dari ayahnya kalau hal macam ni. En. Hans pula tidak lekang memberi pendapat dan nasihatnya.

"Apa tujuan dia buat ni?" Soalan Alice tadi dijawab oleh soalan lain. Alice menggeleng kepala. Dia juga tidak tahu. En. Hans berfikir sejenak.

"Alice rasa macam nak terima sebab tawaran nak tolong Alice turunkan berat badan tu. Papa rasa okay tak?" Alice memandang ke arah En. Hans dengan raut wajah risau. En. Hans mengangguk kepala. Dia rasa tiada salah kalau Alice terima tawaran ni.

"Terimalah. Lagi pun 5 bulan je kan? Papa rasa takde masalah Alice terima ni. Lagipun ada kebaikkannya juga kan?" En. Hans berkata dengan lembut. Mendengar kata-kata ayahnya, Alice jadi lebih yakin. Dia mencapai kontrak yang masih di tangan ayahnya dengan lembut lalu menurunkan tanda tangannya.

"Harap ini keputusan yang terbaik." Ujar Alice. En. Hans memeluk anak daranya itu. Selang beberapa saat kemudian, dia meleraikan pelukkannya.

"Papa sentiasa berada di belakang Alice. Papa akan menyokong dan memberi semangat dekat Alice."

"Thank you, papa."

---

KEESOKKANNYA semasa menunggu masa lunch, Alice tidak dapat fokus pada kerjanya. Komputernya terpasang dan software Microsoft Words terpapar di skrin. Namun jari jemarinya seolah-olah tidak dapat menaip. Otaknya tidak henti-henti berfikir tentang apa yang akan terjadi lunch nanti.

"Weyh gendut! Nah. Buatkan kerja aku." Rossa mencampakkan fail kerjanya di atas meja Alice. Alice berpaling ke arah Rossa dengan muka hairan.

"Apasal aku yang kena buat? Kerja kau kan." Ujar Alice dengan geram. Rossa tersenyum sinis.

"Dah aku cakap, kau buat la. Boleh kurang sikit lemak kau tu. Tu pun kalau bolehlah." Sempat lagi Rossa menyelitkan ejekkan di ayatnya. Alice mencapai fail kerja Rossa lalu berdiri. Dengan geram dia memberinya kepada Rossa dengan agak kasar. Rossa terjatuh ke atas lantai akibat ditolak oleh Alice.

"Ops sorry." Alice berkata. Rossa memberinya jelingan tajam. Sangat tajam sehingga boleh musnah Gunung Everest kalau dijelingnya.

"Hoi! Kau sengaja kan? Dasar perempuan gemuk!" Rossa berdiri lalu menampar pipi Alice dengan kuat. Pipi Alice kini bercop merah akibat terkena tamparan hebat Rossa itu. Minah ni training cara tampar orang ke ape. Sakit gila. Fikir Alice.

Tidak cukup dengan itu, Rossa menarik rambut Alice kerana marah. Hampir sahaja dia mahu menampar Alice semula, pekerja lain menahan dia. Takut department diorang kena pula dengan CEO kalau bergaduh.

"Dah. Jangan layan sangat si gendut ni. Baik blah." Nasihat pekerja tersebut kepada Rossa. Rossa mengangguk kepala tanda setuju. Mereka meninggalkan Alice seorang diri.

"Eloklah. Blah. Kalau boleh jangan kacau aku lagi. Geram betullah." Bisik Alice kepada dirinya sendiri. Dia memegang pipinya yang ditampar. Dahlah sakit gila minah tu tampar. Nak tercabut rasanya kepala aku dari badan aku.

---

MASA yang ditunggu kini tiba sudah. Alice menarik nafas panjang lalu menghembuskannya. Dia bangkit berdiri dari kerusinya lalu membetulkan sedikit pakaiannya yang agak berkedut. Selepas itu tangannya mencapai kontrak yang sudah dia turunkan tanda tangan.

Alice tidak memperdulikan ejekkan rakan sepejabatnya yang masih ada di dalam pejabat. Kononnya dia tidak sabar untuk keluar makan. Siap menjerit lagi suruh jangan habiskan semua makanan dekat cafeteria. Aku tahulah aku gemuk tapi tak bermakna aku ni gelojoh makan. Fikirnya dengan geram.

Apabila tiba di hadapan pejabat Dylan, Alice mengetuk pintunya sebanyak tiga kali. Selang beberapa saat, kedengaran suara Dylan menyuruh dia masuk dari dalam. Alice masuk ke dalam pejabat Dylan lalu menutup pintu pejabatnya semula.

"Kau lewat seminit, gendut. Aku benci orang lewat. Badan kau besar sangat ke sampai nak berjalan pun lambat? Lepas ni jangan lewat lagi. Faham tak, gemuk?" Soal Dylan dengan agak kasar. Semangat Alice tadi yang berkobar-kobar untuk mengubah dirinya, serta merta jatuh ke lantai.

Aku kena hadap perangai dia ni selama 5 bulan? Ya ampun! Dapat ke aku tahan? Bisik hati Alice.

"Haa! Yang kau tercegat dekat sana lagi apasal? Kaki kau berat sangat sampai tak boleh jalan? Nak aku angkat kau? Dahlah besar mengalahkan gajah." Dylan berkata. Dia memandang ke arah Alice dengan pandangan serius.

"Sorry, boss." Alice menghampiri meja Dylan lalu duduk di hadapannya. Dia menyerahkan kontrak yang dia pegang kepada Dylan semula. Dylan memeriksa sama ada Alice ada turunkan tanda tangan dia ke tak.

"Hm. Mulai hari ni kau kena ikut cakap aku. Kau faham? Sekadar peringatan untuk kau, aku paling benci yang namanya lewat. Kau kena on time selalu. Aku juga kau bergaya lebih sikit. Style kau ni kuno sangat. Jadual pemakanan dan training kau akan aku bagi nanti. Kalau kau tak ikut, siap." Dylan berkata dengan agak panjang lebar. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Alice.

"Tapi saya tak pandai nak bergaya, boss." Ujar Alice dengan agak gementar. Risau dimarahi oleh Dylan.

"Dah tu? Aku kisah apa? Kalau kau boleh belajar macam mana nak membaca, takkan belajar nak bergaya pun payah sangat?" Dylan berpeluk tubuh.

Keadaan menjadi senyap seketika. Dylan memandang ke arah Alice seolah-olah dia sedang mengakiminya. Tiba-tiba dia bersuara.

"Lepas habis waktu kerja, aku nak kau tunggu dekat lobby. Jangan tanya kenapa. Dah pergi masuk kerja balik. Masa lunch dah tamat." Arah Dylan.

Alice bangkit berdiri lalu tunduk hormat kepada Dylan. Dia berjalan ke arah pintu keluar lalu menguak buka pintu. Minta-mintalah dirinya dapat tahan dengan perangai Dylan. Baru mula dah menyakitkan hati betul!

  - BERSAMBUNG -


JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now