1

12.9K 353 4
                                    

Apabila sampai dirumah, Melissa terus mendapatkan bapanya dan adiknya yang sedang menonton televisyen.

"Daddyyyyyy, adikkkkkk," jerit Melissa seperti kanak-kanak.

"Eh Mel. Ya Allah rindunya daddy dengan anak daddy ni," kata Dato' Nufael sambil berpelukan dengan anak sulungnya.

"Daddy dah la tu adik pun nak peluk kakak jugak," kata adiknya, Aushaf Uwais yang berumur 16 tahun.

"Alolo dik meh sini peluk akak meh." Begitulah perangai adik dengan kakak, mengada.

"Em rindunya kat kakak," adiknya memulakan perbualan mereka sekeluarga di ruang tamu. Ketika itu Mak Jah, pembantu rumah mereka datang menghidangkan air. Melissa terus menyalam Mak Jah. Baginya Mak Jah bukanlah pembantu rumahnya tetapi dia menganggap Mak Jah sebagai neneknya. Maklumlah nenek jauh di Perak.

"Eh akak ingatkan adik tak rindu akak, yelah waktu akak nak pegi dulu bukan ke adik bukan main seronok lagi sebab dapat jadi anak tunggal untuk 3 tahun," usik Melissa. Aushaf mencebik mendengar kakaknya memerli dirinya.

"Adik kamu tu baru dua hari kamu takde, dia dah merengek dekat daddy rindu kakak," Dato' Nufael membuka cerita 3 tahun dulu. Melissa terus gelak terbahak-bahak mendengar bapanya membuka cerita tentang adiknya.

"Eleh daddy. Waktu tu adik rindu kejap je," balas Aushaf Uwais tidak mahu kalah dengan bapanya.

"Hm ye la tuuuu," usik Dato' Nufael yang jugak tidak mahu beralah. Datin Shahirah dan Melissa hanya tersenyum melihat kedua-dua lelaki yang mereka sayangi. Yelah Melissa pun dah 3 tahun tak dengar bapanya dan adiknya bergurau sakan begini.

"Dah la Mel. Pergi mandi, solat lepas tu turun makan malam ye. Mummy dengan Mak Jah dah masak makan kegemaran Mel tu, ayam rendang. Kalau nak layan daddy kamu dengan adik kamu ni lepas isyak pun belum tentu ada yang mengalah." Semua orang didalam rumah ini tahu Mel hantu ayam rendang. Daddynya dan adiknya pula hanya senyum kegembiraan.

"Ok mummy, daddy, dik, akak pegi mandi dulu ye," pamit Melissa dengan penuh sopan.

***

Melissa mengambil tempat duduk di meja makan betul-betul dihadapan semangkuk besar ayam rendang. Semua orang termasuk Mak Jah yang berada di meja makan hanya tersenyum melihat kelatah Melissa yang sudah lama mereka rindui.

"Mel dah tau ke kat mana nak kerja nanti?" ujar Dato' Nufael.

"Belum lagi daddy, kenapa?" soal Melissa pula. Hairan juga dia tak pernah ditanya tiba-tiba ditanya. Mesti ada something ni.

"Hm bagus la tu. Kawan daddy Dato' Shaharudin kenal?" Dato' Shaharudin kawan baik papa. Mereka berkawan baik sejak papanya mengenali Dato' Shaharudin semasa menunaikan haji dengan mummy 6 tahun yang lalu. Dato' Shaharudin siapa tak kenal peguam yang berpengaruh kat Malaysia ni.

"Kenal la daddy macam mana pulak Mel tak kenal," ujar Melissa.

"Daddy nak kamu kerja kat firma dia. Lagipun anak tunggal dia tu baru je habis belajar. Sama la macam kamu nanti boleh la berkawan," sambil daddynya memandang Datin Shahirah sambil tersenyum-senyum.

Afiq Mikahyl, anak Dato' Shaharudin tu siapa la tak kenal. Ya Allah berlagak dia macam Malaysia ni dia yang jadi pemerintah. Tak senyum langsung. Serius je sepanjang masa macam tengah ada masalah dunia.

"Hm nanti la daddy Mel fikir," dalam hati Melissa dia taknak sebab ada mamat berlagak tu.

"Alah Mel accept je la lagipun dia tengah bagi peluang kat Mel. Kat Malaysia ni susah sikit nak dapat kerja kat firma berpengaruh macam ni. Ambik je la ye Mel," pujuk Dato' Nufael. Dalam hati Melissa bersetuju dengan apa yang daddy cakap. Tapi mamat tu, ah Mel pedulikan je dia sekarang ni soal kerjaya ke ego. Ok kerjaya, tak boleh main-main. Accept je la. Dah terdesak sangat ni.

"Ok daddy. Mel terima," ujar Melissa dengan berat hati. "Kalau macam tu besok Mel pergi lapor diri, ok." Dato' Nufael dan Datin Shahirah hanya tersenyum semasa makan malam itu berlangsung. Melissa pula hilang seleranya. Besok nak pegi lapor diri. Hm mesti jumpa mamat berlagak tu.

Malam itu Mel tidak tidur dengan nyenyak kerana risau tentang hari besok.

_____________________________

"Life is too short to waste your time on people who don't respect, appreciate, and value you."

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now