|BAB 22|

2.1K 129 4
                                    

======

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

======

ROBERT mundar-mandir di hadapan pejabat Dylan. Dia bingung sama ada mahu masuk atau tidak. Sekejap dia memegang tombol pintu pejabat Dylan, sekejap dia menjauh dari pintu pejabat Dylan.

"Bro, kau okay tak ni?" Soal Roland yang baru kembali dari balai polis. Robert melompat kecil di tempat dia berdiri sebab terkejut.

"Aku... aku okay." Robert berkata lalu meninggalkan Roland. Roland terkebil-kebil melihat tingkah laku bodyguard, tukang masak dan pembantu rumah tersebut. Sam dan Robert di naikkan pangkat dari bodyguard kepada tukang masak dan pembantu rumah. Kini mereka memegang 3 jawatan di dalam rumah itu.

"Mabuk ketum ke apa mamat tu?" Roland berkata kepada dirinya sendiri. Selang beberapa saat, dia menjongketkan kedua bahunya lalu masuk ke dalam pejabat Dylan.

Di ruang tamu, Robert terserempak dengan Alice dan Sam. Mereka sedang seronok bercerita. Sanggupkah Robert berbuat jahat kepada gadis sebaik Alice?

---

Flashback...

"APA kerja tu?"

Pn. Natasha tersenyum sinis. Dia mencapai beg tangannya lalu memberinya sebotol racun yang diisi di dalam botol kecil. Robert mencapai botol kecil tersebut. Sekilas pandangan, ia umpama jus oren biasa.

"Aku nak kau racun perempuan tak sedar diri tu." Arah Pn. Natasha dengan senyuman sinis. Dia meletakkan kedua tangannya di atas meja lalu meletakkan dagunya di atas tangannya. "Kalau kau buat tugas ni, aku janji yang ganjaran kau memang lumayan." Tambahnya lagi.

Robert merenung ke arah botol kecil tersebut. Dia masih berdebat sama ada mahu terima atau tidak. Selang beberapa minit kemudian, dia mengembalikan botol tersebut.

"Maaf, saya tak sanggup." Ujarnya dengan tegas.

"Keep it. Manalah tau kau ubah fikiran. Fikirkan tentang anak kau yang dah nak mampus tu." Pn. Natasha berkata lalu dia berdiri. Dia memberikan Robert senyuman sinis sebelum berlalu pergi.

End flashback...

---

"ROBERT!!" Jerit Sam. Robert tersentak dari lamunannya. Dia memandang ke arah Sam dengan muka blank.

"Uh? Ya?"

Alice dan Sam menepuk dahi. Mamat ni dah kenapa? Termenung panjang betul.

"Dari tadi kami panggil kau. Termenungkan apa oi?" Soal Sam. Robert menjadi panik sedikit. Dia memegang lehernya sambil tersengih.

"Err takde papa." Ujarnya. Robert meninggalkan ruang tamu lalu ke dalam biliknya. Sam dan Alice hanya memerhati dengan hairan. Mereka sedikit hairan dengan sikap Robert hari ni.

---

AURORA memegang test pregnancy di tangan kirinya. Tangan kanannya menutup mulutnya yang kini melopong akibat terkejut. Dia mengandung. Malah menurut keputusan test pregnancy tersebut, dia kini sudah mengandung selama hampir 3 bulan. Aurora bergegas ke bilik tidurnya lalu melihat dirinya di cermin.

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now