50

4.5K 110 23
                                    

"Kami balik dulu, nek! Assalamualaikum!" laung Melissa dari dalam kereta sambil melambaikan tangannya. Nek Mah hanya tersenyum membalas lambaian cucu sulungnya dari beranda.

Berharap cukup bekalan doanya buat kebahagiaan cucu kesayangan bersama suami tercinta. Kehidupan selama 70 tahun banyak mengajar erti cinta dan keperitan. Kehilangan suami tersayang di saat baru mahu mengenali erti cinta amat perit baginya.

Cukup doanya agar Melissa sentiasa tabah dan segala urusan rumah tangganya dipermudahkan.

Selalu.

***

"Ya allah, penatnya," keluh Melissa ketika merebahkan diri di atas katil. Afiq yang sedang menutup pintu kamar hanya menjeling.

"Yelah sayang yang drive tadi. Abang tidur je sepanjang perjalanan," cebik Afiq. Melissa ketawa kecil. Ala tak bagi chance langsung.

"Alololo meh sini meh," Melissa menepuk tilam. Tanda mahu Afiq baring disebelahnya. Afiq segera melangkah ke katil dan merebahkan diri.

"Allahuakbar penatnya," Afiq melepaskan keluhannya. Melissa tersenyum kecil sambil memandang Afiq. Tetap kacak macam dulu dulu waktu jual mahal. Afiq mencebik.

"Baru betul. Abang yang patut cakap abang penat," jeling Afiq sambil memeluk bantal. Melissa ketawa kecil. Dia menarik bantal yang dipeluk Afiq ke tepi. Afiq memasamkan muka.

"Peluk bantal buat apa? Meh peluk sayang," Melissa menarik Afiq merapati dirinya. Segera Afiq memeluk Melissa erat. Wangian isterinya itu sering menenangkan dirinya. Wallahi, dia cukup bersyukur dengan kurniaan bidadari yang satu ini.

"Sayang jangan macam macam. Abang penat ni. Don't test me. Nanti tambah lagi penat. Esok kena kerja," seloroh Afiq. Melissa menghamburkan tawanya sambil memukul manja belakang Afiq.

"Eeeee nak peluk je pun. Kalau taknak penat tonight, jom mandi together nak?" soal Melissa. Afiq segera mengangguk.

"Okay cool!" Dia segera turun dari katil dan mengambil tuala.

"Cepatlah sayang!" Afiq merengek di hadapan pintu bilik mandi. Melissa menggeleng. Tadi penat sangat.

***

"Good morning princess," sapa Afiq ketika Melissa sedar dari lena. Tanggannya sibuk membelai rambut isteri. Melissa mengukirkan senyuman.

"Good morning my man," balasnya. Ah it's Monday again. Nice. Afiq mengucup pipi Melissa.

"Bangun, mandi. Kita solat subuh sama-sama okay? Abang tunggu," kata Afiq sambil menarik tangan Melissa bangun turun dari katil. Melissa hanya mengikut. Penat dan mengantuk.

"Abang ni la. Dah cakap penat. Saje je nak tambah penat lagi," gurau Melissa. Afiq mengukirkan senyuman sambil mengemas katil.

"Sayanglah yang salah. Bukan abang. Sayang yang buat hal dulu semalam. Abang ikut je," Afiq membalas. Melissa hanya ketawa kecil. Ah, I love waking up everyday like this.

"Okay sayang nak mandi. Bye," Melissa segera melangkah masuk ke dalam bilik mandi. I hope I have energy to work today.

"I love you, sayang!" jerit Afiq dari luar bilik mandi. Senyuman manis automatik terukir di bibir Melissa.

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now