|BAB 03|

2.8K 187 20
                                    

======

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

======

SEPERTI yang diarah oleh Dylan, Alice tunggu di lobby syarikat. Pada awalnya, keadaan di lobby sangat sesak dengan manusia yang mahu pulang. Tidak sampai 30 minit, keadaan di sana menjadi tenang. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang kelihatan.

"Haihh mana dia ni? Kata benci orang lewat tapi dia sendiri lewat." Omel Alice seorang diri. Dia memandang ke arah jam besar di dinding lobby. Sudah hampir 40 minit dia menunggu. Bayang Dylan pun belum nampak lagi.

Alice berpaling ke arah lif khas untuk CEO. Dylan keluar dengan secretarynya, Roland. Kelihatan dia sedang berbincang sesuatu dengannya. Tiba-tiba mereka berhenti berjalan. Raut wajah Dylan ketika bercakap dengan Roland agak serius. Sekali sekala kelihatan Roland mengangguk kepala.

Tidak lama selepas itu mereka berpisah dan Dylan berjalan ke arahnya. Di tangan Dylan ada fail berwarna coklat. Dia berhenti di hadapan Alice. Alice bangkit berdiri. Belum sempat Alice menyapa Dylan, Dylan memintasnya.

"Sorry lambat. Aku ada meeting dengan klien tadi. Dah jom." Ujar Dylan lalu berjalan ke arah pintu keluar. Alice mengikutinya dengan senyap dari belakang.

Tahu pulak nak minta maaf. Eh apa aku mengarut ni. Dia kan manusia. Memanglah tahu minta maaf. Alice bermonolog dalaman seorang diri.

Mereka berhenti di hadapan kereta Dylan yang berwarna biru tua. Alice agak terkejut sebab Dylan ni orang kaya, mampu beli ferrari tapi dia cuma menggunakan Viva sahaja. Alice tidak berkata apa-apa. Dia masuk ke dalam kereta Dylan dan duduk di kerusi penumpang sebelah pemandu.

"Pakai tali pinggang keselamatan." Arah Dylan sambil memakai tali pinggang keselamatannya. Entah kenapa Alice rasa gementar pula berduaan dengan boss sendiri di dalam kereta.

Dylan memandang ke arahnya. Dia mengeluh berat apabila melihat Alice yang agak struggle untuk memakai tali pinggang keselamatannya. Dylan membuka tali pinggang keselamatannya lalu menolong Alice.

"Pakai tali pinggang pun tak reti. Apa nak jadi dengan kau ni." Bebel Dylan.

Oleh kerana jarak mereka yang terlalu dekat, Alice boleh menghidu minyak wangi yang dipakai oleh Dylan. Wanginya memang digemari oleh semua lelaki.

Klik!

Selepas menolong Alice memakai tali pinggang keselamatan, Dylan duduk semula di kerusi pemandu lalu memakai tali pinggang keselamatan. Dia mencapai fail yang diletak di hadapan lalu memberinya kepada Alice.

"Aku nak kau teliti semua yang tertulis di dalam tu." Arah Dylan.

Alice mencapai fail yang diserahkan kepadanya. Dia mengeluarkan kertas yang ada di dalam. Sementara Alice membaca, Dylan menghidupkan enjin kereta lalu memandu pergi.

Military diet? Dia nak aku diet macam askar ke ape? Fikir Alice ketika dia membaca diet plan yang diberikan kepadanya. Apabila dia melihat jadual pemakanannya, perutnya terasa sakit. Mamat ni biar betul!

JADIKAN AKU MISS CINDERELLA √Where stories live. Discover now