17

5.3K 135 1
                                    

Afiq kembali ke pejabat 30 minit kemudian. Dia betul-betul menyesal kerana dia menunaikan permintaan Iman Kirana untuk bertemu. Kakinya pantas melangkah ke arah pejabat Dato' Shaharudin. Dia tahu hanya papanya sahaja boleh memahaminya. Nak cerita kat Mel? Dia kena parang pulak nanti.

Ketika kakinya melangkah ke arah meja setiausaha papanya kelihatan seorang wanita yang kelihatan sebayanya dengannya keluar dari pejabat Dato' Shaharudin. Wanita itu memberi satu perasaan yang lain kepada dia. 

''Kak Timmy. Afiq nak jumpa papa kejap eh.'' ujar Afiq kepada Kak Timmy. Kak Timmy hanya mengangguk. Afiq mengetuk pintu pejebat Dato' Shaharudin.

''Masuk!'' laung Dato' Shaharudin. Dia segera mengambil tempat di hadapan papanya.

''Ha Afiq. Nak apa?'' soal Dato' Shaharudin. Dia pelik. Tak pernah Afiq berjumpa dengannya di pejabat. Tiba-tiba harini tiba-tiba mukanya muncul dihadapannya. Pelik betul budak bertuah ni.

''Papa. Siapa tadi tu?'' soal Afiq.

''Tadi? Oh. Sabrina Qismina. Lawyer baru untuk firma papa. Why?'' jawab Dato' Shaharudin. Afiq hanya tersenyum. Senyuman yang penuh dengan makna. Dato' Shaharudin membuat muka mengerti apa yang tersimpan didalam senyuman Afiq Mikahyl.

''Eh Afiq. Ingat Allah sikit. Kamu tu laki orang tak lama lagi dah nak ada anak. Fikir sikit isteri kamu yang tengah mengandung anak dari benih kamu. Papa tahu lelaki boleh kahwin lagi satu tapi cuba la ada mercy sikit dekat Melissa. Ada ke isteri nak dimadukan?'' soal Dato' Shaharudin tegas.

''Takde la papa. Afiq gurau je.''

''Nasib baik gurau. Kalau betul-betul papa parangkan kamu.'' Afiq ketawa. Jarang papanya ini membuat lawak. Kalau ada pun hambar. Sorry papa.

''Actually papa ada benda yang penting Afiq nak cakap dengan papa ni.''

''Ha kenapa pulak dah?''

''Guess what. Tadi Afiq jumpa Iman.'' lancar Afiq mengkhabarkan berita itu kepada Dato' Shaharudin. Dato' Shaharudin yang sedang sibuk menulis terus berhenti menulis.

''Iman Kirana?'' soal Dato' Shaharudin.

''Yes, Iman Kirana my ex.''

''Tadi bukan cakap jumpa klien ke?'' soal Dato' Shaharudin.

''Itu la 'klien' Afiq.'' ujar Afiq sinis.

''Dia nak apa?''

''Dia nak Afiq. Dia nak Afiq Mikahyl. Kalau tak...'' ayat Afiq tergantung di situ.

''Kalau tak apa, Afiq?''

''Kalau tak dia akan bunuh Melissa.'' ujar Afiq dengan lemah.

''You better watch out Afiq. Mel pregnant tu.'' Dato' Shaharudin bermonolog.

''Insyaallah, I will.''

***

''Abang. Mel rasa nak makan cadbury la.'' rengek Melissa. Ya kandungan Melissa sudah mencecah 3 bulan. 

''Dalam masa 3 bulan ni takde la pulak Iman buat apa-apa kat Mel.'' Afiq bermonolog didalam hati.

''Abang. Dengar tak Mel cakap apa tadi.'' 

''Ha apa dia eh. Abang tak dengar la sayang.''

''Tu la abang ni berangan je. Mel cakap Mel nak makan cadbury.''

''Ok jom pergi beli.'' Afiq sudah bangun dari sofa. 

''Tapi Mel malas nak keluar la.'' rengek Melissa.

''Okay fine. Abang pergi 7Eleven kejap eh.'' Afiq mengucup pipi Melissa dan mencapai Iphone 5Snya, dompet dan kunci kereta Audi A3 Sedannya.

''Bye sayang.''

Mrs. Lawyer, I love youWhere stories live. Discover now