|BAB 17|

2.7K 162 19
                                    

======

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

======

ALICE memandang ke arah siling putih hospital. Dia malas untuk bercakap. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu sama ada mahu gembira atau sedih dengan kenyataan yang dia masih hidup. Keluhan berat dilepaskan. Pergaduhannya dengan Dylan sebaik sahaja dia sedar semalam juga membuatkan dia lebih badmood.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Dengan pantas dia menutup mata dan berpura-pura untuk tidur. Kerusi yang berada di sebelah katilnya ditarik dan seseorang duduk di atasnya. Kedengaran keluhan dilepaskan disebelahnya.

"Sampai bila kau nak mengelak dari aku? Aku tahu yang kau dah sedar." Ujar Dylan. Alice meneruskan lakonannya. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan. Minah ni marah dekat aku tentang apa yang aku cakap semalam? Tapi aku dah minta maaf. Berapa kali minah ni nak aku minta maaf? Takkan nak aku melutut?

----

"KENAPA kau selamatkan aku! Kenapa tak biarkan aku mampus je kan bagus?!" Jerit Alice. Dylan menggengam tangan kanannya. Dia sangka Alice akan berterima kasih sebab Dylan selamatkan dirinnya namun sangkaannya meleset. Sebaik sahaja Alice sedar, dia menjerit marah sebab dia masih hidup.

"Dah tu! Kau nak aku biarkan kau mampus depan aku? Urusan aku dengan kau belum selesai jadi jangan mimpi nak mampus selagi kontrak kita masih berjalan!" Dylan membalas jeritan Alice tadi. Dia mengetap gigi. Dadanya turun naik dan wajahnya merah padam. Jelingan maut diberikan kepada Alice.

"Aku kisah apa pasal kontrak tu? Aku nak ikut papa aku... tu je. Salah?! Lagipun kau siapa nak halang aku mampus?!" Soal Alice dengan kasar.

Dylan membuka mulutnya untuk berkata sesuatu. Namun menutupnya semula dengan pantas. Seolah-olah ada sesuatu yang menutup mulutnya. Hampir sahaja dia terlepas cakap yang dia tu teman lelakinya dan dia ada hak untuk menghalang Alice tapi dia sedar yang dia hanyalah teman wanita palsu Alice.

"Kau dah hodoh, jangan jadi bodoh! Kau sepatutnya berterima kasih sebab aku sudi selamatkan kau! Tak guna punya perempuan! Rugi je aku selamat kau! Dasar perempuan gemuk tak sedar diri! Memang patutlah orang nak bunuh kau! Perangai macam syaitan!" Dylan berkata dengan jelingan tajam. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dibaluti dengan kebencian.

Keadaan menjadi senyap di antara mereka. Roland yang berada di luar bilik Alice hanya mendiamkan diri. Pertengkaran mereka berdua boleh didengari dari luar lagi. Roland melepaskan keluhan berat.

Tanpa berkata apa-apa Dylan keluar dari bilik Alice.

"Arahkan beberapa bodyguard untuk awasi bilik ni." Arah Dylan kepada Roland.

"Baiklah, boss."

Manakala Alice duduk diam di dalam bilik pesakitnya. Dia memegang dadanya lalu menangis.

Papa... Alice rindu papa.

---

"FINE!! Kita tengok sampai bila kau bertahan dengan sikap degil kau ni! Nak sangat mampus! Hah! Mampuslah kau sorang diri! " Dylan berdiri lalu keluar dari bilik Alice. Apabila berada di luar, dia berpaling ke arah bodyguard yang diupah untuk mengawasi keadaan di sana.

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now