10

8K 179 12
                                    

Melissa melangkah keluar dari kereta. Dia tergamam. Ada bilik di bina diatas laut. Ada bangunan yang tinggi dan setiap bilik mempunyai kolam renang yang besar atau dipanggil sebagai 'private pool.'

"Ya Allah, cantiknya sunset tu." Melissa berseloroh. 

"Abang tahu, sebab tu la abang bawak Mel datang sini." Afiq membalas. Melissa hanya berjalan menuju ke lobi. Afiq mengukirkan senyuman. 

Dia gembira jika Melissa gembira. Itu hakikatnya.

***

Bilik mereka dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah televisyen yang Melissa dan Afiq sendiri tidak tahu berapa inci, sebuah katil bersaiz king, sebuah dapur yang besar dan sebuah bilik air yang besar. Bilik mereka itu tidak ubah seperti sebuah rumah.

Melissa sekali lagi terkedu. Dia terkedu melihat kecantikan bilik itu malah di bahagian lantai yang diperbuat daripada kayu itu telah ditukarkan dengan kaca supaya mereka boleh melihat laut. Bilik itu juga mempunyai tingkap yang besar malah Afiq pun boleh keluar daripada tingkap itu dan terus terjun ke dalam kolam renang.

"Afiq, awak pergi mandi dulu," panggilan aku-kau tiada lagi. Melissa sedar jika dia memanggil Afiq dengan panggilan aku-kau kedengaran seperti dia seorang isteri yang kurang ajar. Jadi dia sudah menempah dosa buat dirinya sendiri.

"Mel. Jom mandi dengan abang," Afiq berkata dengan selamba. Tangan Melissa tiba-tiba berhenti mengemas baju. Dia terkedu. Dengan sepontan Melissa mengacah mahu menumbuk Afiq. Afiq segera berlari masuk ke dalam bilik air. Melissa pula hanya tersenyum. Dia tidak pasti bahagiakah dia di samping suaminya?

Setelah mereka selesai menunaikan solat Maghrib, Afiq segera menukar bajunya. 

"Awak nak pergi mana?" Melissa bersuara. "Jom kita pergi dinner. Sayang kena pakai baju kaler biru sama macam abang eh?"

Melissa hanya menurut sahaja, tidak membantah sama sekali malah dia tidak melenting jika Afiq menggunakan panggilan abang-sayang. Afiq mendapati itu ialah peluang yang terbaik untuk dia menambat semula hati Melissa. Melissa segera mengambil shawl berwarna hitam yang sudah siap di gosok. Melissa menggayakan shawlnya ala-ala arabian style. Melissa kelihatan sangat cantik. Afiq melihat setiap gerak geri wanita yang telah menambat hatinya.

"Agaknya bilalah Melissa ni nak jatuh cinta dengan aku eh," Afiq berseloroh di dalam hati. Tanpa mereka sedar, mereka sudah jatuh cinta antara satu sama lain. 

"Okay Afiq, jom." Melissa mencapai iPhone 6 plusnya dan terus berjalan mendahului Afiq. Afiq tersenyum sekejap lagi pasti Melissa akan jatuh cinta kepadanya.

***

Langkah Melissa terhenti selepas dia melihat sebuah meja dikelilingi lilin yang berbentuk hati. Afiq yang berada di sebelahnya terus menarik tangan Melissa. Dia menarik kerusi mempersilakan Melissa duduk. Melissa duduk dan hanya memandang Afiq dengan perasaan terkejut.

"Alah Mel takpayah la terkejut." Afiq mengambil tempat duduk dihadapan Melissa. Melissa segera tersedar daripada perasaan terkejut. 

Sejak dia berumur 13 tahun lagi dia mahukan dinner sebegini dengan bakal suaminya. Akhirnya, Afiq telah membantunya mencapai impiannya. Tetapi bagaimana Afiq boleh tahu? Mummy? Daddy? Adik? Tiada seorang pun ahli keluarganya yang tahu tentang impiannya. Hm kena korek ni.

Afiq segera mencapai tangan Melissa. 

"Mel, hari ni abang nak Mel tahu yang abang sayang Mel sangat-sangat. Abang nak Melissa tahu yang abang lah jodoh Mel. Mel jangan pernah ragu-ragu dengan abang. Abang nak Mel tahu yang abang dah bersedia nak jadi seorang suami yang baik, jadi seorang bapa yang baik, jadi seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab dan boleh membimbing Mel. Abang nak Mel tahu harini yang Mel adalah orang yang paling abang sayangi. Abang akan cuba jadi seorang suami yang baik dan akan cuba jadi seorang daddy yang baik satu hari nanti. Abang nak Mel tahu kat hati abang ni, kat hati Afiq Mikahyl ni ada nama Melissa Maureen je. Satu nama tu je sampai bila-bila." Air mata Melissa sudah berjujuran keluar. Afiq bangun dan melutut di hadapan Melissa. Dia mengeluarkan sekotak cincin. 

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now